Ayat-Ayat Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayat-Ayat Cinta
Ayat-Ayat Cinta.jpg
Pengarah Hanung Bramantyo
Penerbit Dhamoo Punjabi
Manoj Punjabi
Pengarang Habiburrahman El Shirazy
Retna Ginatri S. Noor
Salman Aristo
Lakonan Fedi Nuril
Rianti R. Cartwright
Carissa Putri Melanie Putria
Zaskia Adya Mecca
Muzik Tya Subiyakto
Pengedar Indonesia MD Pictures
Singapura Cathay-Keris Films
Negara Indonesia
Bahasa Indonesia
Arab
Inggeris
Jerman
Jawa
Laman web rasmi
Rujukan IMDb

Ayat-Ayat Cinta merupakan sebuah filem Indonesia oleh Hanung Bramantyo serta dibintangi Fedi Nuril, Rianti R. Cartwright, Carissa Putri Melanie Putria, dan Zaskia Adya Mecca. Ia merupakan filem romantik keagamaan berasaskan novel dangan judul yang sama karangan Habiburrahman El Shirazy. Jalan cerita filem ini sebenarnya berpusat di Kaherah, Mesir, tetapi pembikinan filem ini sebenarnya dilakukan di India dan Semarang, Indonesia, dan bukannya di Kaherah.[1] Ayat-Ayat Cinta mula ditayangkan pada 28 Februari 2008 di Indonesia, 8 Mei 2008 di Singapura, dan 19 Jun 2008 di Malaysia.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Ayat Ayat Cinta merupakan kisah cinta bersifat Islamik yang dikarang dengan sebegitu cantik – ia mengisahkan seorang protagonis Islam yang terpaksa menempuh semua halangan dalam hidup sambil mengekalkan kepercayaan Islam yang tulen.

Fedi Nuril sebagai Fahri bin Abdillah adalah seorang pelajar yang miskin tetapi pintar serta memperoleh biasiswa bagi menamatkan pengajiannya di Universiti Al Azhar, Mesir. Seorang yang sangat berdisiplin serta berdedikasi, Fahri mengharungi liku-liku kehidupan di Kaherah, menamatkan pengajiannya di samping menterjemah buku-buku agama dengan penuh minat.

Hanya satu sahaja matlamat yang masih belum tercapai - berkahwin.

Fahri seorang yang taat dan 'lurus', serta tidak mempercayai konsep hubungan sebelum perkahwinan. Dia menjadi kelu serta pemalu ketika berdepan dengan perempuan. Sepanjang hidupnya, hanya dua orang perempuan sahaja yang akrab dengannya - ibunya dan neneknya.

Kehidupannya berubah di Mesir apabila dia dikelilingi empat wanita cantik yang berbeza latar belakang masing-masing.

Carissa Putri sebagai Maria Girgis, seorang jiran beragama Kristian Koptik yang mula tertarik pada ajaran al-Quran, mendapati dirinya sudah jatuh cinta pada Fahri (fakta yang selama ini hanya terpendam dalam diarinya).

Melanie Putria sebagai Nurul, seorang pelajar Al Azhar seperti Fahri, merupakan anak kepada seorang kiyai Indonesia terkenal. Fahri berasa dirinya tidak layak untuk Nurul serta mengabaikan perasaannya terhadap Nurul, membuatkan Nurul menjadi keliru.

Zaskia Adya Mecca sebagai Noura, jiran Mesir yang sering diseksa ayahnya sendiri, memendam perasaan sayang yang kuat terhadap Fahri, yang kemudiannya hanya sekadar bersimpati dengan keadaan dirinya. Penolakan Fahri mengecewakannya dan seterusnya membawa kepada tuduhan rogol terhadap Fahri.

Rianti Cartwright sebagai Aisha, seorang pelajar berbangsa Jerman-Turki di Kaherah yang memukau Fahri dengan matanya yang cantik. Sejak insiden di Metro Kaherah di mana Fahri membela Islam daripada tanggapan yang kolot, kedua-duanya saling jatuh cinta antara satu sama lain.

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Ayat-Ayat Cinta asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 19 Disember 2007. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut dianjak kepada 28 Februari 2008 kerana beberapa masalah teknikal.

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Semasa minggu tayangan perdana, Ayat-Ayat Cinta memperoleh kutipan kasar RM 3.6 juta di Indonesia, serta kutipan kasar $39.882 juta di 5 pawagam di Singapura, memperoleh kedudukan ke-8 serta memperoleh kutipan purata dianggarkan sejumlah $7,976 bagi setiap pawagam[2]. Di Malaysia, filem ini memperoleh kutipan kasar $15.521 juta di 22 pawagam, memperoleh kedudukan ke-11 serta memperoleh kutipan purata dianggarkan sejumlah $706 bagi setiap pawagam.[3]

Perbandingan dengan novel[sunting | sunting sumber]

  • Di dalam novel, Maria mempunayi seorang adik lelaki bernama Yousef, tetapi di dalam filem pula dia hanyalah anak tunggal.
  • Semasa Fahri ditangkap dan dipenjarakan, dia dipenjarakan bersama-sama beberapa ilmuan terhormat seperti Abdur Rauf, Ismail, Hamada, Haj Rashed dan Marwan. Namun di dalam filem pula Fahri dipenjarakan bersama-sama seorang penjenayah kejam.
  • Pada penghujung novel, Alicia seorang wartawan Amerika Syarikat pulang semula ke Mesir untuk melawat Fahri sebagai seorang saudara baru, tetapi di dalam filem pula Alicia langsung tidak memeluk Islam.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Runut dengan judul filem iaitu Ayat-Ayat Cinta dipilih sebagai single pendahulu bagi album runut bunyi ini bagi mempromosikan filem ini. Satu video klip rasmi bagi lagu ini turut dibuat.

  1. "Ayat-Ayat Cinta" (Rossa) — 3:48
  2. "Jalan Cinta" (Sherina) — 4:32
  3. "Takdir Cinta" (Rossa) — 3:32
  4. "Tercipta Untukku" (featuring Rossa) (Ungu) — 4:25
  5. "Andai Ku Tahu" (Ungu) — 4:46
  6. "Opening Scene" (Music Scoring) — 2:41
  7. "Letter From Noura" (Music Scoring) — 1:18
  8. "Thalagi" (Music Scoring) — 1:13
  9. "The Basket" (Music Scoring) 1:06
  10. "Ayat-Ayat Cinta" (Minus One) — 3:47
  11. "Jalan Cinta" (Minus One) — 4:32
  12. "Takdir Cinta" (Minus One) — 3:30

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]