Serangan Pearl Harbor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan Jepun

Pada pagi 7 Disember 1941, pasukan kapal terbang dan kapal selam kerdil Tentera Laut Imperial Jepun di bawah pemerintahan Laksamana Madya Chuichi Nagumo, melancarkan serangan mengejut ke atas Tentera Laut Amerika Syarikat berpengkalan di Pearl Harbor, dan terhadap Kor Udara Tentera Darat ("Army Air Corps") dan lapangan terbang Marin berhampiran di Oahu, Jajahan Hawai'i, sekarang ini dikenali sebagai Negeri Hawaii. Serangan ini telah dikenali sebagai Pengeboman Pearl Harbor dan Pertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya, Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkas Pearl Harbor.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pada 26 November 1941 angkatan merangkumi enam kapal induk diperintah oleh Laksamana Madya Chuichi Nagumo. Jepun meninggalkan Teluk Hitokappu di Kepulauan Kuril dan menuju ke Pearl Harbor tanpa melakukan sebarang perhubungan melalui radio.

Pada pagi 7 Disember 1941, kapal terbang angkatan tersebut mengebom kesemua pengkalan tentera Amerika Syarikat di kepulauan Hawai (terbesar merupakan pengkalan udara tentera darat Amerika Syarikat di pengkalan udara Tentera Udara Hickam), dan kebanyakan kapal yang berlabuh di pelabuhan Pearl, termasuk "Barisan Kapal Tempur". Hampir kesemua kapal terbang Amerika dimusnahkan di atas tanah; hanya beberapa pejuang berjaya berlepas dan bertempur. Dua belas kapal perang dan kapal lain ditenggelamkan atau rosak., 188 kapal terbang dimusnahkan, 155 telah rosak dan 2,403 Amerika kehilangan nyawa mereka. Kapal perang USS Arizona meletup dan tenggelam menyebabkan 1,100 orang kehilangan nyawa, hampir separuh daripada orang Amerika yang mati. Badan kapal kekal menjadi tugu peringatan kepada mereka yang terkorban pada hari itu, kebanyakan mereka kekal di dalam kapal tersebut.

Tembakan Amerika pertama dilepaskan pada Perang Dunia II dan mangsa pertama serangan Pearl Harbor sebenarnya berlaku apabila USS Ward menyerang dan menenggelamkan kapal selam Mini Jepun. Terdapat lima kapal selam Mini kelas Ko-hyoteki yang merancang untuk mentorpedo kapal Amerika Syarikat apabila pengeboman bermula. Tidak satupun kapal selam tersebut berjaya kembali, dan hanya empat daripada lima yang dijumpai semenjak itu. Daripada sepuluh kelasi kapal selam tersebut, sembilan mati dan hanya seorang selamat , Kazuo Sakamaki, yang ditangkap; dia merupakan tahanan perang pertama ditangkap oleh pihak Amerika dalam Perang Dunia II.

Analisa gambar terkini oleh Institute Laut Amerika Syarikat - United States Naval Institute menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan besar salah sebuah kapal selam Mini telah berjaya memasuki pelabuhan, dan berjaya menembak torpedo kepada USS West Virginia. Kedudukan terakhir kapal selam ini tidak diketahui.[1]

Kapal induk Jepun yang terbabit dalam serangan tersebut adalah: Akagi, Hiryu, Kaga, Shokaku, Soryu, Zuikaku. Kesemua mereka memiliki sejumlah 441 kapal terbang, termasuk pejuang, pengebom-torpedo, pengebom junam dan pengebom-pejuang (fighter-bombers). Dari jumlah tersebut, 29 musnah dalam pertempuran. Kapal terbang menyerang dalam dua gelombang, dan Nagumo memutuskan untuk membatalkan serangan ketiga untuk berundur.

Serangan pertama terhadap Pearl Harbor adalah pada 07:53 7 Disember, Masa Hawai ataupun 03:23 8 Disember Masa Piawaian Jepun (lihat Nota Pasukan Penyerang Pearl Harbor Strike). Tentera Jepun mula memasuki sempadan Jajahan Baru Hong Kong pada subuh 8 Disember 1941.[2] Waktu Hong Kong adalah satu jam belakang Masa Piawaian Jepun, dengan itu serangan pada Pearl Harbor merupakan sebahagian perperangan pentas luas "theater warfare-wide" serangan hampir serentak dan bukannya permulaan —24 jam sebelum serangan di Asia— gambaran yang mungkin kelihatan jika sekilas pandang tarikh.

Strategi[sunting | sunting sumber]

Angkatan Jepun berlayar kearah Pearl Harbor tanpa dikesan sehingga saat-saat terakhir.

Matlamat serangan pada Pearl Harbor adalah untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik, walaupun untuk sementara. Laksamana Isoroku Yamamoto sendiri menyatakan bahawa serangan yang berjaya sekalipun hanya memberikan setahun dua kebebasan bertindak. Jepun telah terbabit dalam perperangan dengan China selama beberapa tahun (bermula pada tahun 1937) dan telah merampas Manchuria beberapa tahun sebelumnya. Rancangan untuk serangan Pearl Harbor bagi menyokong kemaraan ketenteraan lanjut bermula pada Januari 1941, dan latihan untuk misi berlangsung pada pertengahan tahun apabila projek ini dianggap layak selepas pertelingkahan sesama tentera laut Imperial (Imperial Navy infighting).

Dua gelombang serangan dilancarkan oleh Jepun yang datang dari pelbagai arah. Radar Amerika Syarikat yang mengesan mereka dari sejauh 200 batu terletak bahagian atas peta ini.

Sebahagian dari rancangan Jepun untuk serangan ini termasuk memutuskan perundingan dengan Amerika Syarikat sebelum (dan hanya sebelum) serangan tersebut. Duta dari Kedutaan Jepun di Washington, termasuk wakil khas Saburu Kurusu, telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Negeri (State Department) mengenai reaksi Amerika Syarikat terhadap pergerakan Jepun ke Indochina pada musim panas. Hanya sebelum serangan, perutusan panjang dengan arahan menghantarkannya dari Kedutaan ke Pejabat Perhubungan Asing (Foreign Office) di Tokyo (encyphered dengan mesin kod ungu), dengan arahan untuk menghantarkannya ke Setiausaha Hull sejurus sebelum serangan dijadualkan bermula (contoh., 1 PM waktu Washington). Disebabkan kelewatan nyah-enkripsi dan menaip, kaki-tangan Kedutaan gagal melakukannya; perutusan panjang memutuskan perundingan dihantar lama selepas waktu sepatutnya, dan lama selepas serangan telah bermula. Kelewatan penyampaian nota tersebut menambah kepada kemarahan Amerika Syarikat terhadap serangan tersebut, dan sebab utama bagi gambaran terkemuka Roosevelt sebagai "… tarikh yang akan kekal dalam infamy". Yamamoto kelihatannya bersetuju; dia juga tidak gembira dengan kesilapan masa. Dia dikatakan telah berkata, "Saya bimbang apa yang kita lakukan adalah membangunkan gergasi yang tidur dan memberikannya tekad yang dashyat", tetapi ini dikatakan petikan yang dicipta untuk filem, Tora! Tora! Tora!. Walaupun petikan itu bukan disebut oleh Yamamoto, ia kelihatannya menggambarkan perasaannya mengenai serangan tersebut.

Barisan Kapal Tempur memberikan kepadatan sasaran yang menarik.

Kedua bahagian perutusan akhir telah dinyah-enkripsi oleh AMerika Syarikat lama sebelum Kedutaan Jepun berjaya melakukannya, dan ia nyah-enkripsi bahagian kedua yang menyebabkan Jeneral George Marshall untuk menghantar amaran terkenalnya ke Hawai pada pagi — yang sebenarnya dihantar oleh, penunggang basikal perutusan Jepun kelahiran Amerika muda, kepada Jeneral Walter Short di Pearl Harbor beberapa jam selepas serangan berakhir (terdapat kesulitan dengan komunikasi Tentera, dan kelewatan penghantaran akibat kabel perdagangan, dan entah bagaimana kehilangan tanda "PENTING" dalam penghantarannya).

Kesan segera[sunting | sunting sumber]

Tempat simpan peluru hadapan USS Arizona meletup selepas ia terkena bom yang digugurkan oleh Tadashi Kusumi.

Dari segi matlamat strategik serangan ke atas Pearl Harbor merupakan, dalam tempoh singkat ke serdahana, kejayaan gemilang yang melampaui mimpi terbaik perancangnya dan mempunyai sedikit yang setanding dengannya dalam sejarah ketenteraan sebarang era. Disebabkan kehilangan teruk di Pearl Harbor dan penjajahan lanjut Jepun di Filipina, dalam tempoh enam bulan berikut, angkatan laut Amerika Syarikat hampir gagal memainkan peranan penting dalam pentas Asia Perang Dunia II. Dengan Angkatan Pasifik Amerika Syarikat hampir keluar dari perkiraan, pihak Jepun bebas dari kebimbangan mengenai kuasa laut Pasifik lain. Jepun terus menjajah Asia tenggara, seluruh barat daya Pasifik dan menghulur cengkamannya jauh ke Lautan India.

Kesan masa panjang[sunting | sunting sumber]

Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang serangan ke atas Pearl Harbor merupakan malapetaka strategik bagi Jepun. Malah Laksamana Yamamoto, yang mencetuskan idea menyerang Pearl Harbor, telah meramalkan bahawa sungguhpun dengan kejayaan menyerang Angkatan Amerika Syarikat tidak akan dan tidak mampu memenangi perperangan dengan Amerika Syarikat, kerana keupayaan pengeluaran Amerika terlalu besar. Salah satu matlamat Jepun adalah untuk memusnahkan tiga kapal induk Amerika Syarikat yang diletakkan di Pasifik, tetapi tiada ketika serangan berlaku — Enterprise dalam perjalanan pulang, Lexington telah berlayar keluar beberapa hari sebelumnya, dan Saratoga berada di San Diego selepas pengubah-suaian di Limbungan Tentera Laut Puget Sound. Merosakkan kebanyakan kapal perang Amerika Syarikat dari bertugas, dianggap secara meluas— oleh tentera laut dan pemerhati sejagat —sebagai kejayaan cemerlang bagi pihak Jepun. Kehilangan kapal perang meninggalkan tentera laut Amerika Syarikat tiada pilihan kecuali meletakkan keyakinan mereka pada kapal induk dan kapal selam, yang merupakan kebanyakan yang tinggal—dan ini merupakan peralatan dengan mana tentera laut Amerika Syarikat menghentikan dan kemudiannya mengundurkan kemaraan Jepun. Kehilangan kapal perang sebenarnya tidak sepenting yang difikirkan oleh semua orang sebelum (di Jepun) dan selepas serangan (di Jepun dan Amerika Syarikat).

Presiden Franklin D. Roosevelt menandatangani Deklarasi Perang terhadap Jepun pada hari berikut selepas serangan.

Kemungkinannya yang paling penting, serangan Pearl Harbor bertindak sebagai pemangkin yang menggerakkan sebuah negara untuk bertindak serta merta yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh perkara lain. Dalam masa semalaman sahaja, ia menyatukan seluruh Amerika dengan matlamat untuk berperang dan menang perperangan dengan Jepun, dan ia kemungkinannya mendorong kepada kedudukan penyerahan tanpa syarat yang di tekankan oleh pihak Berikat. Sesetengah sejarahwan percaya bahawa Jepun tetap akan kalah, tanpa mengira samaada depoh minyak dan kedai mesin dimusnahkan atau sekiranya kapal induk berada di pelabuhan dan ditenggelamkan.

Tindak balas Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Disember 1941, Kongres Amerika Syarikat mengistiharkan perang ke atas Jepun dengan Jeannette Rankin merupakan undi menentang tunggal. Franklin D. Roosevelt menandatangani pengistiharan perang tidak lama kemudian, menggelar hari sebelumnya "tarikh yang akan kekal dalam infamy." US Government meneruskan kerahan tentera, dan mula bertukar kepada ekonomi perang.

Soalan berkait adalah kenapa Jerman Nazi mengistiharkan perang ke atas Amerika Syarikat 11 Disember 1941 sejurus selepas serangan Jepun. Hitler tidak perlu melakukannya di bawah syarat kuasa Axis, tetapi tetap melakukannya. In pastinya menggandakan kemarahan penduduk awam Amerika dan membenarkan AMerika Syarikat untuk menningkatkan sokongannya terhadap United Kingdom, yang melewatkan sedikit tempoh tindak balas Amerika keatas kekalahan di Pasifik.

Kepentingan dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertempuran ini, sepertimana Pertempuran Lexington dan Concord, mempunyai kesan menukar sejarah. Ia hanya mempunyai sedikit kesan ketenteraan akibat kegagalan tentera laut Jepun untuk menengelamkan kapal induk Amerika Syarikat, tetapi sungguhpun sekiranya kapal induk telah ditenggelamkan ia tidak akan membantu Jepun dalam jangka masa panjang. Serangan tersebut membabitkan Amerika Syarikat secara penuh dan ekonomi pengilangan dan perkhidmatannya yang besar kepada Perang Dunia II, mendorong kepada kekalahan kuasa Axis sejagat. Apabila mendengar bahawa serangan ke atas Pearl Harbor akhirnya telah melibatkan Amerika Syarikat kedalam perperangan, Perdana Menteri UK, Winston Churchill, menulis "Dengan emosi dan penuh perasaan yang puas, saya baring ke katil dan tidur dengan tidur orang yang diselamatkan dan bersyukur". (Winston Churchill – The Second World War, jilid 3,ms. 539)". Kemenangan pihak Allied dalam pertempuran ini dan kebangkitan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia telah membentuk politik antarabangsa semenjak itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]