Bahasa-bahasa Austronesia
Austronesia | |
---|---|
Kepulauan Selatan | |
Taburan geografi: | Asia Tenggara Maritim, Oceania, Madagaskar, Taiwan |
Klasifikasi bahasa: | salah satu dari keluarga bahasa dunia utama; walaupun berpaut dengan keluarga lain telah dicadangkan, tiada dari ini yang diterima mainstrim umum |
Bahasa-proto: | Proto-Austronesia |
Pembahagian: |
|
ISO 639-2 / 5: | map |
Glottolog: | aust1307[1] |
Taburan bahasa-bahasa Austronesia |
Bahasa-bahasa Austronesia (har. kepulauan selatan (dalam bahasa Greek)) ialah satu keluarga bahasa yang tersebar meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Beberapa anggota keluarga bahasa ini juga dituturkan di tanah besar Asia. Bahasa-bahasa serumpun ini tersebar luas dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara hingga ke Aotearoa (New Zealand) di hujung selatan dan dari Madagaskar jauh di barat sampai ke Rapanui (Pulau Paskah/Easter) di hujung timur.
Sepertimana bahasa-bahasa Bantu, Indo-Eropah, Afro-Asia dan Ural, Rumpun bahasa Austronesia merupakan salah satu keluarga bahasa tua yang telah dikenal pasti dengan lengkap. Nama Austronesia berasal daripada kata bahasa Latin auster "angin selatan" dan kata bahasa Yunani nêsos "pulau". Nama ini sememangnya sesuai, kerana sebahagian besar bahasa Austronesia dituturkan di pulau-pulau yang terletak dalam, atau berhampiran dengan, Hemisfera Selatan: hanya beberapa bahasa, seperti bahasa Melayu dan bahasa Cham, dituturkan di tanah besar Asia. Kebanyakan bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur yang kecil. Walau bagaimanapun, bahasa Austronesia utama memiliki jutaan penutur. Sesetengah bahasa Austronesia merupakan bahasa rasmi di beberapa buah negara. Otto Dempwolff, seorang sarjana Jerman, merupakan ahli bahasa pertama yang menyelidik bahasa-bahasa Austronesia dengan mendalam menggunakan kaedah perbandingan bahasa.[2]
Para ahli bahasa tidak sepakat tentang keluarga bahasa manakah yang mempunyai bahasa yang terbanyak. Walau bagaimanapun, rumpun bahasa Austronesia pastinya menduduki antara tangga teratas dengan 1,268 bahasa (menurut Ethnologue), yang bersamaan dengan lebih kurang satu perlima daripada jumlah keseluruhan bahasa yang diketahui di dunia.
Rumpun bahasa Austronesia memiliki beberapa cabangan utama, dan kesemuanya kecuali satu diketemui di Taiwan. Bahasa-bahasa Formosa Taiwan dikategorikan kepada sembilan subkumpulan aras pertama ("first-order") bahasa Austronesia. Kesemua bahasa Austronesia yang dituturkan di luar Taiwan (termasuklah bahasa Yami) tergolong dalam cabang Melayu-Polinesia, yang kadangkala dikenali dengan nama bahasa Extra-Formosa.
Asal usul bangsa Austronesia
[sunting | sunting sumber]Para penutur bahasa Austronesia proto atau purba dijangka berasal dari daerah terangkum dalam bahagian selatan tanah besar China. Mereka bermigrasi ke pulau Taiwan sekitar 4000 tahun yang lalu dan dari sana, menyebar ke Filipina, Malaysia, Indonesia kemudian ke Madagaskar yang berdekatan benua Afrika dan ke seluruh lautan Pasifik.
Bahasa Ma’anyan yang merupakan sebuah bahasa Dayak dan dipertuturkan di Borneo ialah bahasa yang paling dekat dengan bahasa Malagasi yang dipertuturkan di Madagaskar, berdekatan dengan persisiran pantai timur Afrika.
Klasifikasi
[sunting | sunting sumber]Struktur dalaman bahasa-bahasa Austronesia adalah sangat rumit. Keluarga bahasa ini terdiri daripada pelbagai bahasa-bahasa yang seakan dan berhubungkait dengan pelbagai rantaian-rantaian dialek, membuatkannya susah untuk mengecam sempadan antara pelbagai cabang bahasa. Langkah utama yang pertama diambil untuk pembahagian subkumpulan beraras tinggi adalah pengenalpastian subkumpulan bahasa-bahasa Oceania yang dilakukan oleh Dempwolff (dikenali sebagai Melanesisch oleh Dempwolff).[2] Kedudukan istimewa bahasa-bahasa Taiwan paling awal diiktiraf oleh André-Georges Haudricourt (1965),[3] yang turut membahagi bahasa-bahasa Austronesia kepada tiga subkumpulan utama iaitu: subkumpulan Austronesia Utara (= Formosa), subkumpulan Austronesia Timur (= Oceania), dan subkumpulan Austronesia Barat (selebihnya).
Dalam satu kajian yang mewakili pengelasan leksikostatistik bahasa-bahasa Austronesia yang pertama, Isidore Dyen (1965) membentang skema pengumpulan yang jauh berbeza.[4] Dia meletakkan 40 subkumpulan aras pertama dengan darjah kepelbagaian tertinggi dijumpainya di sekitar kawasan Melanesia. Bahasa-bahasa Oceania tidak diiktiraf tetapi terbahagi dalam lebih daripada 30 subkumpulan aras pertama cadangannya. Klasifikasi yang dilakukan oleh Dyen mendapat kritikan yang luas dan sebahagian besar daripadanya ditolak,[5] namun sebahagian daripada subkumpulan beraras rendah yang diklasifikasi olehnya masih diterima (contohnya seperti bahasa-bahasa Cordillera, bahasa-bahasa Bilik atau bahasa-bahasa Murut).
Seterusnya, kedudukan bahasa-bahasa Formosa sebagai kumpulan paling arkaik dalam bahasa-bahasa Austronesia diiktiraf oleh Otto Christian Dahl (1973),[6] diikuti dengan cadangan-cadangan dari para sarjana lain yang bahasa-bahasa Formosa sebenarnya terdiri daripada lebih daripada satu subkumpulan Austronesia beraras pertama. Robert Blust (1977) pertama kali membentang model subkumpulannya yang kini diterima oleh hampir semua cendekiawan terlibat dalam bidang pengelasan bahasa,[7] dengan lebih daripada satu subkumpulan beraras pertama di Taiwan, dan satu subkumpulan beraras pertama yang mencakupi kesemua bahasa-bahasa Austronesia yang dituturkan di luar Taiwan, yang dikenali sebagai bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. Hubungan antara pelbagai bahasa-bahasa Formosa antara satu sama lain dengan struktur dalaman bahasa-bahasa Melayu Polinesia masih didebatkan sehingga ke hari ini.
Cabang-cabang utama di Taiwan (bahasa-bahasa Formosa)
[sunting | sunting sumber]Tiga belas subkumpulan bahasa-bahasa Formosa diklasifikasi dengan tambahan satu subkumpulan mewakili bahasa-bahasa Melayu-Polinesia oleh Blust (1999). Penggerak Formosanisme utama (ahli linguistik yang pakar dalam bahasa-bahasa Formosa) membantah beberapa pendapat dalam sebahagian butiran bahasa-bahasa tersebut, namun kaedah pembahagian yang dilakukan oleh Blust (1999) masih lagi merupakan titik rujukan untuk analisis-analisis linguistik mutakhir. Perdebatan utama berpusat pada hubungan antara keluarga-keluarga subkumpulan bahasa-bahasa Formosa. Antara kaedah-kaedah pengelasan yang dibentang di sini, Blust (1999) menghubung dua subkumpulan dalam kumpulan Dataran Barat, dua lagi dalam kumpulan Formosa Barat Laut, dan tiga lagi dalam kumpulan Formosa Timur, pada waktu yang sama Li (2008) menghubung lima subkumpulan dalam kumpulan Formosa Utara. Harvey (1982), Chang (2006) dan Ross (2012) memecahkan pengelasan bahasa-bahasa Tsouik, dan Blust (2013) bersetuju yang kumpulan itu mungkin tidak sah.
Kajian-kajian lain pula membentang bukti fonologi untuk keluarga bahasa-bahasa Paiwan yang mencakupi bahasa Paiwan, bahasa Puyuma, bahasa Bunun, bahasa Amis dan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia, tetapi bukti ini tidak dapat dicerminkan pada kosa kata bahasa-bahasa tersebut. Orang Formosa Timur seperti orang Basay, orang Kavalan dan orang Amis berkongsi motif tanah air yang sama, iaitu mereka semua berasal dari pulau yang dikenali sebagai Sinasay atau Sanasay menurut (Li 2004) . Orang Amis terutamanya tetap dengan pendirian yang mereka berasal dari timur dan dianggap oleh orang Puyuma sebagai kumpulan yang melayan mereka.[8]
Blust (1999)
[sunting | sunting sumber]- Bahasa-bahasa Formosa
- Dataran-dataran Barat
- Bahasa Thao s.d. bahasa Sao: dialek-dialek Brawbaw dan Shtafari
- Dataran-dataran Barat Tengah
- Bahasa Babuza; bahasa Favorlang yang lama: dialek-dialek Taokas dan Poavosa
- Bahasa Papora-Hoanya: dialek-dialek Papora dan Hoanya
- Formosa Barat Laut
- Bahasa Saisiyat: dialek-dialek Taai dan Tungho
- Bahasa Pazeh dan bahasa Kulun
-
- Bahasa Atayal
- Bahasa Seediq s.d. bahasa Truku/Taroko
-
- Utara (bahasa-bahasa Kavalan)
- Bahasa Basay: dialek-dialek Trobiawa dan Linaw–Qauqaut
- Bahasa Kavalan
- Bahasa Ketagalan, atau Ketangalan
- Tengah (bahasa-bahasa Amis)
- Bahasa Siraya
- Utara (bahasa-bahasa Kavalan)
-
- Dialek-dialek Mantauran, Tona, dan Maga di bawah bahasa Rukai yang bercambah
- Bahasa Paiwan (titik tenggara Formosa)
- (di luar Formosa)
Li (2008)
[sunting | sunting sumber]Kaedah pengelasan ini mengekal kaedah pengelasan Formosa Timur oleh Blust (1999), tetapi menyatukan pengelasan bahasa-bahasa di utara Formosa. Li (2008) mencadangkan satu leluhur bahasa Formosa Purba (F0) dan menyamakannya dengan bahasa Austronesia Purba (PAN), mengikut model Starosta (1995).[9] Rumpun bahasa Rukai dan Tsouik dianggap sangat berlainan walaupun kedudukan rumpun bahasa Rukai adalah sangat dipertikaikan.[10]
- Bahasa-bahasa Formosa
- F0: Bahasa Formosa Purba = Bahasa Austronesia Purba
-
- dialek Mantauran
- dialej Maga–Tona, dialek Budai–Labuan–Taromak
-
- F1: (cabang yang tidak diberi nama)
- Tengah (bahasa-bahasa Tsouik)
- bahasa Tsou
- Tsou Selatan
- F2: (cabang yang tidak diberi nama)
-
- Barat Laut (Dataran-dataran)
- Bahasa Saisiyat–Kulon, bahasa Pazeh
- Barat
- Bahasa Thao
- Pantai Barat (Papora–Hoanya–Babuza–Taokas)
- Bahasa-bahasa Atayal
- Atayal Squliq
- Atayal Ts'ole' (= C'uli')
- Seediq
- Barat Laut (Dataran-dataran)
- ? Selatan [tidak pasti]
-
- Bahasa Isbukun
- Utara dan Tengah (bahasa Takitudu dan Takbanuaz)
-
-
- F0: Bahasa Formosa Purba = Bahasa Austronesia Purba
Blust (2013) menolak pembahagian Li tentang cabang Formosa Utara, terutama berkaitan lima pembaharuan linguistik yang dikemukakan oleh Li, kerana tiada satu daripada pembaharuan tersebut mendefinisikan pengelasan kumpulan bahasa-bahasa tersebut.
Sagart (2004, 2021)
[sunting | sunting sumber]Sagart (2004) mencadang bahawa kata-kata bilangan bahasa-bahasa Formosa mencerminkan satu siri tersarang pembaharuan-pembaharuan bahasa, dari bahasa-bahasa di barat laut (berdekatan kawasan andaian orang-orang Austronesia mula bertemu daratan selepas berpindah dari tanah besar; yang hanya berkongsi kata bilangan 1-4 seperti pada bahasa Melayu-Polinesia Purba), berlawanan arah jam ke bahasa-bahasa di tumur (kawasan berwarna ungu di peta; yang berkongsi kesemua kata bilangan 1-10). Sagart (2021) terjumpa pembaharuan-pembaharuan bersama yang lain yang mengikuti corak yang sama. Dia mencadang yang *lima (lima) pada pMP ialah penggantian leksikal (berubah makna dari makna asal iaitu "tangan"); manakala *pitu (tujuh), *walu (lapan) dan *Siwa (sembilan) pada pMP ialah penyingkatan kepada *RaCep pada pAN; kata perangkai *a atau *i yang bermaksud "dan"; dan *duSa (dua), *telu (tiga), *Sepat (empat) adalah corak analog yang diperakukan sanad dari bahasa Pazeh. Fakta yang bahasa-bahasa Kra-Dai berkongsi sistem kata bilangan (dan beberapa pembaharuan leksikal lain) pMP mencadangkan bahasa-bahasa ini adalah satu cabang koordinat bersama bahasa-bahasa Melayu-Polinesia, berbanding keluarga bahasa saudara kepada bahasa Austronesia.[11][12]
Hasil pengelasan Sagart ialah:[13]
Nota: Sebarang kata antara tanda petik tunggal ('?') ialah "makna bahasa Melayu" sesuatu kata rekonstruksi yang bertanda bintang (*?).
- Bahasa-bahasa Austronesia (pAN, lebih kurang 5200 tahun sebelum masa kini)
- Bahasa Pazeh, Bahasa Kulon
(Keempat bahasa-bahasa ini adalah di luar bahasa-bahasa ber"pitu", tetapi Sagart bersikap agnostik terhadap hubungkait antara bahasa-bahasa tersebut, kecuali mengekalkan hubungkait antara bahasa Pazeh dan bahasa Kulon) - Bahasa-bahasa ber"pitu"
(pAN *RaCepituSa 'lima dan dua' disingkatkan kepada *pitu 'tujuh'; *sa-ŋ-aCu 'sembilan' [makna harfiah: satu diambil keluar])- Bahasa-bahasa ber"lima"
(pAN *RaCep 'lima' digantikan dengan *lima 'tangan'; *Ca~ ialah bentuk gandaan yang membentuk sekumpulan kata bilangan yang mengira bilangan manusia)- Bahasa-bahasa ber"enem"
(bentuk tambahan 'lima dan satu' atau 'dua kali tiga' digantikan dengan bentuk gandaan *Nem-Nem > *emnem [*Nem 'tiga' dicerminkan di bahasa Basay, bahasa Siraya dan bahasa Makatao]; pAN *kawaS 'tahun, langit' digantikan dengan *CawiN)- Bahasa-bahasa ber"walu-siwa" (WS)
(*walu 'lapan' dan *Siwa 'sembilan' dari *RaCepat(e)lu 'lima dan tiga' dan *RaCepiSepat 'lima dan empat')- Bahasa-bahasa WS Pusat
(pAN *isa 'satu' digantikan dengan *Ca~CiNi (bentuk gandaan kepada *CiNi 'sendiri') dalam siri kata bilangan manusia; pAN *iCit 'sepuluh' digantikan dengan *ma-sa-N 'sesekali'.)- Bahasa Bunun
- Bahasa-bahasa Rukai–Tsouik
(struktur gandaan dalam bentuk suku kata KV~ dalam siri kata bilangan manusia digantikan dengan saingan kata tanda nama pAN iaitu *u- [tidak dikenalpasti sama ada bahasa Bunun pernah mempunyai bentuk yang sama atau tidak]; sebelas pembaharuan leksikal seperti *cáni 'satu', *kəku 'kaki')
- Bahasa-bahasa WS Timur (pEWS, anggaran pada 4500 tahun sebelum masa kini)
(pembaharuan pada *baCaq-an 'sepuluh'; *nanum 'air' bersandar kepada pAN *daNum)- Bahasa-bahasa ber"puluq"
(bentuk inovasi *sa-puluq 'sepuluh', dari *sa- 'satu' + *puluq 'pisah, mengetepikan'; menggunakan imbuhan awal *paka- dan *maka- untuk menanda kata-kata upaya)- Utara: Rangkaian bahasa Amis–Puyuma
(*sasay 'satu'; *mukeCep 'sepuluh' untuk siri bilangan manusia dan bukan human; *ukak 'tulang', *kuCem 'awan') - Bahasa Paiwan
- Bahasa-bahasa Austronesia Selatan (pSAN anggaran pada 4000 tahun sebelum masa kini)
(kata hubung *atu 'dan' > *at selepas *sa-puluq dan kata-kata bilangan 11–19; beberapa pembaharuan leksikal seperti *baqbaq 'mulut', *qa-sáuŋ 'gigi anjing', *qi(d)zúR 'air liur', *píntu 'pintu', *-ŋel 'pekak')
- Utara: Rangkaian bahasa Amis–Puyuma
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia
[sunting | sunting sumber]Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia adalah (di antara kesemua perkara lain) bercirikan beberapa perubahan bunyi, seperti penggabungan bahasa Austronesia Purba (PAN) *t/*C kepada bahasa Melayu Polinesia Purba (PMP) *t, dan PAN *n/*N kepada PMP *n, dan peralihan bunyi PAN *S kepada PMP *h.[14]
Terdapat dua gelombang pemindahan bahasa-bahasa Austronesia yang secara pantasnya melitupi sebahagian besar kawasan, sehingga menyebabkan bergandanya kumpulan-kumpulan bahasa tempatan dengan sedikit sahaja perkongsian struktur bahasa berskala besar. Yang pertama ialah bahasa Melayu-Polinesia, yang tersebar merentasi Filipina, Indonesia, dan Melanesia. Pemindahan kedua pula mewakili bahasa-bahasa Oceania sehingga ke Polinesia dan Mikronesia.[15]
Jadual perbandingan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan dua jadual yang menyenaraikan perbandingan nombor-nombor 1-10, serta tiga belas perkataan asas dalam bahasa-bahasa Austronesia; yang dituturkan di Taiwan, Filipina, Kepulauan Mariana, Indonesia, Malaysia, Campa (yakni etnik Cam yang kini berada di Thailand, Kemboja, dan Vietnam), Timor Leste, Papua, New Zealand, Hawaii, Madagascar, Borneo, Kiribati, Kepulauan Caroline dan Tuvalu.
Senarai bahasa-bahasa Austronesia | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Austronesia Purba | *əsa *isa |
*duSa | *təlu | *Səpat | *lima | *ənəm | *pitu | *walu | *Siwa | *(sa-)puluq | |||||||||||
Bahasa-bahasa Formosa | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | ||||||||||
Bahasa Atayal | qutux | sazing | cyugal | payat | magal | mtzyu / tzyu | mpitu / pitu | mspat / spat | mqeru / qeru | mopuw / mpuw | |||||||||||
Bahasa Seediq | kingal | daha | teru | sepac | rima | mmteru | mpitu | mmsepac | mngari | maxal | |||||||||||
Bahasa Truku | kingal | dha | tru | spat | rima | mataru | empitu | maspat | mngari | maxal | |||||||||||
Bahasa Thao | taha | tusha | turu | shpat | tarima | katuru | pitu | kashpat | tanathu | makthin | |||||||||||
Bahasa Papora | tanu | nya | tul | pat | lima | minum | pitu | mehal | mesi | metsi | |||||||||||
Bahasa Babuza | nata | naroa | natura | naspat | nahop | naitu | naito | natap | maitu | tsihet | |||||||||||
Bahasa Taokas | tatanu | rua | tool'a | lapat | hasap | tahap | yuweto | mahalpat | tanaso | tais'id | |||||||||||
Bahasa Pazeh | adang | dusa | tu'u | supat | xasep | xasebuza | xasebidusa | xasebitu'u | xasebisupat | isit | |||||||||||
Bahasa Saisiyat | 'aeihae' | roSa' | to:lo' | Sopat | haseb | SayboSi: | SayboSi: 'aeihae' | maykaSpat | hae'hae' | lampez / langpez | |||||||||||
Bahasa Tsou | coni | yuso | tuyu | sʉptʉ | eimo | nomʉ | pitu | voyu | sio | maskʉ | |||||||||||
Bahasa Bunun | tasʔa | dusa | tau | paat | hima | nuum | pitu | vau | siva | masʔan | |||||||||||
Bahasa Rukai | itha | drusa | tulru | supate | lrima | eneme | pitu | valru | bangate | pulruku / mangealre | |||||||||||
Bahasa Paiwan | ita | drusa | tjelu | sepatj | lima | enem | pitju | alu | siva | tapuluq | |||||||||||
Bahasa Puyuma | sa | druwa | telu | pat | lima | unem | pitu | walu | iwa | pulu | |||||||||||
Bahasa Kavalan | usiq | uzusa | utulu | uspat | ulima | unem | upitu | uwalu | usiwa | rabtin | |||||||||||
Bahasa Basay | tsa | lusa | tsu | səpat | tsjima | anəm | pitu | wasu | siwa | labatan | |||||||||||
Bahasa Amis | cecay | tosa | tolo | spat | lima | enem | pito | falo | siwa | pulu' / mo^tep | |||||||||||
Bahasa Sakizaya | cacay | tosa | tolo | sepat | lima | enem | pito | walo | siwa | cacay a bataan | |||||||||||
Bahasa Siraya | sasaat | duha | turu | tapat | tu-rima | tu-num | pitu | pipa | kuda | keteng | |||||||||||
Bahasa Taivoan | tsaha' | ruha | toho | paha' | hima | lom | kito' | kipa' | matuha | kaipien | |||||||||||
Bahasa Makatao | na-saad | ra-ruha | ra-ruma | ra-sipat | ra-lima | ra-hurum | ra-pito | ra-haru | ra-siwa | ra-kaitian | |||||||||||
Bahasa Yami | asa | adoa | atlo | apat | alima | anem | apito | awao | asiam | asa ngernan | |||||||||||
Bahasa Qauqaut | ca | lusa | cuu | səpat | cima | anəm | pitu | wacu | siwa | labatan | |||||||||||
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | ||||||||||
Bahasa Melayu-Polinesia Purba | *əsa *isa |
*duha | *təlu | *əpat | *lima | *ənəm | *pitu | *walu | *siwa | *puluq | |||||||||||
Bahasa Aceh | sifar soh |
sa | duwa | lhee | peuet | limong | nam | tujoh | lapan | sikureueng | siploh | ||||||||||
Bahasa Balia | nul |
besik siki |
dua |
telu |
papat |
lime |
nenem |
pitu |
kutus |
sia |
dasa | ||||||||||
Bahasa Banjar | asa | dua | talu | ampat | lima | anam | pitu | walu | sanga | sapuluh | |||||||||||
Bahasa Batak Toba | sada | dua | tolu | opat | lima | onom | pitu | ualu | sia | sampulu | |||||||||||
Bahasa Bugis | séddi | dua | tellu | eppa’ | lima | enneng | pitu | arua | aséra | seppulo | |||||||||||
Bahasa Cia-Cia | dise ise |
rua ghua |
tolu | pa'a | lima | no'o | picu | walu oalu |
siua | ompulu | |||||||||||
Bahasa Cam | sa | dua | klau | pak | lima | nam | tujuh | dalapan | salapan | sapluh | |||||||||||
Bahasa Jawa Kuno[16] | siji sa- |
rwa | tĕlu | pāt | lima | nĕm | pitu | walu | sanga | sapuluh | |||||||||||
Bahasa Jawa[17] | nol | siji | loro | telu | papat | lima | enem | pitu | wolu | sanga | sepuluh | ||||||||||
Bahasa Melayu Kelantan-Patani | kosong | so | duwo | tigo | pak | limo | ne | tujoh | lape | smile | spuloh | ||||||||||
Bahasa Madura | nol | settong | dhuwa' | tello' | empa' | lema' | ennem | petto' | ballu' | sanga' | sapolo | ||||||||||
Bahasa Makassar | lobbang nolo' |
se're | rua | tallu | appa' | lima | annang | tuju | sangantuju | salapang | sampulo | ||||||||||
Bahasa Melayu-Indonesia | kosong sifar[18] nol[19] |
sa/se satu suatu |
dua | tiga | empat | lima | enam | tujuh | delapan lapan[20] |
sembilan | sepuluh | ||||||||||
Bahasa Minangkabau | ciek | duo | tigo | ampek | limo | anam | tujuah | salapan | sambilan | sapuluah | |||||||||||
Bahasa Moken | cha:? | thuwa:? | teloj (təlɔy) |
pa:t | lema:? | nam | luɟuːk | waloj (walɔy) |
chewaj (cʰɛwaːy / sɛwaːy) |
cepoh | |||||||||||
Bahasa Rejang | do | duai | tlau | pat | lêmo | num | tujuak | dêlapên | sêmbilan | sêpuluak | |||||||||||
Bahasa Sasak | sekek | due | telo | empat | lime | enam | pituk | baluk | siwak | sepulu | |||||||||||
Bahasa Sunda | nol | hiji | dua | tilu | opat | lima | genep | tujuh | dalapan | salapan | sapuluh | ||||||||||
Bahasa Melayu Terengganu | kosong | se | duwe | tige | pak | lime | nang | tujoh | lapang | smilang | spuloh | ||||||||||
Bahasa Tetum | nol | ida | rua | tolu | hat | lima | nen | hitu | ualu | sia | sanulu | ||||||||||
Bahasa Tsat (HuiHui)c | sa˧ * ta˩ ** |
tʰua˩ | kiə˧ | pa˨˦ | ma˧ | naːn˧˨ | su˥ | paːn˧˨ | tʰu˩ paːn˧˨ | piu˥ | |||||||||||
Bahasa Ilokano | ibbong awan |
maysa | dua | tallo | uppat | lima | innem | pito | walo | siam | sangapulo | ||||||||||
Bahasa Ibanag | awan | tadday | duwa | tallu | appa' | lima | annam | pitu | walu | siyam | mafulu | ||||||||||
Bahasa Pangasinan | sakey | duwa | talo | apat | lima | anem | pito | walo | siyam | samplo | |||||||||||
Bahasa Kapampangan | alá | métung/ isá | adwá | atlú | ápat | limá | ánam | pitú | walú | siám | apúlu | ||||||||||
Bahasa Tagalog | walâ | isá | dalawá | tatló | apat | limá | anim | pitó | waló | siyám | sampû | ||||||||||
Bahasa Bikol | warâ | sarô | duwá | tuló | apát | limá | anóm | pitó | waló | siyám | sampulò | ||||||||||
Bahasa Aklanon | uwa | isaea sambilog |
daywa | tatlo | ap-at | lima | an-om | pito | waeo | siyam | napueo | ||||||||||
Bahasa Karay-a | wara | (i)sara | darwa | tatlo | apat | lima | anəm | pito | walo | siyam | napulo | ||||||||||
Bahasa Onhan | isya | darwa | tatlo | upat | lima | an-om | pito | walo | siyam | sampulo | |||||||||||
Bahasa Romblomanon | isa | duha | tuyo | upat | lima | onum | pito | wayo | siyam | napuyo | |||||||||||
Bahasa Masbatenyo | isad usad |
duwa duha |
tulo | upat | lima | unom | pito | walo | siyam | napulo | |||||||||||
Bahasa Hiligaynon | wala | isa | duha | tatlo | apat | lima | anom | pito | walo | siyam | napulo | ||||||||||
Bahasa Cebuano | wala | usa | duha | tulo | upat | lima | unom | pito | walo | siyam | napulo pulo | ||||||||||
Bahasa Waray | waray | usa | duha | tulo | upat | lima | unom | pito | walo | siyam | napulò | ||||||||||
Bahasa Tausug | sipar | isa | duwa | tū | upat | lima | unum | pitu | walu | siyam | hangpu' | ||||||||||
Bahasa Maranao | isa | dowa | təlo | pat | lima | nəm | pito | walo | siyaw | sapolo | |||||||||||
Bahasa Dayak Benuaq | eray | duaq | toluu | opaat | limaq | jawatn | turu | walo | sie | sepuluh | |||||||||||
Bahasa Lun Bawang/Lundayeh | na luk dih | eceh | dueh | teluh | epat | limeh | enem | tudu' | waluh | liwa' | pulu' | ||||||||||
Bahasa Dusun | aiso | iso | duo | tolu | apat | limo | onom | turu | walu | siam | hopod | ||||||||||
Bahasa Malagasi | aotra | isa iray |
roa | telo | efatra | dimy | enina | fito | valo | sivy | folo | ||||||||||
Bahasa Sangir (Sangir-Minahasa) | sembau | darua | tatelu | epa | lima | eneng | pitu | walu | sio | mapulo | |||||||||||
Bahasa-bahasa Oceaniad | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | ||||||||||
Bahasa Chuuk | eet | érúúw | één | fáán | niim | woon | fúús | waan | ttiw | engoon | |||||||||||
Bahasa Fiji | saiva | dua | rua | tolu | vaa | lima | ono | vitu | walu | ciwa | tini | ||||||||||
Bahasa Kiribati | akea | teuana | uoua | tenua | aua | nimaua | onoua | itua | wanua | ruaiwa | tebwina | ||||||||||
Bahasa Hawaii | 'ole | 'e-kahi | 'e-lua | 'e-kolu | 'e-hā | 'e-lima | 'e-ono | 'e-hiku | 'e-walu | 'e-iwa | 'umi | ||||||||||
Bahasa Māori | kore | tahi | rua | toru | whā | rima | ono | whitu | waru | iwa | tekau ngahuru | ||||||||||
Bahasa Marshal[21] | o̧o | juon | ruo | jilu | emān | ļalem | jiljino | jimjuon | ralitōk | ratimjuon | jon̄oul | ||||||||||
Bahasa Motue[22] | ta | rua | toi | hani | ima | tauratoi | hitu | taurahani | taurahani-ta | gwauta | |||||||||||
Bahasa Niue | nakai | taha | ua | tolu | fā | lima | ono | fitu | valu | hiva | hogofulu | ||||||||||
Bahasa Rapanui | tahi | rua | toru | hā | rima | ono | hitu | va'u | iva | angahuru | |||||||||||
Bahasa Māori Rarotongan | kare | ta'i | rua | toru | 'ā | rima | ono | 'itu | varu | iva | nga'uru | ||||||||||
Bahasa Rotuma | ta | rua | folu | hake | lima | ono | hifu | vạlu | siva | saghulu | |||||||||||
Bahasa Sāmoa | o | tasi | lua | tolu | fa | lima | ono | fitu | valu | iva | sefulu | ||||||||||
Bahasa Sāmoa (Jenis-K) |
o | kasi | lua | kolu | fa | lima | ogo | fiku | valu | iva | sefulu | ||||||||||
Bahasa Tahiti | hō'ē tahi |
piti | toru | maha | pae | ōno | hitu | va'u | iva | hō'ē 'ahuru | |||||||||||
Bahasa Tonga | noa | taha | ua | tolu | fa | nima | ono | fitu | valu | hiva | hongofulu taha noa | ||||||||||
Bahasa Tuvalu | tahi tasi |
lua | tolu | fa | lima | ono | fitu | valu | iva | sefulu | |||||||||||
Bahasa Yap | dæriiy dæriiq |
t’aareeb | l’ugruw | dalip | anngeeg | laal | neel’ | medlip | meeruuk | meereeb | ragaag |
Padanan dalam bahasa Inggeris | one | two | three | four | person | house | dog | road | day | new | we | what | fire |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Austronesia Purba | *əsa, *isa | *duSa | *təlu | *əpat | *Cau | *balay, *Rumaq | *asu | *zalan | *qaləjaw, *waRi | *baqəRu | *kita, *kami | *anu, *apa | *Sapuy |
Bahasa Tetum | ida | rua | tolu | haat | ema | uma | asu | dalan | loron | foun | ita | saida | ahi |
Bahasa Amis | cecay | tosa | tolo | sepat | tamdaw | luma | wacu | lalan | cidal | faroh | kita | uman | namal |
Bahasa Puyuma | sa | dua | telu | pat | taw | rumah | soan | dalan | wari | vekar | mi | amanai | apue, asi |
Bahasa Tagalog | isa | dalawa | tatlo | apat | tao | bahay | aso | daan | araw | bago | tayo / kami | ano | apoy |
Bahasa Bikol | sarô | duwá | tuló | apát | táwo | haróng | áyam | dalan | aldáw | bàgo | kitá/kami | anó | kaláyo |
Bahasa Bikol Rinkonada | əsad | darwā | tolō | əpat | tawō | baləy | ayam | raran | aldəw | bāgo | kitā | onō | kalayō |
Bahasa Waray | usa | duha | tulo | upat | tawo | balay | ayam, ido |
dalan | adlaw | bag-o | kita | anu | kalayo |
Bahasa Cebuano | usa, isa |
duha | tulo | upat | tawo | balay | iro | dalan | adlaw | bag-o | kita | unsa | kalayo |
Bahasa Hiligaynon | isa | duha | tatlo | apat | tawo | balay | ido | dalan | adlaw | bag-o | kita | ano | kalayo |
Bahasa Aklanon | isaea, sambilog |
daywa | tatlo | ap-at | tawo | baeay | ayam | daean | adlaw | bag-o | kita | ano | kaeayo |
Bahasa Kinaray-a | (i)sara | darwa | tatlo | apat | tawo | balay | ayam | dalan | adlaw | bag-o | kita | ano | kalayo |
Bahasa Tausug | hambuuk | duwa | tu | upat | tau | bay | iru' | dan | adlaw | ba-gu | kitaniyu | unu | kayu |
Bahasa Maranao | isa | dowa | təlo | pat | taw | walay | aso | lalan | gawi’i | bago | səkita/səkami | antona’a | apoy |
Bahasa Kapampangan | métung | adwá | atlú | ápat | táu | balé | ásu | dálan | aldó | báyu | íkatamu | nánu | apî |
Bahasa Pangasinan | sakey | dua, duara |
talo, talora |
apat, apatira |
too | abong | aso | dalan | ageo | balo | sikatayo | anto | pool |
Bahasa Ilokano | maysa | dua | tallo | uppat | lima | innem | pito | walo | siam | sangapulo | |||
Bahasa Ivatan | asa | dadowa | tatdo | apat | tao | vahay | chito | rarahan | araw | va-yo | yaten | ango | apoy |
Bahasa Ibanag | tadday | dua | tallu | appa' | tolay | balay | kitu | dalan | aggaw | bagu | sittam | anni | afi |
Bahasa Yogad | tata | addu | tallu | appat | tolay | binalay | atu | daddaman | agaw | bagu | sikitam | gani | afuy |
Bahasa Gaddang | antet | addwa | tallo | appat | tolay | balay | atu | dallan | aw | bawu | ikkanetam | sanenay | afuy |
Bahasa Tboli | sotu | lewu | tlu | fat | tau | gunu | ohu | lan | kdaw | lomi | tekuy | tedu | ofih |
Bahasa Lun Bawang/ Lundayeh | eceh | dueh | teluh | epat | lemulun/lun | ruma' | uko' | dalan | eco | beruh | teu | enun | apui |
Bahasa Melayu-Indonesia | sa/se, satu, suatu |
dua | tiga | empat | orang | rumah, balai |
anjing | jalan | hari | baru | kita, kami | apa, anu |
api |
Bahasa Jawa Kuno | esa, eka |
rwa, dwi |
tĕlu, tri |
pat, catur[23] |
wwang | umah | asu | dalan | dina | hañar, añar[24] | kami[25] | apa, aparan |
apuy, agni |
Bahasa Jawa | siji, setunggal |
loro, kalih |
tĕlu, tiga[26] |
papat, sekawan |
uwong, tiyang, priyantun[26] |
omah, griya, dalem[26] |
asu, sĕgawon |
dalan, gili[26] |
dina, dinten[26] |
anyar, énggal[26] |
awaké dhéwé, kula panjenengan[26] |
apa, punapa[26] |
gĕni, latu, brama[26] |
Bahasa Sunda | hiji,
saésé |
dua, salayan | tilu, tolu | opat | urang,
jalma, jalmi |
imah,
rorompok, bumi |
anjing | jalan | poé | anyar, énggal |
arurang | naon,
nahaon |
seuneu |
Bahasa Aceh | sa | duwa | lhèë | peuët | ureuëng | rumoh, balè, seuëng |
asèë | röt | uroë | barô | (geu)tanyoë | peuë | apui |
Bahasa Minangkabau | ciek | duo | tigo | ampek | urang | rumah | anjiang | labuah, jalan |
hari | baru | awak | apo | api |
Bahasa Rejang | do | duai | tlau | pat | tun | umêak | kuyuk | dalên | bilai | blau | itê | jano, gen, inê |
opoi |
Bahasa Lampung | sai | khua | telu | pak | jelema | lamban | kaci | ranlaya | khani | baru | kham | api | apui |
Bahasa Bugis | se'di | dua | tellu | eppa' | tau | bola | asu | laleng | esso | baru | idi' | aga | api |
Bahasa Temuan | satuk | duak | tigak | empat | uwang, eang |
gumah, umah |
anying, koyok |
jalan | aik, haik |
bahauk | kitak | apak | apik |
Bahasa Batak Toba | sada | dua | tolu | opat | halak | jabu | biang, asu | dalan | ari | baru | hita | aha | api |
Bahasa Melayu Kelantan-Patani | so | duwo | tigo | pak | oghe | ghumoh, dumoh |
anjing | jale | aghi | baghu | kito | gapo | api |
Bahasa Chamorro | håcha, maisa |
hugua | tulu | fatfat | taotao/tautau | guma' | ga'lågu[27] | chålan | ha'åni | nuebu[28] | hita | håfa | guåfi |
Bahasa Motu | ta, tamona |
rua | toi | hani | tau | ruma | sisia | dala | dina | matamata | ita, ai |
dahaka | lahi |
Bahasa Māori | tahi | rua | toru | whā | tangata | whare | kurī | ara | rā | hou | tāua, tātou/tātau māua, mātou/mātau |
aha | ahi |
Bahasa Kiribati | teuana | uoua | tenua | aua | aomata | uma, bata, auti (from house) |
kamea, kiri |
kawai | bong | bou | ti | tera, -ra (suffix) |
ai |
Bahasa Tuvalu | tasi | lua | tolu | fá | toko | fale | kuli | ala, tuu |
aso | fou | tāua | a | afi |
Bahasa Hawaii | kahi | lua | kolu | hā | kanaka | hale | 'īlio | ala | ao | hou | kākou | aha | ahi |
Bahasa Banjar | asa | duwa | talu | ampat | urang | rūmah | hadupan | heko | hǎri | hanyar | kami | apa | api |
Bahasa Malagasi | isa | roa | telo | efatra | olona | trano | alika | lalana | andro | vaovao | isika | inona | afo |
Bahasa Dusun | iso | duo | tolu | apat | tulun | walai, lamin |
tasu | ralan | tadau | wagu | tokou | onu/nu | tapui |
Bahasa Kadazan | iso | duvo | tohu | apat | tuhun | hamin | tasu | lahan | tadau | vagu | tokou | onu, nunu |
tapui |
Bahasa Rungus | iso | duvo | tolu, tolzu |
apat | tulun, tulzun |
valai, valzai |
tasu | dalan | tadau | vagu | tokou | nunu | tapui, apui |
Bahasa Sungai/Tambanuo | ido | duo | tolu | opat | lobuw | waloi | asu | ralan | runat | wagu | toko | onu | apui |
Bahasa Iban | satu, sa, siti, sigi |
dua | tiga | empat | orang, urang |
rumah | ukui, uduk |
jalai | hari | baru | kitai | nama | api |
Bahasa Melayu Sarawak | satu, sigek |
dua | tiga | empat | orang | rumah | asuk | jalan | ari | baru | kita | apa | api |
Bahasa Melayu Terengganu | se | duwe | tige | pak | oghang | ghumoh, dumoh |
anjing | jalang | aghi | baghu | kite | mende, ape, gape, nape |
api |
Bahasa Kanayatn | sa | dua | talu | ampat | urakng | rumah | asu' | jalatn | ari | baru | kami', diri' |
ahe | api |
Bahasa Yap | t’aareeb | l’ugruw | dalip | anngeeg | beaq | noqun | kuus | kanaawooq | raan | beqeech | gamow | maang | nifiiy |
Tipologi
[sunting | sunting sumber]Fonologi bahasa-bahasa Austronesia tergolong sederhana. Para penutur bahasa ini biasanya tidak suka akan suku-suku kata tertutup dan menghindari gugusan-gugusan konsonan. Terdapat beberapa bahasa yang mempunyai gugusan-gugusan konsonan namun ini merupakan pengaruh daripada bahasa-bahasa lain terutamanya daripada bahasa Arab, bahasa Sanskrit, dan bahasa Indo-Eropah.
Beberapa bahasa turut meminjam fonem-fonem retrofleks daripada bahasa Sanskrit iaitu bahasa Jawa dan bahasa Madura. Bahkan bahasa Madura juga memiliki fonem-fonem berhembus (aspirata) yang kemungkinan juga berasal daripada bahasa Sanskrit. Meskipun begitu, banyak pakar yang menentang bahawa fonem-fonem ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Mereka berpendapat fonem-fonem ini telah berkembang dengan sendirinya.
Jumlah penutur
[sunting | sunting sumber]Secara keseluruhannya, jumlah penutur bahasa Austronesia sekitar 300 juta orang. Bahasa-bahasa pertuturan terbesar ialah bahasa Jawa, bahasa Melayu (termasuk dialek-dialek setempat serta bahasa-bahasa baku Malaysia dan Indonesia, Tagalog, Sunda, Melayu, Madura, Bali, Aceh, Batak dan Malagasi.
Status rasmi
[sunting | sunting sumber]Bahasa Austronesia terpenting yang ditilik daripada status rasminya ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi di lima negara: Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Timor Leste. Malaysia dan Indonesia mempunyai jenis bahasa baku rasmi yang tersendiri masing-masing disebut sebagai "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Indonesia". Bahasa Tagalog dijadikan bahasa rasmi negara Filipina yang dibakukan kepada "Bahasa Filipina" (Wikang Filipino). Di Timor Leste, bahasa Tetun dalam rumpun ini menjadi bahasa rasmi selain selain bahasa Portugis dituturkan seberapa orang. Di Madagaskar, bahasa Malagasi ialah bahasa rasmi. Di Aotearoa (New Zealand), bahasa Maori juga memiliki status rasmi di samping bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat New Zealand.
Hipotesis hubungan pertalian dengan bahasa-bahasa lain
[sunting | sunting sumber]Beberapa jalinan genealogis telah dikemukakan antara keluarga bahasa Austronesia dan beberapa keluarga bahasa di Asia Timur serta di Asia Tenggara.
Rumpun Austro-Tai
[sunting | sunting sumber]Satu pertalian rumpun bahasa Austro-Tai dikemukakan untuk menjalinkan keluarga bahasa Austronesia dan keluarga bahasa Kra-Dai di kawasan tenggara benua utama Asia dikemukakan oleh Paul K. Benedict, dan disokong oleh Weera Ostapirat, Roger Blench, dan Laurent Sagart, berdasarkan kaedah pembandingan tradisional. Ostapirat (2005) mengusul satu siri pembandingan biasa yang menyambung dua keluarga bahasa tersebut dan mengandaikan berlakunya satu perpisahan utama, dengan penutur-penutur keluarga bahasa Kra Dai sebagai golongan yang tinggal di benua besar China. Blench (2004) pula mengusul jika pertalian ini sah, hubungkait tersebut kurang berkemungkinan merupakan satu daripada dua keluarga beradik bahasa. Sebaliknya, dia mengusul penutur-penutur bahasa Kra-Dai purba merupakan orang-orang Austronesia yang berpindah ke pulau Hainan dan kembali ke tanah besar dari utara Filipina, dan keanekaragaman mereka hasil daripada penstrukturan semula yang radikal setelah berhubung dengan bahasa-bahasa Hmong-Mien dan bahasa-bahasa Sinitik. Satu lagi versi lanjutan Austro-Tai telah dihipotesis oleh Benedict dengan menambah bahasa-bahasa Japonik ke dalam usulnya.[29]
Rumpun Austrik
[sunting | sunting sumber]Suatu pertalian antara bahasa-bahasa Austronesia dan bahasa-bahasa Austroasia dalam filum bahasa "Austrik" adalah berdasarkan bukti-bukti tipologi. Namun, terdapat juga bukti pertalian morfologi antara bahasa-bahasa Nikobar yang konservatif dengan bahasa-bahasa Austronesia dari Filipina.[29] Robert Blust menyokong hipotesis ini dengan menjalin entiti neolitik Austro-Tai di hilir sungai Yangtze dengan kebudayaan Austro-Asia yang bertanam sawah padi, dengan andaian pusat kepada domestikasi nasi di Asia Timur, dan tanah air anggapan Austrik terletak di kawasan perbatasan Yunnan/Burma.[30] Menurut pandangan ini, terdapat penyebarbarisan genetik timur ke barat yang terhasil dari perluasan populasi berasaskan padi di selatan Asia Tenggara yakni Austroasia-KraDai-Austronesia, dan tidak berhungkait dengan Sino-Tibet yang berada di kawasan yang lebih utara.[30]
Rumpun Sino-Austronesia
[sunting | sunting sumber]Ahli linguistik Perancis dan Ahli Sinologi Laurent Sagart mempertimbangkan bahawa bahasa-bahasa Austronesia mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Sino-Tibet, dan meletakkan bahasa-bahasa Kra-Dai lebih dekat hubungannya dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia.[31] Sagart mempertikai mengenai hubungan genetik utara-selatan antara kelompok Cina dan kelompok Austronesia, berdasarkan persamaan suara dalam perbendaharaan kata terasas dan keselarian-keselarian morfologi.[30] Laurent Sagart (2017) menyimpulkan bahawa pemilikan dua jenis milet[a] di kalangan penutur bahasa-bahasa Austronesia Taiwan (bukan sekadar pada bahasa Setaria seperti yang difikirkan sebelum ini) meletakkan orang-orang pra-Austronesia di timur laut China, bersebelahan dengan bakal tanah air Sino-Tibet.[30] Kajian genetik Ko et al. (2014) tampil menyokong usulan linguistik Laurent Sagart, menunjukkan bahawa haplokumpulan-E mtDNA Austronesia dan haplokumpulan-M9a pada Sino-Tibet adalah seperti saudara kembar, dan sekurang-kurangnya memberi indikasi kepada pertalian rapat dari segi takungan genetik ibu antara penutur Austronesia awal dan penutur Sino-Tibet.[32][33] Tambahan pula, hasil kajian Wei et al. (2017) juga bersetuju dengan usulan Sagart, dengan analisis datanya menunjukkan haplokumpulan DNA-Y O3a2b*-P164(xM134) yang utamanya pada penutur Austronesia terletak di bawah haplokumpulan baharu O3a2b2-N6 yang luas bertabur di kawasan pantai timur Asia, dari Korea sehingga ke Vietnam.[34] Sagart juga mengumpulkan bahasa-bahasa Austronesia dalam bentuk seperti rekursif, yang meletakkan keluarga bahasa Kra-Dai sebagai cabang bersaudara dengan rumpun bahasa Melayu-Polinesia. Kaedahnya ditemui seperti dibuat-buat oleh ahli linguistik sejawat lain.[35][36]
Bahasa Jepun
[sunting | sunting sumber]Beberapa ahli linguistik mengemukakan pandangan bahawa bahasa Jepun mempunyai pertalian genetik dengan keluarga bahasa Austronesia, contohnya seperti Benedict (1990), Matsumoto (1975), Miller (1967).
Beberapa ahli linguistik berfikir lebih munasabah jika bahasa Jepun tidak mempunyai hubungan genetik dengan bahasa-bahasa Austronesia, sebaliknya dipengaruhi oleh substratum atau adstratum keluarga bahasa Austronesia.
Mereka yang mengusul senario tersebut mencadang bahawa keluarga bahasa Austronesia pada suatu ketika dahulu pernah merangkumi kawasan-kawasan kepulauan dari utara sehingga ke selatan. Martine Robbeets (2017)[37] mendakwa bahawa bahasa Jepun secara genetiknya tergolong bawah bahasa-bahasa "Transeurasia" (= Makro-Altai), tetapi mengalami pengaruh leksikon daripada bahasa "para-Austronesia", yang merupakan bahasa saudara andaian kepada bahasa Austronesia Purba.
Ahli linguistik Ann Kumar (2009) mengusul sebahagian orang Austronesia mungkin berpindah ke Jepun sebagai satu kumpulan elit dari Java dan membentuk masyarakat Jepun berhierarki. Dia juga mengenal pasti 82 kata-kata berkemungkina kognat antara keluarga bahasa Austronesia dan bahasa Jepun, namun teorinya masih lagi kuat diperdebatkan.[38]
Keluarga bahasa Asia Timur
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2001, Stanley Starosta mengusul satu keluarga bahasa baharu yang bernama keluarga bahasa Asia Timur, yang termasuklah beberapa keluarga bahasa utama di kawasan Asia Timur yang lebih luas kecuali keluarga bahasa Japonik dan keluarga bahasa Koreanik. Keluarga bahasa yang diusulkan ini terdiri daripada dua cabang utama iaitu cabang Austronesia dan cabang Sino-Tibet-Yangzian, dengan keluarga bahasa Kra-Dai dipertimbang sebagai satu cabang di bawah keluarga bahasa Austronesia, dan "cabang Yangzian" pula merupakan cabang saudara kepada cabang Sino-Tibet yang terdiri daripada bahasa-bahasa Austroasia dan bahasa-bahasa Hmong-Mien.[39] Usul ini dikaji lebih mendalam lagi oleh ahli-ahli linguistik yang lain seperti Michael D. Larish pada tahun 2006, yang turut memasukkan bahasa-bahasa Japonik dan bahasa-bahasa Koreanik ke dalam makrokeluarga tersebut. Usul ini juga telah dipinjam oleh ahli linguistik seperti George van Driem, walaupun tanpa pemasukan bahasa-bahasa Japonik dan bahasa-bahasa Koreanik.[40]
Hubungkait dengan bahasa Ongan
[sunting | sunting sumber]Blevins (2007) mencadang bahawa kedua-dua bahasa Austronesia Purba serta bahasa Ongan Purba adalah turunan daripada bahasa Austronesia-Ongan Purba.[41] Namun pandangan ini tidak disokong oleh ahli-ahli linguistik perdana dan kekal amat diperdebatkan. Robert Blust menolak usulan Blevins dan menganggap usulan tersebut tidak masuk akal dan hanya berdasarkan beberapa keserupaan secara kebetulan dengan perbandingan yang cacat kaedahnya.[42]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Austronesian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ a b Dempwolff, Otto (1934–37). Vergleichende Lautlehre des austronesischen Wortschatzes [Comparative phonology of the Austronesian vocabularies] (3 vols). Beihefte zur Zeitschrift für Eingeborenen-Sprachen (Supplements to the Journal of Native Languages) 15; 17; 19 (dalam bahasa Jerman). Berlin: Dietrich Reimer.
- ^ Haudricourt (1965), m/s. 315.
- ^ Dyen (1965).
- ^ Grace (1966).
- ^ Dahl (1973).
- ^ Blust (1977).
- ^ Taylor, G. (1888). "A ramble through southern Formosa". The China Review. 16: 137–161.
The Tipuns... are certainly descended from emigrants, and I have not the least doubt but that the Amias are of similar origin; only of later date, and most probably from the Mejaco Simas [that is, Miyako-jima], a group of islands lying 110 miles to the North-east.... By all accounts the old Pilam savages, who merged into the Tipuns, were the first settlers on the plain; then came the Tipuns, and a long time afterwards the Amias. The Tipuns, for some time, acknowledged the Pilam Chief as supreme, but soon absorbed both the chieftainship and the people, in fact the only trace left of them now, is a few words peculiar to the Pilam village, one of which, makan (to eat), is pure Malay. The Amias submitted themselves to the jurisdiction of the Tipuns.
- ^ Starosta, S (1995). "A grammatical subgrouping of Formosan languages". Dalam P. Li; Cheng-hwa Tsang; Ying-kuei Huang; Dah-an Ho & Chiu-yu Tseng (penyunting). Austronesian Studies Relating to Taiwan. Taipei: Institute of History and Philology, Academia Sinica. m/s. 683–726.
- ^ Li (2008), m/s. 216 : "The position of Rukai is the most controversial: Tsuchida... treats it as more closely related to Tsouic languages, based on lexicostatistic evidence, while Ho... believes it to be one of the Paiwanic languages, i.e. part of my Southern group, as based on a comparison of fourteen grammatical features. In fact, Japanese anthropologists did not distinguish between Rukai, Paiwan and Puyuma in the early stage of their studies"
- ^ Laurent Sagart (2004) The Higher Phylogeny of Austronesian and the Position of Tai-Kadai
- ^ Laurent Sagart (2021) A more detailed early Austronesian phylogeny. Plenary talk at the 15th International Conference on Austronesian Linguistics.
- ^ The tree can be found at the following link. Click on the nodes to see the proposed shared innovations for each.
Laurent Sagart (July 2021). "Shared innovations in early Austronesian phylogeny" (PDF). - ^ Blust (2013), m/s. 742.
- ^ Greenhill, Blust & Gray (2008).
- ^ Zoetmulder, P.J., Kamus Jawa Kuno-Indonesia. Vol. I-II. Terjemahan Darusuprapto-Sumarti Suprayitno. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama, 1995.
- ^ "Javanese alphabet (Carakan)". Omniglot.
- ^ from the Arabic صِفْر ṣifr
- ^ Predominantly in Indonesia, comes from the Latin nullus
- ^ lapan is a known contraction of delapan; predominant in Malaysia, Singapore and Brunei.
- ^ Cook, Richard (1992). Peace Corps Marshall Islands: Marshallese Language Training Manual (PDF), pg. 22. Accessed August 27, 2007.
- ^ Percy Chatterton, (1975). Say It In Motu: An instant introduction to the common language of Papua. Pacific Publications. ISBN 978-0-85807-025-7
- ^ s.v. kawan, Old Javanese-English Dictionary, P.J. Zoetmulder and Stuart Robson, 1982
- ^ s.v. hañar, Old Javanese-English Dictionary, P.J. Zoetmulder and Stuart Robson, 1982
- ^ s.v. kami, this could mean both first person singular and plural, Old Javanese-English Dictionary, P.J. Zoetmulder and Stuart Robson, 1982
- ^ a b c d e f g h i Javanese English Dictionary, Stuart Robson and Singgih Wibisono, 2002
- ^ From Spanish "galgo"
- ^ From Spanish "nuevo"
- ^ a b Reid, Lawrence A. (December 1994). "Morphological Evidence for Austric". Oceanic Linguistics. University of Hawai'i Press. 33 (2): 323–344. doi:10.2307/3623132.
- ^ a b c d Sagart dll. 2017, m/s. 188.
- ^ van Driem, George (2005). "Sino-Austronesian vs. Sino-Caucasian, Sino-Bodic vs. Sino-Tibetan, and Tibeto-Burman as default theory" (PDF). Dalam Yogendra Prasada Yadava; Govinda Bhattarai; Ram Raj Lohani; Balaram Prasain; Krishna Parajuli (penyunting). Contemporary Issues in Nepalese Linguistics. Kathmandu: Linguistic Society of Nepal. m/s. 285–338 [304]. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-26. Dicapai pada 2010-10-29.
- ^ Sagart dll. 2017, m/s. 189.
- ^ Ko 2014, m/s. 426–436.
- ^ Wei dll. 2017, m/s. 1–12.
- ^ Winter (2010).
- ^ Blust (2013), m/s. 710–713, 745–747.
- ^ Robbeets, Martine (2017). "Austronesian influence and Transeurasian ancestry in Japanese: A case of farming/language dispersal". Language Dynamics and Change. 7 (2): 210–251. doi:10.1163/22105832-00702005.
- ^ Kumar, Ann (2009). Globalizing the Prehistory of Japan: Language, Genes and Civilization. Oxford: Routledge.
- ^ Starosta, Stanley (2005). "Proto-East Asian and the origin and dispersal of languages of east and southeast Asia and the Pacific". Dalam Sagart, Laurent; Blench, Roger; Sanchez-Mazas, Alicia (penyunting). The Peopling of East Asia: Putting Together Archaeology, Linguistics and Genetics. London: Routledge Curzon. m/s. 182–197. ISBN 978-0-415-32242-3.
- ^ van Driem, George. 2018. "The East Asian linguistic phylum: A reconstruction based on language and genes Diarkibkan 2021-01-10 di Wayback Machine", Journal of the Asiatic Society, LX (4): 1-38.
- ^ Blevins (2007).
- ^ Blust (2014).
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Setaria italica and Panicum miliaceum.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Peter Bellwood, 1979, Man’s Conquest of the Pacific. The Prehistory of Southeast Asia and Oceania, New York: Oxford University Press.
- Peter Bellwood, 1985, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, Orlando, Florida: Academic Press.
- Peter Bellwood, 1987, The Polynesians: Prehistory of an Island People, New York: Oxford University Press.
- P. Benedict, 1975, Austro-Thai Language and Culture. With a Glossary of Roots, New Haven: HRAF Press.
- O.C. Dahl, 1951, Malgache et Maanjan., Oslo: Egede Instituttet.
- Otto Dempwolff, 1956, Perbendaharaan Kata-kata dalam Berbagai Bahasa Polinesia, Terjemahan Sjaukat Djajadiningrat. Jakarta: Pustaka Rakyat.
- Jared Diamond, 1997, Guns, Germs and Steel, W.W. Norton & Company.
- Isidore Dyen, 1956, “Language Distribution and Migration Theory”, di Language, 32: 611-626.
- Hendrik Kern, 1956, Pertukaran Bunyi dalam Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia, Terjemahan Sjaukat Djajadiningrat. Jakarta: Pustaka Rakyat.
- Hendrik Kern, 1957, Berbagai-bagai Keterangan berdasarkan Ilmu Bahasa dipakai untuk Menetapkan Negeri Asal Bahasa-Bahasa Melayu-Polinesia, Terjemahan Sjaukat Djajadiningrat. Jakarta: Pustaka Rakyat.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ethonologue tentang rumpun bahasa Austronesia]
- Comparative vocabulary data from 280 Austronesian Languages.
- Austronesian Language Resources
{{#switch:||Kategori=