Bahasa Khakas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Khakas
asli ke Rusia
wilayah Khakassia
asli penutur ~60,000  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
kod bahasa
ISO 639-3 kjh

Khakas merupakan satu bahasa Turkik yang ditutur oleh orang Khakas, yang hidup dengan banyak dikawasan selatan Siberia, yakni di Republik Khakassia, di Rusia. Orang Khakas berjumlah 78,500, dan daripada jumlah tersebut hanya 60,168 yang dikenalpasti bertutur didalam bahasa ini. Kebanyakkan daripada mereka ini berkebolehan bertutur dwi-bahasa, iaitu Rusia. Kodnya ialah kjh(ISO 639-3).

Secara tradisinya, bahasa Khakas dibahagi kepada beberapa dialek yang berkait-rapat, yang terbahagi kepada beberapa kelompok-kelompok: Sagai, Kacha, Koybal, Beltir, dan Kyzyl. Mereka-mereka ini yang bertutur dialek ini dirujuk sebagai Tadar (bermaksud Tatar).

Terdapat catatan utama dari bahasa Khakas bermula sejak kurun ke-19. Penulis berbangsa Finland, Matthias Castrén, yang merantau merentasi utara dan tengah Asia, diantara tahun 1845-1849, telah mencatit satu tesis untuk dialek Koybal, dan direkod sebagai karya sastera. Wilhelm Radloff telah merantau dikawasan selatan Siberia diantara 1859 dan 1870. Dari hasil kajiannya, diterbitkan didalam 4 jilid kamusnya, dan dalam siri jilid ke-10nya dari teks [[bahasa Turkik|Turkik]. Jilid keduanya mengandungi bahan-bahan bahasa Khakisnya, yang terdapat terjemahan Jerman. Jilid ke-9, terdapat terjemahan Rusia, yang disediakan oleh pelajar Radloff, yaitu Katanov, yang juga merupakan orang Sagai, dan mempunyai lebih banyak lagi bahan-bahan bahasa Khakas.

Kesusasteraan bahasa Khakas, dibangunkan hanya selepas era Revolusi Rusia 1917, yang berasas dialek Sagai dan Kacha; dialek Beltir begitu mesra dengan dialek Sagai, dan dialek Koybal dengan Kacha. Dalam tahun 1924, huruf Cyril telah bermula, dan diganti pada huruf Latin dalam tahun 1929, dan digantikan semula dengan huruf Cyril dalam tahun 1939.

Ortografi[sunting | sunting sumber]

Huruf Latin:

A a B b C c Ç ç D d Ә ә F f G g
Ƣ ƣ I i Į į J j K k L l M m N n
N̡ n̡ O o Ө ө P p R r S s Ş ş T t
U u V v X x Y y Z z Ƶ ƶ Ь ь

Huruf Cyril:

А а Б б В в Г г Ғ ғ Д д Е е Ё ё
Ж ж З з И и Й й I i К к Л л М м
Н н Ң ң О о Ö ö П п Р р С с Т т
У у Ӱ ӱ Ф ф Х х Ц ц Ч ч Ӌ ӌ Ш ш
Щ щ Ъ ъ Ы ы Ь ь Э э Ю ю Я я

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Laman web
  1. "[1] Ethnologue"
Buku
  • Castrén, M. A. (1857). Versuch einer koibalischen und karagassischen Sprachlehre nebst Wörterverzeichnissen aus den tatarischen mundarten des minussinschen Kreises. St. Petersburg. 
  • Radloff, W. (1893-1911). Versuch eines Wörterbuches der Türk-Dialecte I-IV. St. Petersburg. 
  • Radloff, W. (1867). Proben der Volkslitteratur der türkischen Stämme Süd-Sibiriens. II. Theil: die Abakan-Dialecte (der Sagaische, Koibalische, Katschinzische), der Kysyl-Dialect und der Tscholym-Dialect (Küerik). St. Petersburg. 
  • Katanov, N. F. (1867). Proben der Volkslitteratur der türkischen Stämme Süd-Sibiriens. IX. Theil: Mundarten der Urianchaier (Sojonen), Abakan-Tataren und Karagassen. St. Petersburg. 
  • Anderson, G. D. (1998). Xakas. Languages of the world: Materials: 251. München.