Konsonan velar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah
artikulasi

 • Bibir
Dwibibir
Bibir-velar
Bibir-gusi
Bibir-gigi

 • Dwigigi

 • Koronal
Lidah-bibir
Antargigi
Gigi
Gigi-gusi
Gusi
Hujung lidah
Laminal
Belakang gusi
Gusi-lelangit
Gelungan

 • Dorsal
Lelangit
Labial-palatal
Velar
Uvular
Uvular-epiglotis

 • Radikal
Farinks
Epiglotis-farinks
Epiglotis

 • Glotis

Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan]

Konsonan velar ialah konsonan yang disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut, iaitu bahagian belakang lelangit mulut, juga dikenali sebagai velum.

Memandangkan daerah velar di lelangit agak luas dan pergerakan dorsum pula tidak seberapa persis, maka konsonan velar mudah mengalami asimilasi, iaitu sebutannya teranjak ke belakang atau ke hadapan, bergantung pada sifat bunyi vokal sebelum dan selepasnya. Konsonan velar dianjakkan ke hadapan dengan sendirinya sebelum disusuli vokal hadapan, iaitu dipalatalkan separa atau sepenuhnya, atau dianjakkan ke belakang sebelum vokal belakang.

Konsonan velar dipalatalkan (seperti /k/ dalam keen atau cube, bahasa Inggeris) adakalanya bergelar palatovelar (lelangit-velar). Tidak kurang juga bahasa yang ada konsonan velar dibibirkan, seperti [kʷ], iaitu penyebutannya diiringi oleh pembundaran bibir. Juga wujudnya konsonan bibir-velar, iaitu disebut pada velum dan bibir serentak, seperti [k͡p]. Sifat ini pudar apabila hadirnya malaran tak geser [w], kerana pembibiran melibatkan penambahan sebutan malaran tak geser bibir, maka kesamaran ini disifatkan sebagai labiovelar (bibir-velar).

Konsonan velar yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa adalah seperti berikut:

IPA Huraian Contoh
Bahasa Ejaan IPA Maksud
Xsampa-N2.png Sengauan velar Melayu siang [siaŋ]
Xsampa-k.png Letupan velar tak bersuara Melayu katak [kataʔ]
Xsampa-g.png Letupan velar bersuara Melayu gamat [ɡamat]
Xsampa-x.png Geseran velar tak bersuara Melayu khidmat [xidmat]
Xsampa-G2.png Geseran velar bersuara Melayu ghairah [ɣairah]
Xsampa-X.png Malaran tak geser bibir-velar tak bersuara Inggeris which[1] [ʍɪtʃ] yang mana
Xsampa-w2.png Malaran tak geser bibir-velar bersuara Melayu warna [warna]
(sebutan baku)
Xsampa-Mslash.png Malaran tak geser velar Sepanyol pagar [paɰaɾ] membayar
Xsampa-Lslash.png Malaran tak geser sisian velar Mid-Wahgi aʟaʟe [aʟaʟe] pening

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dalam sesetengah loghat yang membezakan sebutan which dan witch.