Bahasa isyarat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur. Bahasa isyarat berkembang di kalangan masyarakat tuli, dan juga digunakan oleh suadara-mara penutur tlui, atau jurubahasa.
Seperti bahasa tuturan, bahasa isyarat berbeza mengikut lokasi dan rantau. Namun, kefahaman menyaling adalah lebih mudah antara dua bahasa isyarat berbeza berbanding dengan dua bahasa tuturan yang berbeza. Terdapat bahasa isyarat yang berjaya diiktiraf sebagai satu bahasa (seperti Bahasa Isyarat British) atau sebagai bahasa rasmi (seperti Bahasa Isyarat New Zealand); ada juga bahasa isyarat lain tidak tidak mendapat pengiktirafan langsung.
Kemajuan bahasa isyarat di dunia boleh dibuktikan dengan kemunculan dan perkembangan dalam puisi bahasa isyarat dan juga persembahan pentas yang lain.