Ben 10: Race Against Time
| Ben 10: Race Against Time | |
|---|---|
| Fail:Ben10liveactioncompare.jpg Imej promosi yang membandingkan watak-watak kartun: Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka Max, dengan bentuk aksi sebenar mereka. |
|
| Pengarah | Alex Winter |
| Penerbit | Alex Winter |
| Pengarang | Mitch Watson |
| Lakonan | Graham Phillips Haley Ramm Lee Majors Christien Anholt Beth Littleford |
| Sinematografi | Morgan Susser |
| Suntingan | Suzanne Hines |
| Pengedar | Warner Bros. |
| Mula tayangan | 21 November 2007(US) 30 Ogos 2008(CA) 26 September 2008(MY) |
| Tempoh tayangan | 91 min. |
| Negara | |
| Bahasa | Inggeris |
| Perbelanjaan | $5 juta+[1] |
| Laman web rasmi | |
| Rujukan IMDb | |
Ben 10: Race Against Time ialah sebuah filem televisyen aksi sebenar yang diadaptasi dari siri televisyen animasi Ben 10 karya kumpulan Man of Action. Asalnya berjudul Ben 10 in the Hands of Armageddon, rancangan ini diarah oleh Alex Winter,[1] dan ditayangkan buat julung kalinya pada 21 November 2007 di Amerika Syarikat sebagai sebuah filem asli Cartoon Network.
Isi kandungan |
[sunting] Pelakon
| Pelakon | Peranan |
|---|---|
| Graham Phillips | Ben Tennyson |
| Haley Ramm | Gwen Tennyson |
| Lee Majors | Max Tennyson |
| Christien Anholt | Eon |
| Beth Littleford | Sandra Tennyson, ibu Ben |
| Robert Picardo | Pengetua White |
| Aloma Wright | Pn. Dalton |
| Tyler Patrick Jones | Cash |
| Tyler Foden | JT |
| Jeff Jensen | En. Hawkins |
| Sab Shimono | Orang tua |
| David Franklin | Heatblast |
| Carlos Alazraqui | Grey Matter |
| Daran Norris | Diamondhead |
| Dee Bradley Baker | Wildmutt |
[sunting] Di Malaysia
Filem televisyen Race Against Time ini dijadikan titik tengah dalam usaha Astro bersama Cartoon Network mengalih suara kandungan saluran berkenaan ke bahasa Malaysia pada 26 September 2008.[2] Di saluran Cartoon Network versi Malaysia (saluran Astro 616), rancangan ini ditayangkan dalam tiga pilihan audio bahasa serentak (Bahasa Inggeris, Malaysia dan Mandarin).[3] Selain itu, ketibaan rancangan ini turut diserikan tayangan perdana istimewa secara jemputan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 13 September 2008, yang dihadiri pelakon veteran Lee Majors (bintang drama 1970-an The Six Million Dollar Man) yang membawa watak Max.[4] Buat masa ini tidak diketahui barisan pelakon suara yang terlibat dalam usaha pengalihan suara BM ini.
[sunting] Anugerah dan pencalonan
Ben 10: Race Against Time dicalonkan untuk dua anugerah Visual Effects Society Awards: Kesan Visual Cemerlang dalam Minisiri, Wayang atau Tayangan Istimewa Penyiaran - Dina Benadon, Evan Jacobs, Brent Young, Chris Christman; dan Watak Animasi Cemerlang dalam Rancangan atau Iklan Aksi Sebenar - Brent Young, Michael Smith.[5]
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 "Exclusive: First Look at the Ben 10 Live-action Movie". 17 September 2007. http://community.tvguide.com/blog-entry/TVGuide-News-Blog/Tv-Guide-News/Exclusive-Look-Ben/800022366. Capaian 2042-09-19.
- ↑ Mohd Nasif Badruddin. "Dulu hero, kini datuk", Harian Metro, 2008-09-12. Dicapai pada 2008-09-12.
- ↑ "化身Ben 10爷爷‧李梅杰斯收买童心", ent.sinchew-i.com, 2008-09-11. Dicapai pada 2008-09-12. (Cina)
- ↑ "Win Ben 10 movie tickets and goodies", New Straits Times, 2008-08-24. Dicapai pada 2008-09-12.
- ↑ fxguide quick takes - Visual Effects Society announces nominees for 6th annual VES Awards