26 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | September 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXIII | ||||||
26 September merupakan hari ke-269 (hari ke-270 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 96 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bahasa Eropah dan Hari Dominion di New Zealand (1907).
Peristiwa [sunting]
- 1580 - Kapal Golden Hind belayar masuk ke Plymouth, England, setelah Francis Drake (gambar) menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1687 - Parthenon (gambar) di Athens musnah sebahagian ketika pertikaian bersenjata antara Republik Venice dan Empayar Uthmaniyah.
- 1907 - Newfoundland dan New Zealand menjadi kawasan penguasaan Empayar British.
- 1945 - Lt. Col. A. Peter Dewey, seorang pegawai OSS ditembak mati oleh Viet Minh, menjadikan beliau anggota tentera Amerika Syarikat pertama terbunuh di Vietnam.
- 1957 - West Side Story, satu muzikal yang ditulis Arthur Laurents, Leonard Bernstein dan Stephen Sondheim, dan diterbit dan diarah Jerome Robbins, dipentaskan buat pertama kali di Broadway.
- 1983 - Leftenan Kolonel Soviet Stanislav Petrov menghindarkan perang nuklear sedunia, mengenal pasti suatu "serangan A.S." sebagai isyarat palsu.
- 2006 - Shinzō Abe, presiden Parti Demokratik Liberal, menggantikan Junichiro Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
- 2009 - Taufan Ketsana menyebabkan pengisytiharan "keadaan malapetaka" di 25 wilayah. Ia mengorbankan lebih 450 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.
Kelahiran [sunting]
- 1932 - Manmohan Singh, Perdana Menteri India ke-13
- 1975 - Michael Ballack, bekas pemain bola sepak Chelsea F.C.
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||