Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsonan letusan atau afrikat merupakan konsonan yang bermula seperti hentian (selalunya konsonan gusi, seperti [t] atau [d]), kemudian dilepaskan seperti konsonan geseran (seperti [s] atau [z]). Contoh-contoh konsonan letusan dalam bahasa Melayu ialah [t̠ʃ] (c dalam cacing) dan [d̠ʒ] (j dalam jaring).
Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), konsonan letusan selalunya dilambangkan oleh dua bunyi (hentian diikuti geseran) yang membentuknya (cth. [pf], [kx]). Bagaimanapun, ada baiknya menggunakan aksara tunggal untuk menekankan bahawa letusan berfungsi sebagai fonem tunggal. Oleh itu, pihak IPA mencadangkan kedua-dua unsur letusan dengan tanda ikatan (cth. [p͡f], [k͡x]).
[sunting] Jenis letusan
[sunting] Letusan sibilan
- Letusan gusi tak bersuara [ts] (terdapat dalam bahasa-bahasa Itali, Jerman, Hungary, Lombard, K'iche' Maya, Jepun)
- Letusan gusi bersuara [dz] (terdapat dalam bahasa-bahasa Itali, Lombard, Pashto)
- Letusan belakang gusi tak bersuara [t̠ʃ] (terdapat dalam bahasa Melayu dalam bentuk c dalam cacing, juga terdapat dalam bahasa-bahasa Inggeris, Sepanyol, Itali)
- Letusan belakang gusi bersuara [d̠ʒ] (terdapat dalam bahasa Melayu dalam bentuk j dalam jaring, juga terdapat dalam bahasa Inggeris)
- Letusan gusi-lelangit tak bersuara [t̠ɕ] (dalam bahasa-bahasa Poland, Mandarin, Thai)
- Letusan gusi-lelangit bersuara [d̠ʑ] (dalam bahasa-bahasa Poland, Serbia)
- Letusan gelungan tak bersuara [ʈʂ] (dalam bahasa-bahasa Ubykh dan Kaukasia Barat Laut yang lain, Mandarin)
- Letusan gelungan bersuara [ɖʐ] (in Ubykh dan Kaukasia Barat Laut yang lain)
[sunting] Letusan bukan sibilan
- Letusan dwibibir tak bersuara [pɸ]
- Letusan dwibibir-gigi tak bersuara [pf] (dalam bahasa-bahasa Jerman, Teke)
- Letusan dwibibir-gigi bersuara [bv] (dalam bahasa Teke)
- Letusan bibir-gigi tak bersuara [p̪f] (dalam bahasa Tsonga XiNkuna)
- Letusan bibir-gigi bersuara [b̪v] (dalam Tsonga XiNkuna)
- Letusan gigi tak bersuara [t̪θ] (dalam bahasa-bahasa Luo, Dene Suline, Cun, sesetengah loghat Venice dan Itali Utara yang lain)
- Letusan gigi bersuara [d̪ð] (dalam bahasa Dene Suline)
- Letusan bukan sibilan gusi tak bersuara [tɹ̝̊] (dalam bahasa Mapudungun)
- Letusan lelangit tak bersuara [cç] (dalam bahasa-bahasa Skolt Sami, Hungary)
- Letusan lelangit bersuara [ɟʝ] (dalam bahasa-bahasa Skolt Sami, Hungary, sesetengah loghat Sepanyol)
- Letusan velar tak bersuara [kx] (dalam bahasa Tswana, loghat Jerman Aleman Tinggi)
- Letusan uvular tak bersuara [qχ] (dalam bahasa-bahasa Nez Percé, Wolof, Kabardia)
- Letusan epiglotis tak bersuara [ʡʜ] (dalam bahasa Haida)
[sunting] Letusan sisian
[sunting] Letusan bergetar
[sunting] Letusan heterorganik
Walaupun kebanyakan konsonan letusan berbentuk homorganik (satu daerah artikulasi atau dua daerah artikulasi bersebelahan), namun wujudnya juga sebilangan kecil letusan heterorganik (dua daerah artikulasi yang tidak bersebelahan). Bahasa-bahasa Navajo dan Chiricahua Apache memiliki letusan gusi-velar heterorganik [tx] (McDonough & Ladefoged 1993, Hoijer & Opler 1938); bahasa-bahasa Bantu seperti Sotho Uatara dan Phuthi memiliki letusan gusi-bibir-gigi [tf] dan [dv], dan bahasa Sesotho pula memiliki letusan dwibibir-lelangit-gusi [pʃ] dan [bʒ].
|
Konsonan |
|
| Senarai · Jadual |
|
|
|
Jadual ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar. [bantuan]
Bagi aksara-aksara berpasangan, aksara di kanan ialah konsonan bersuara. Petak-petak yang digelapkan menandakan penyebutan pulmonik yang didapati mustahil. |
|
|
| Lihat juga IPA · Vokal |
|