Bahasa Kensiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kensiu
Asli kepadaMalaysia (Semenanjung Malaysia), Thailand
KawasanTimur laut Kedah, berdekatan sempadan Thailand. Menjangkaui kawasan selatan wilayah Yala, Thailand.
EtnikKensiu
Penutur bahasa
259 (2015)[1]
Austro-Asia
Dialek/loghatIjoh (Ijok), Jarum, Jeher (Sakai Tanjong of Temongoh), Kedah (Quedah), Plus, Ulu Selama, Kensiu Batu, Kensiu Siong, Kentaq Nakil
Tulisan Rumi, Tulisan Thai
Kod bahasa
ISO 639-3kns
Glottologkens1248
ELPKensiu

Kensiu (Kensiw) ialah bahasa Austro-Asia daripada subcabang Jahaik (Asli Utara). Bahasa ini dituturkan oleh sebuah komuniti kecil yang terdiri dari 300 orang penutur di wilayah Yala di selatan Thailand dan juga dilaporkan oleh sebuah komuniti yang terdiri daripada sekitar 300 orang penutur di Malaysia Barat (Perak dan Kedah). Penutur bahasa ini ialah orang Negrito yang dikenali sebagai orang Mani atau Maniq dari Thailand.[2]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Orang Maniq menetap di sekitar kawasan hutan pergunungan di selatan Thailand dan utara Malaysia. Mereka dianggap sebagai penduduk asal Semenanjung Malaysia. Di Thailand, mereka biasanya dikenal sebagai orang Sakai, Khon Paa atau Ngok Paa ("orang hutan"). Orang Maniq di selatan Thailand tinggal di wilayah perbatasan Narathiwat dan Yala dan di Pergunungan Baantat di wilayah Satul, Trang dan Phatthalung.[3]

Di Malaysia, masyarakat Maniq terletak di antara kawasan utara Kedah dan sempadan Thailand. Namun, mereka telah menetap di kampung-kampung berdekatan Baling, Kedah sejak tahun 1965. Ada laporan yang menyatakan bahawa mereka juga menetap di selatan Kedah. Pada tahun 1969, satu tinjauan menunjukkan angka 98 orang Maniq sahaja di Kedah. sejumlah 200 orang Maniq menetap di Thailand dan sekitar 2,500 orang lagi di Malaysia. Walau bagaimanapun, angka ini tidak dapat dipastikan oleh kerana gaya hidup nomad etnik Maniq.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kensiu". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-25.
  2. ^ * Bishop, Nancy (1996), "A preliminary description of Kensiu (Maniq) phonology" (PDF), Mon–Khmer Studies Journal, 25
  3. ^ a b Bishop, Nancy M. and Mary M. Peterson. 2002. The Kensiu (Maniq) people. In TU-SIL-LRDP Committee (ed.), Minority language orthography in Thailand: five case studies, p53-68. Bangkok, Thailand: TU-SIL-LRDP Committee. Retrieved from http://msea-ling.info/digidata/306/b09800-kensiw.pdf[pautan mati kekal]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Bishop, N. (1996). Who's who in Kensiw? Terms of reference and address in Kensiw. The Mon–Khmer Studies Journal, 26, 245-253.
  • Miyake, Marc. 2014. Kensiu.
  • Wnuk, Ewelina (2016). Semantic specificity of perception verbs in Maniq.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Glosari dan senarai perkataan