Lepuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lepuh
لڤوه
Pengelasan dan sumber luaran
Lepuh pada kaki yang disebabkan oleh pemakaian selipar.
ICD-10T14.0
ICD-9919.2
P. Data Penyakit1777
MedlinePlus003239
MeSHD001768
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Lepuh merupakan suatu gelembung bendalir pada atas kulit, yang biasanya disebabkan oleh tindak balas terhadap kesan kebakaran, kerengsaan kulit, jangkitan atau geseran kasar. Kebanyakkan lepuh dipenuhi dengan bendalir yang dipanggil sebagai serum atau plasma.[1] Walau bagaimanapun, lepuh juga boleh dipenuhi dengan darah (dikenali sebagai lepuh darah) atau nanah (jika ia dijangkiti).

Punca[sunting | sunting sumber]

Lepuh mungkin terhasil daripada apabila kulit telah rosak akibat daripada geseran yang kuat, suhu atau pendedahan kepada bahan kimia. Bendalir yang terbentuk berada di antara bahagian epidermis kulit dan ia bertindak sebagai "kusyen" bagi melindungi daripada kerosakan yang teruk dan membenarkannya untuk menyembuh.

Geseran atau gosokan[sunting | sunting sumber]

Gosokan secara kuat boleh menyebabkan lepuh. Ini biasanya berlaku apabila seseorang itu berjalan untuk tempoh waktu yang lama atau memakai kasut baharu.[2][3][4] Lepuh kebiasaannya muncul pada kaki dan tangan dimana anggota badan ini terdedah kepada aktiviti seperti berjalan, berlari atau melakukan gerakan berulang. Ia juga lebih mudah terbentuk di bahagian kulit yang lembap berbanding kulit kering atau direndam dan juga ketika keadaan suhu yang hangat.[5] Gosokan yang tidak kuat dalam masa yang lama pula boleh mengakibatkan kalus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Uchinuma, E; Koganei, Y; Shioya, N; Yoshizato, K (1988). "Biological evaluation of burn blister fluid". Annals of plastic surgery. 20 (3): 225–30. doi:10.1097/00000637-198803000-00005. PMID 3358612.
  2. ^ [Naylor PFD. "The Skin Surface and Friction," Jurmal Dermatologi British. 1955;67:239-248.]
  3. ^ [Naylor PFD. "Experimental Friction Blisters," Jurmal Dermatologi British. 1955;67:327-342.]
  4. ^ [Sulzberger MB, Cortese TA, Fishman L, Wiley HS. "Studies on Blisters Produced by Friction," Jurnal Dermatologi Siasatan. 1966;47:456-465.]
  5. ^ [Carlson JM. "The Friction Factor," OrthoKinetic Review. Nov/Dis 2001;1(7):1-3.]