Bahasa Betawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Melayu jakarta atau Bahasa Betawi
wilayah Jakarta (Indonesia)
asli penutur 2.7 juta (1993)  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Bahasa Austronesian
kod bahasa
ISO 639-1 tiada
ISO 639-2 bew
ISO 639-3 bew

Bahasa Betawi merupakan bahasa sehari-hari suku asli ibu kota negara Indonesia iaitu Jakarta. Bahasa ini mempunyai banyak kesamaan dengan Bahasa rasmi Indonesia yaitu Bahasa Indonesia. Bahasa Betawi merupakan salah satu anak Bahasa Melayu, banyak istilah Melayu Sumatra ataupun Melayu Malaysia yang digunakan dalam Bahasa Betawi, seperti kata "niari" untuk hari ini.

Persamaan dengan bahasa-bahasa lain[sunting | sunting sumber]

Di Pulau Jawa ada bermacam-macam Bahasa, seperti Bahasa Betawi, Bahasa Sunda, Bahasa Jawa, Bahasa Madura, dan lain sebagainya tetapi hanya Bahasa Betawi yang bersumber kepada Bahasa Melayu seperti halnya Bahasa Indonesia. Bagi Orang Malaysia mendengar Bahasa ini mungkin agak sedikit tidak faham, kerana bahasa ini sudah bercampur dengan bahasa-bahasa asing, seperti Belanda, Bahasa Portugis, Bahasa Arab, Bahasa Cina, dan banyak Bahasa-Bahasa lainnya. Tetapi Bahasa ini adalah Bahasa yang termudah difahami oleh Orang Malaysia dibandingkan Bahasa Pulau Jawa yang lain selain Bahasa Indonesia.

Ciri-ciri khas[sunting | sunting sumber]

Ciri khas Bahasa Betawi adalah mengubah akhiran "A" menjadi "E". sebagai contoh, Siape, Dimane, Ade Ape, Kenape. tetapi "E" di Jakarta dan Malaysia berbeza. "E" dalam Bahasa Betawi merupakan "E" dengan aksen tajam seperti "E" dalam kata "NET". Daerah lain di Indonesia yang mengubah akhiran "A" menjadi "E" adalah Sumatra Utara, Riau, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan Bali. walaupun tidak semua Masyarakat mengubah akhiran "A" menjadi "E". ada pula penduduk di lima daerah tersebut yang mengubah akhiran "A" menjadi "O". "E" yang digunakan di lima daerah tersebut serupa dengan "E" yang digunakan Masyarakat Malaysia.