Bantuan:Pengenalan manual gaya penulisan/Semua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bookshelf with full set of Encyclopaedia Britannica volumes
MGP ialah sebuah panduan yang besar ... tetapi jangan risau.

Manual gaya penulisan (MGP) ialah manual gaya penulisan terperinci yang terpakai dalam rencana Wikipedia. Penurutan MGP membolehkan ensiklopedia bersifat bersih, konsisten dan stabil.

Cara termudah ialah mencari sebuah rencana yang ditulis baik dan tiru formatnya. Walau bagaimanapun, jika anda ingin maklumat lanjut, MGP mungkin ada cadangan (anda boleh melayari kandungannya di sini).

Ingat, MGP ialah sebuah garis panduan; anda tak perlu hafal semua benda! Ia dibentuk untuk membimbing anda jika anda tidak tahu cara terbaik untuk memaparkan maklumat, dan mengurangkan konflik jika ada penyunting lain yang tak bersetuju dengan gaya pemformatan anda.

Kandungan lebih penting berbanding pemformatan, dan para penyunting lain boleh membantu anda kalau anda was-was (di samping itu, bersangka baiklah jika penyunting lain datang membantu membaiki format anda).

Bahagian rencana[sunting | sunting sumber]

Sebuah rencana dengan kotak laman kandungan dan imej di permulaan rencana, dan beberapa bahagian selepasnya

Sebuah rencana sepatutnya bermula dengan pengenalan berupakan rumusan ringkas topik, dan kemudiannya bahagian-bahagian yang menerangkan topik secara lebih terperinci, dengan bahagian dibahagikan dengan menggunakan judul.

Permulaan

Bahagian permulaan ialah bahagian pertama rencana yang muncul sebelum kotak kandungan (dalam antaramuka Wikipedia lama) dan apa-apa judul bahagian. Ayat pertama permulaan biasanya memiliki takrifan ringkas dan memberi kewajaran kelayakan topik. Kandungan selebihnya sepatutnya menceritakan konteks dan rumusan isi-isi penting rencana.

Bahagian permulaan seeloknya satu atau empat perenggan panjang, dan bertindak sebagai rumusan ringkas rencana keseluruhan. Penekanan yang diberi dalam setiap kenyataan dalam bahagian permulaan sepatutnya mencerminkan kepentingan maklumat itu bagi topik secara kasar. Kenyataan perlu diberi rujukan secara berhati-hati sekiranya ia tidak diberi rujukan dalam bahagian rencana selanjutnya, dan perlu ditulis dalam gaya yang jelas dan tercapai untuk menggalakkan pembaca membaca rencana secara penuh. Bahagian rencana selebihnya akan memberi huraian kepada pembaca yang inginkan maklumat lanjut.

Bahagian dan judul

Rencana disusun menjadi bahagian dan subbahagian, dengan setiap satu bermula dengan judul kecil yang akan terpapar dalam isi kandungan. Secara amnya, panjang satu bahagian sebaik-baiknya ialah satu hingga empat perenggan.

Dalam judul, hanya perkataan pertama sahaja yang diawali huruf besar seperti dalam sebuah ayat lazim (cth. "Pengangkutan rel", bukan "Pengangkutan Rel").

Judul 1 ialah tajuk rencana itu sendiri, dan dibentuk secara automatik. Judul-judul bahagian dalam rencana bermula pada peringkat kedua (==Judul 2==), diikuti dengan subbahagian peringkat ketiga (===Judul 3===), dan seterusnya. Bahagian tidak boleh melangkau peringkat-peringkat ini (cth. bahagian peringkat kedua tidak boleh diikuti dengan subbahagian peringkat keempat).

Lihat juga

Imej dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Imej perlu mendukung kandungan rencana tanpa bersaing dengannya, dan rujukan mesti diberikan terhadap maklumat yang bersifat kontroversi atau cenderung untuk dipertikai.

Imej

Imej membantu pembaca untuk memahami rencana, dan bukan sekadar menjadi hiasan. Hanya tambah atau gantikan imej jika ia lebih baik daripada imej sedia ada atau ia dapat memberi nilai tambah terhadap rencana. Apabila mencipta atau memuat naik imej, ia perlulah dalam resolusi yang baik serta dalam format fail yang betul.

Imej perlu disebarkan secara sekata di seluruh rencana, berkait dengan bahagian di mana imej diletakkan, dan memiliki kapsyen. Imej dalam tetapan asal akan terpapar sebagai imej kecil di belah kanan untuk mengekalkan penyelarasan visual laman. Jika perlu, format lain dapat digunakan seperti tetapan belah kiri, galeri dan panorama.

Jangan meletakkan terlalu banyak imej di satu bahagian, terutamanya bahagian pendek; imej-imej akan melimpah ke bahagian seterusnya, dan mengganggu kebolehbacaan.

Lihat juga

Perujukan

lefteless
lefteless
  • Jangan gunakan petikan daripada rujukan secara berlebihan; rencana perlu mengolah semula dan merumuskan apa yang dikatakan oleh rujukan secara am.
  • Gunakan sumber dipercayai.
  • Gunakan gaya perujukan yang sedia ada dipakai dalam rencana, dengan senarai rujukan di bawah rencana.

Sumber mesti dipetik apabila menambah maklumat berkontroversi atau cenderung untuk dicabar, apabila memetik kata-kata seseorang, semasa menambah maklumat tentang biografi orang masih hidup, dan semasa memuat naik imej. Walaupun anda sebaiknya perlu cuba memformat petikan dengan betul, perkara yang penting ialah berikan maklumat yang mencukupi agar pembaca mengenal pasti sumbernya; penyunting lain boleh menambah baik pemformatan jika perlu.

Sama seperti imej, terdapat gaya rujukan tetapan asal, tetapi kadangkala, format alternatif digunakan. Apabila menambah rujukan baharu, gunakan gaya yang telahpun digunakan dalam rencana atau dapatkan persetujuan di halaman perbincangan sebelum menukarnya. Rujukan dalam baris yang anda tambah ke dalam rencana akan ditambahkan secara automatik pada bahagian "Rujukan" di penghujung rencana (yang sepatutnya diletakkan di bawah bahagian "Lihat juga" dan di atas bahagian "Pautan luar" jika salah satu atau kedua-duanya hadir).

Lihat juga

Pautan

Abstract graphic depicting wikilinks

Pemautan dengan hiperpautan adalah penting dalam Wikipedia. Pautan dalaman ("pautan wiki") menyatukan Wikipedia bersama-sama menjadi satu projek bersepadu. Pautan memberikan laluan terus ke rencana-rencana dalam Wikipedia yang dapat meningkatkan pemahaman pembaca tentang satu-satu topik. Sepatutnya, anda telah belajar cara menambahkannya dalam bahagian pengenalan suntingan di tutorial ini.

Untuk menentukan berapa banyak pautan dalaman yang perlu disertakan dalam artikel, tanya diri anda, "Adakah pembaca berminat dengan rencana lain ini? Adakah ia membantu menjelaskan konsep yang hanya diterangkan secara ringkas dalam artikel ini, atau yang mungkin tidak dikenali pembaca?". Lazimnya, sebutan pertama (dan bukan lagi sebutan seterusnya) bagi frasa/konsep penting mesti dipautkan dengan rencana berkaitan topik tersebut. Berhati-hati untuk tidak memasukkan terlalu banyak pautan hingga menjejaskan kebolehbacaan.

Pautan luar (ke laman web luar Wikipedia) boleh ditambah dalam bahagian "Pautan luar", bersama-sama penerangan ringkas. Pautan luar boleh disertakan hanya jika ia sangat relevan atau memberikan lebih perincian daripada apa yang mampu dalam batasan rencana. Laman web yang digunakan sebagai rujukan untuk menyokong kandungan rencana seeloknya diletakkan di bahagian "Rujukan".

Lihat juga


Penyelarasan[sunting | sunting sumber]

MGP memiliki garis panduan meluas berkenaan pelbagai jenis penggayaan penulisan. Ini ialah antara senarai yang lazim terpakai.

Bahasa

Elakkan menggunakan kata ganti nama pertama dan kedua seperti saya, kita dan anda kecuali dalam petikan dan kata nama khas.

Elakkan frasa seperti ambil perhatian dan ingat bahawa (yang mengandaikan "anda" kepada pembaca); dan elakkan perkataan seperti sudah tentu, terang-terangan dan sebagainya.

Tarikh dan nombor

Elakkan frasa masa yang boleh menjadi lapuk seperti baru-baru ini dan pada minggu depan.

Jangan tulis #1; sebaliknya, tulis nombor satu; perihal buku komik ialah keadaan yang dikecualikan.

Pemecah nombor bulat piawai Wikipedia bahasa Melayu ialah koma (cth. 12,000); dengan itu, pemecah nombor perpuluhan ialah tanda titik seperti 3.14.


Bagi nombor 1 hingga 9, guna perkataan penuh: satu, dua, tiga, ..., lapan, sembilan dalam teks rencana normal, bukan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 (namun begitu, ada banyak pengecualian).

Huruf besar

Nama haiwan/tumbuhan umum (cth. periuk kera) tidak ditulis dengan huruf besar. Pengecualian diberi kepada nama saintifik (Felis catus) dan kata-kata nama khas yang mungkin disertakan dengan nama umum.

Nama-nama kitab suci ditulis kata besar (cth. Al-Qur'an dan Alkitab). Tulis Tuhan dengan huruf besar ketika merujuk kepada satu tuhan secara khusus.

Singkatan

Tulis singkatan tanpa titik, contohnya: AS berbanding A.S..

Gunakan "dan" berbanding simbol "&" kecuali dalam jadual, kotak info dan nama rasmi seperti AT&T.

Tanda baca

Gunakan tanda petik lurus, " dan ', seperti yang ada pada papan kekunci piawai, dan bukannya alternatif seperti “ ” dan ‘ ’.


Ruang bukan pemisah

Pemisahan baris boleh dielakkan dengan menambah ruang bukan pemisah berbanding ruang biasa dengan kod   atau {{nbsp}}. Ini mengelakkan pemisahan baris dalam ekspresi-ekspresi tertentu seperti 17 kg, 565 SM, £11 bilion, Mei 2024, 5° 24′ 21.12″ U, Boeing 747, and Perang Dunia II.

<--Cuba kuiz manual gaya penulisan!-->

Lihat juga[sunting | sunting sumber]