Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Indo-Arya (termasuk juga Indik dalam konteks kajian Indo-Eropah) [1] ialah salah satu cabang daripada keluarga bahasa Indo-Eropah.
Mengikut anggarannya pada tahun 2005, SIL International menghitung sejumlah 209 kelainan bahasa Indo-Arya, dengan jumlah penutur aslinya sebanyak 900 juta. Bahasa Indo-Arya merupakan salah satu subkumpulan bahasa Indo-Iran yang terdiri daripada dua kumpulan bahasa, iaitu kumpulan bahasa Iran dan kumpulan bahasa Nuristani. Bahasa-bahasa Indo-Arya yang terutama daripada segi bilangan penutur asli ialah:
|
|
kira-kira 260 juta; |
|
|
kira-kira 100 juta; |
|
|
kira-kira 90 juta; |
|
|
kira-kira 45 juta; |
|
|
kira-kira 40 juta; |
|
|
kira-kira 30 juta; |
|
|
kira-kira 20 juta; |
|
|
kira-kira 16 juta; |
|
|
kira-kira 14 juta; |
|
|
kira-kira 14 juta. |
-
Bahasa Indo-Arya, dikumpulkan mengikut
Etnolog SIL:
██ Zon tengah ██ Zon utara ██ Zon barat laut ██ Zon timur ██ Zon selatan ██ Kepulauan
Disebabkan oleh ketiadaannya batas yang ketara antara bahasa-bahasa Indo-Arya, tidak terdapatnya pengelasan yang jelas. Bagaimanapun, bahasa Indo-Arya biasanya dibahagikan seperti yang berikut:
- Bahasa Pahari atau Bahasa Utara, seperti bahasa Nepal;
- Bahasa Barat Laut, seperti bahasa Punjab Barat (Lahnda):
- Bahasa Dard, seperti bahasa Kashmir: Digolongkan oleh SIL sebagai Barat Laut, tetapi kedudukannya yang tepat dalam bahasa Indo-Arya atau antara bahasa Indo-Arya dan bahasa Iran tidak dapat dipastikan.
- Bahasa Madhya, Hindi, atau Tengah, termasuk dialek baku bahasa Hindi, serta juga bahasa Urdu:
- Bahasa Magadan atau Timur, seperti bahasa Assam dan bahasa Benggala;
- Bahasa Selatan, seperti bahasa Marathi dan bahasa Konkan:
- ↑ Perhatikanlah bahawa, berbeza dengan kata sifat generik "India", "Indik" ialah istilah yang digunakan dalam bidang lingustik Indo-Eropah, dan bukan betul-betul sepatah istilah geografi; bahasa bukan Indo-Eropah yang dituturkan di India tidak terangkum dalam istilah "Indik", manakala penutur superstratum Indo-Arya di Mitanni mungkin merupakan penutur bahasa Indik yang tidak pernah menetap di subbenua India.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Indo-Iran yang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Rencana utama |
|
|
| Bahasa bersejarah |
|
|
| Bahasa kontempori |
|
|
| Tulisan |
|
|
| Aktivisme bahasa |
|
|