Bahasa pertuturan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa pertuturan ialah bahasa yang dihasilkan oleh bunyi yang jelas, berbanding bahasa penulisan. Bahasa lisan atau bahasa vokal merupakan bahasa yang dihasilkan melalui saluran vokal, berbeza dengan bahasa isyarat yang terhasil dari pergerakan tangan dan muka.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Istilah "bahasa pertuturan" kadangkala digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk bermaksud bahasa lisan semata-mata dan tidak termasuk bahasa isyarat, menjadikan istilah-istilah seperti "bahasa lisan", "bahasa percakapan", "bahasa perbualan", "bahasa basahan" dan "bahasa tuturan" seerti dengannya. Ada pula ahli bahasa yang memasukkan sekali bahasa isyarat sebagai "bahasa penuturan", untuk membezakan ia dengan transkripsi tanda bertulis. [1][2][3]

Konteks[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa pertuturan, kebanyakan maksud penutur ditentukan oleh konteks. Hal ini berbeza dengan bahasa bertulis yang lebih banyak maknanya ditunjukkan secara langsung melalui teks. Dalam bahasa lisan, kebenaran untuk satu kenyataan ditentukan oleh pertimbangan akal yang dirujuk kepada pengalaman penutur tersebut, tetapi dalam bahasa penulisan, penekanan yang lebih berat ditujukan pada penghujahan yang logik dan koheren. Bahasa pertuturan cenderung untuk menyampaikan maklumat subjektif, termasuk hubungan antara penutur dan pendengar. Contohnya seperti perbualan dalam keadaan yang formal atau tidak formal. Bahasa penulisan pula adalah kaedah yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat objektif. [4]

Kedua-dua bahasa vokal dan bahasa isyarat terdiri daripada perkataan. Dalam bahasa-bahasa lisan, perkataan terdiri daripada gabungan bunyi vokal dan konsonan yang terhad, dan seringkali nada juga termasuk. Dalam bahasa-bahasa isyarat, perkataan terdiri daripada gabungan bentuk, orientasi, lokasi pergerakan tangan, termasuk juga ekspresi muka. Asas binaan untuk kedua-dua bahasa lisan dan bahasa isyarat dipanggil fonem. Dalam kedua-dua bahasa vokal dan isyarat, perkataan dikaitkan dari segi tatabahasa dan prosodi dalam bentuk frasa, klausa dan unit wacana yang lebih besar.

Hubungan antara bahasa lisan dan tulisan[sunting | sunting sumber]

Hubungan antara bahasa lisan dan bahasa tulisan adalah kompleks. Dalam bidang linguistik, persetujuan terkini adalah pertuturan merupakan keupayaan semulajadi manusia, dan bahasa tulisan merupakan ciptaan budaya.[5] Namun sesetengah ahli bahasa, seperti mereka yang dari aliran Prague, berpendapat bahawa bahasa tulisan dan lisan mempunyai kualiti yang berbeza dan sebab itulah mereka menentang pandangan mengenai kewujudan bahasa tulisan bergantung kepada bahasa lisan.[6]

Pemerolehan bahasa pertuturan[sunting | sunting sumber]

Kanak-kanak yang boleh mendengar memperoleh bahasa pertama mereka melalui bahasa yang digunakan di sekeliling mereka, sama ada dalam bentuk vokal, isyarat (jika mereka dapat dilihat), atau tanda pergerakan. Kanak-kanak yang pekak boleh melakukan perkara yang sama dengan bahasa isyarat jika salah satu dari sistem komunikasi visual digunakan di sekeliling mereka. Bahasa lisan secara tradisinya diajar kepada kanak-kanak pekak dengan cara yang sama seperti bahasa bertulis diajar kepada kanak-kanak yang boleh mendengar. (Lihat oralisme.)[7][8] Guru-guru memberi penekanan bahasa pertuturan khusus kepada kanak-kanak yang menggunakan bahasa utama berbeza di luar sekolah. Peluang untuk memaham pelbagai bahasa dianggap penting untuk kanak-kanak sedemikian dari segi sosial mahupun pendidikan. [9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Groce, Nora Ellen (1985). Everyone Here Spoke Sign Language: Hereditary Deafness on Martha's Vineyard. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 9780674270411.
  2. ^ Hoemann, Harry W. (1986). Introduction to American sign language. Bowling Green, Ohio: Bowling Green Press. ISBN 0961462108.
  3. ^ Brooks, Patricia; Kempe, Vera (2012). Language Development. Chichester, West Sussex: Wiley. ISBN 9781444331462.
  4. ^ Tannen, Deborah (1982). Spoken and written language: exploring orality and literacy. Norwood, N.J.: ABLEX Pub. Corp.
  5. ^ Pinker, Steven; Bloom, Paul (December 1990). "Natural Language and Natural Selection". Behavioral and Brain Sciences. 13 (4): 707–727. doi:10.1017/S0140525X00081061.
  6. ^ Aaron, P. G.; Joshi, R. Malatesha (September 2006). "Written Language Is as Natural as Spoken language: A Biolinguistic Perspective". Reading Psychology. 27 (4): 263–311. doi:10.1080/02702710600846803.
  7. ^ Rickerson, E.M. "What's the difference between dialect and language?". The Five Minute Linguist. College of Charleston. Diarkibkan daripada yang asal pada December 19, 2010. Dicapai pada October 23, 2016.
  8. ^ "Languages Facts". Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2016. Dicapai pada October 23, 2016.
  9. ^ Clay, Marie M. (30 April 2015). Record of oral language: observing changes in the acquisition of language structures: a guide for teaching. Auckland, New Zealand: Global Education Systems. ISBN 978-0-325-07457-3. OCLC 989724897.