Carissa Putri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carissa Putri
Kelahiran Carissa Putri Sulaiman
12 September 1984 (30 tahun)
Frankfurt, Jerman
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2004-kini
Terkenal kerana Memegang peranan sebagai Maria Girgis dalam filem Ayat-Ayat Cinta

Carissa Putri Sulaiman (lahir pada 12 September 1984 di Frankfurt, Jerman) merupakan seorang pelakon dan model dari Indonesia yang terkenal dengan watak sebagai Maria Girgis dalam filem hit romantik keagamaan, "Ayat-Ayat Cinta" pada tahun 2008 serta "The Tarix Jabrix" pada tahun yang sama.[1]

Kehidupan awal dan seterusnya[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak perempuan kepada pasangan Ris Isa Soelaiman dan Lilly S.P., yang juga seorang pelakon Indonesia.[2] Beliau juga mempunyai jalur keturunan Melayu-Indonesia-Jerman-Belanda. Selain itu, beliau juga pernah menuntut pelajaran di Universiti Pelita Harapan di Indonesia dalam jurusan Fakulti Sosial dan Sains Politik.

Pada 31 Mac 2012, beliau secara rasminya dinikahkan dengan Navies. Sebelum ini, beliau jarang membicarakan tentang hubungan peribadinya dan tidak pernah dilihat bersama Navies di khayalak ramai. Upacara siraman telah berlangsung di kediaman beliau secara tertutup. Akad nikah yang berlangsung di Hotel Dharmawangsa hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga terdekat. Acara akad nikah dijalankan mengikut adat suku Betawi.[3] Beliau telah menerima mas kahwin yang terdiri daripada gelang emas putih seberat 9 gram dan 3, 6 karat berlian serta selengkap peralatan solat.[4]

Karier[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan karier sebagai seorang model dan memainkan watak pembantu dalam beberapa drama lipur lara di Indonesia sebelum mendapat peranan dalam filem romatik berunsur keagaamaan yang begitu berjaya bertajuk pada tahun 2008. Filem ini adalah berdasarkan sebuah novel jualan terlaris dengan menggunakan nama yang sama hasil tulisan Habiburrahman El Shirazy dan Carissa memegang watak sebagai Maria Girgis. Pada tahun yang sama, beliau juga memainkan watak dalam filem komedi yang berjaya iaitu "The Tarix Jabrix".

Beliau juga banyak muncul dalam drama bersiri di Indonesia termasuklah "Satu Bunga Empat Kumbang", "Jangan Pisahkan Aku", "Aqso dan Madina", "Hikmah 3", "Anggun", "Rafika", "Date With Danella", "Mertua dan Menantu", dan "I Love You Boss" di samping pengacara televisyen dan pelakon dari Indonesia iaitu Daniel Mananta.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kemasyhuran nama Carissa juga diikuti oleh gosip yang kurang menyenangkan. Pada saat filem "Ayat-Ayat Cinta" masih hangat dibincangkan, sebuah foto mesra beliau bersama seorang lelaki tersebar di internet. Seterusnya, beliau mengaku bahawa lelaki dalam gambar tersebut adalah adik sepupunya selain daripada menyatakannya sebagai koleksi peribadi yang tidak ditujukan untuk kegunaan awam.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Sinetron[sunting | sunting sumber]

FTV[sunting | sunting sumber]

  • Date with Danella

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]