Bendera Matahari Terbit
Bendera Matahari Terbit (旭日旗 Kyokujitsu-ki?) merupakan bendera tentera Jepun[1] yang digunakan sebagai bendera perang Tentera Empayar Jepun serta bendera Tentera Laut Empayar Jepun sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua. Kini bendera tersebut digunakan sebagai bendera perang Angkatan Pertahanan Darat Jepun dan bendera Angkatan Pertahanan Maritim Jepun. Bendera ini turut dikibarkan semasa Tahun Baru Jepun ataupun acara sukan. Rekaan ini turut diguna pakai dalam akhbar Jepun Asahi Shimbun di samping sepanduk bergelar Tairyō-ki (大漁旗 Bendera Tangkapan Baik?) yang dikibarkan oleh nelayan.
Isi kandungan |
Reka bentuk [sunting]
Reka bentuknya serupa dengan bendera Jepun iaitu dengan wujudnya bulatan merah di tengah yang melambangkan matahari; bezanya ialah pertambahan sinar matahari (16 bagi bendera tentera) bagi menandakan gelaran Jepun sebagai "Negara Matahari Terbit".
Tentera Empayar Jepun dan Tentera Laut Empayar Jepun mempunyai versi masing-masing bagi bendera berkenaan; bendera tentera laut dialihkan sedikit bahagian bulatan merahnya be bahagian kiri, manakala versi tentera (yang merupakan sebahagian daripada warna rejimen) diletakkan di tengah. Ia mula diguna pakai pada tahun 1889.
Bendera tersebut digunakan dalam tindakan seberang laut bermula dari Zaman Meiji sehinggalah Perang Dunia Kedua. Setelah Jepun dikalahkan pada Ogos 1945, bendera tersebut diharamkan oleh pihak berkuasa Tentera Berikat. Namun demikian, setelah Angkatan Pertahanan ditubuhkan semula, bendera tersebut mula diguna pakai kembali pada tahun 1954. Bendera dengan 16 sinaran hari ini merupakan bendera Angkatan Pertahanan Maritim Jepun manakala Angkatan Pertahanan Darat Jepun menggunakan versi 8 sinaran.[1]
Galeri [sunting]
-
Ahli kru kapal Shokaku melancarkan Serangan Pearl Harbor dengan bendera tentera laut di bahagian atas.
-
Poskad yang memaparkan Putera Higashifushimi Yorihito dengan kapal dengan bendera tentera laut.
-
Askar Jepun semasa Pertempuran Wuhan 1938.
-
Ahli kru JMSDF menaiki kapal JDS Kongo (DDG 173) dengan bendera tentera laut di bahagian atas kapal.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Phil Nelson; various. "Japanese military flags". Flags Of The World. Flagspot. http://flagspot.net/flags/jp%5E.html.