Bahasa Niihau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Niihau
Olelo Matuahine
Asli kepadaHawaii
KawasanNiihau, Kauai
EtnikHawaii
Penutur bahasa
200
Rumi
Kod bahasa
ISO 639-3
Bahasa Niihau aslinya dari Pulau Niihau (merah pekat) dan bilangan diaspora Niihau yang ketara tinggal di Pulau Kauai (merah cair).

Bahasa Niihau (bahasa Hawaii: 'Ōlelo Ni'ihau, bahasa Niihau: Olelo Matuahine) ialah salah satu loghat bahasa Hawaii yang dituturkan di Pulau Niihau, lebih khususnya di Kampung Puuwai, dan di Pulai Kauai, khususnya berhampiran Kekaha, di mana keturunan keluarga-keluarga dari Pulau Niihau kini tinggal. Kini, bahasa Niihau diajar di Ke Kula Niihau O Kekaha (Sekolah Jenis Niihau Kekaha).

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Hawaii dan loghat-loghatnya (termasuk bahasa Niihau) merupakan sebahagian daripada bahasa-bahasa Austronesia, iaitu sekumpulan bahasa yang dituturkan di seluruh Oseania, Asia Tenggara, dan bahagian lain di dunia.[1] Ia khususnya tergolong dalam cabang kecil Polinesia, yang turut merangkumi bahasa-bahasa seperti Samoa, Tonga, Tahiti dan Markesa.[2]

Tahap dahulu[sunting | sunting sumber]

Dahulu, penduduk Pulau Kauai bertutur dalam loghat yang sama seperti bahasa Niihau. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh penindasan kerajaan Amerika Syarikat terhadap bahasa Hawaii, loghat tersebut hanya bertahan di Pulau Niihau, di mana ia tidak ditindas.

Keluarga-keluarga yang mempunyai keturunan dari Pulau Niihau yang kini tinggal di sebelah barat Pulau Kauai menggunakan bahasa yang sama seperti yang dituturkan di Pulau Niihau, tetapi sesetengah penutur bahasa Niihau memanggil penutur bahasa tersebut di luar Pulau Niihau sebagai penutur bahasa Kauai.

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Konsonan
Bibir Gusi Velar Glotis
Sengauan m n
Hentian p t ~ k ʔ
Geseran h
Gemaan w ~ v l ~ ɾ

Tidak seperti bahasa Hawaii yang diajar di sekolah, bahasa Niihau ialah satu-satunya lainan bahasa Hawaii yang mengekalkan pelainan bebas antara /r/ dan /l/, sebagai tambahan kepada /t/ dan /k/.

Vokal[sunting | sunting sumber]

Seperti bahasa Hawaii baku yang diajar di universiti, bahasa Niihau mempunyai lima vokal pendek dan lima vokal panjang, serta diftong.

Monoftong[sunting | sunting sumber]

Monoftong
Pendek Panjang
Depan Belakang Depan Belakang
Sempit i u
Tengah ɛ ~ e o
Luas a ~ ɐ ~ ə

Bahasa Niihau mengekalkan lima vokal tulen ciri bahasa Hawaii dengan sedikit perubahan. Vokal pendek ialah /u, i, o, e, a/, dan vokal panjang, jika ia dianggap fonem berasingan dan bukannya urutan vokal yang sama, ialah /uː, iː, oː, eː, aː/. Apabila ditegaskan, /e/ dan /a/ pendek dikatakan menjadi [ɛ] dan [ɐ], manakala apabila dinirtegaskan, ia menjadi [e] dan [ə]. Parker Jones (2017), bagaimanapun, tidak menemui pengurangan /a/ kepada [ə] dalam cerakinan fonetik seorang penutur muda dari Hilo, Hawaii; jadi terdapat sekurang-kurangnya beberapa pelainan dalam cara /a/ dinyatawikan.[3] /e/ juga cenderung menjadi [ɛ] di sebelah /l/, /n/, dan satu lagi [ɛ], seperti dalam Pele [pɛlɛ]. Beberapa zarah tatabahasa berbeza antara vokal pendek dan panjang. Ini termasuklah a dan o (daripada), ma (pada), na dan no (untuk). Antara vokal belakang /o/ atau /u/ dan vokal bukan belakang (/a e i/), terdapat sisipan [w], yang amnya tidak ditulis. Antara vokal depan /e/ atau /i/ dan vokal bukan depan berikutan (/a o u/), terdapat sisipan [j] (bunyi y), yang tidak ditulis.

Diftong[sunting | sunting sumber]

Diftong pendek 
 Berakhir dengan /u/   Berakhir dengan /i/   Diakhiri dengan /o/   Berakhir dengan /e/ 
Bermula dengan /i/ iu
Bermula dengan /o/ ou oi
Bermula dengan /e/ eu ei
Bermula dengan /a/ au ai ao ae

Diftong vokal pendek ialah /iu, ou, oi, eu, ei, au, ai, ao, ae/. Dalam kesemuanya kecuali mungkin /iu/, ia merupakan diftong jatuh. Walau bagaimanapun, ia tidak terikat rapat seperti diftong bahasa Inggeris, dan boleh dianggap sebagai urutan vokal.[3] Vokal kedua dalam urutan sedemikian mungkin menerima tekanan, tetapi dalam kasus sedemikian, ia tidak dikira sebagai diftong. Dalam pertuturan pantas, /ai/ cenderung menjadi [ei] dan /au/ cenderung menjadi [ou], mencantumkan diftong ini dengan /ei/ dan /ou/.

Terdapat beberapa vokal terhad yang mungkin mengikuti vokal panjang, dan sesetengah pengarang menganggap urutan begini sebagai diftong juga: /oːu, eːi, aːu, aːi, aːo, aːe/.

Diftong panjang 
 Berakhir dengan /u/   Berakhir dengan /i/   Diakhiri dengan /o/   Berakhir dengan /e/ 
Bermula dengan /o/ oːu
Bermula dengan /e/ eːi
Bermula dengan /a/ aːu aːi aːo aːe

Fonologi malar[sunting | sunting sumber]

Bahasa Niihau mengekalkan kedua-dua bunyi /t/ dan /r/, yang berubah menjadi /k/ dan /l/ dalam bahasa Hawaii baku.[4][5] Dahulu, semua loghat bahasa Hawaii menggunakan 4 bunyi ini. Walau bagaimanapun, mubaligh hanya menulis "k" dan "l" semasa menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Hawaii kerana kekeliruan mereka tentang perkataan mana yang menggunakan "k/l" dan perkataan mana yang menggunakan "t/r" kerana ia saling berbolehtukar.[6] Kejadian huruf berbolehtukar yang sama boleh didapati dalam bahasa Polinesia lain, seperti bahasa Anuta di Kepulauan Sulaiman.[7]

Contoh perubahan ini boleh didapati dalam perkataan kumu (guru) dalam bahasa Hawaii baku telah diubah daripada tumu dalam bahasa Niihau. Walau bagaimanapun, bukan semua bunyi "k" dalam bahasa Hawaii ialah "t" dalam bahasa Niihau. Perkataan kākou dalam bahasa Hawaii baku ialah katou dalam bahasa Niihau.[8]

Disebabkan oleh sifat fonologi malar bahasa Niihau, ia mengekalkan tahap saling kebolehfahaman yang lebih tinggi dengan bahasa Polinesia lain daripada bahasa Hawaii baku.

Tanda pelat[sunting | sunting sumber]

Bahasa Niihau tidak menggunakan ʻokina untuk mewakili hentian glotal atau kahakō (makron) untuk menunjukkan vokal panjang. Ini berbeza dengan bahasa Hawaii baku, di mana penggunaan diakritik ini meluas.[6] Dalam bahasa Niihau, perkataan ʻōlelo (bahasa) sebaliknya akan dieja sebagai olelo, walaupun sebutannya masih termasuk hentian glotal awal dan vokal panjang untuk "o" pertama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Austronesian Language Family". linguistics.byu.edu. Dicapai pada 2019-12-20.
  2. ^ "Polynesian languages". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-20.
  3. ^ a b Parker Jones, ʻŌiwi (April 2018). "Hawaiian". Journal of the International Phonetic Association (dalam bahasa Inggeris). 48 (1): 103–115. doi:10.1017/S0025100316000438. ISSN 0025-1003.
  4. ^ Deniz, Lacy. "These women are trying to save the Olelo Niihau dialect from extinction". Hawaii News Now (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-20.
  5. ^ Christine (2016-05-12). "Keepers of the Flame: How cultural practitioners are preserving Niihau's unique traditions". Hawaii Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-20.
  6. ^ a b Hiraishi, Ku`uwehi. "Why is Ni'ihau Hawaiian Language So Different?". www.hawaiipublicradio.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-13.
  7. ^ Feinberg, Rick. The Anutan Language Reconsidered: Lexicon and Grammar of a Polynesian Outlier, Volume 1 (dalam bahasa Inggeris). m/s. 10, 11.
  8. ^ "Ke Kula Niihau O Kekaha". www.kknok.org. Dicapai pada 2020-08-13.