Bendera Myanmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Myanmar
Bendera Myanmar
Kegunaan Bendera kebangsaan dan panji-panji awam dan negara Bendera kebangsaan, panji-panji negeri dan awam
Nisbah 5:9
Diterima pakai 21 Oktober 2010[1]
Rekaan Bendera tiga warna (kuning, hijau dan merah) yang mendatar serta sebuah bintang berwarna putih di tengah bendera
Naval Ensign of Myanmar.svg
Variasi bendera
Kegunaan Panji-panji tentera laut Panji-panji perang
Nisbah 5:9
FIAV 111110.svg Bendera Republik Sosialis Kesatuan Burma (3 Januari 1974 – 21 Oktober 2010).
Nisbah bendera: 5:9 (juga 2:3 dan 6:11)

Republik Kesatuan Myanmar menerima pakai bendera kebangsaan yang baru pada 21 Oktober 2010 untuk mengganti bendera sosialis yang dikibarkan sejak tahun 1974. Bendera baru ini diperkenalkan selaras dengan perubahan nama rasmi dan lagu kebangsaan yang digariskan dalam perlembagaan baru menjelang pilihan raya umum pada November 2010.

Bendera Myanmar terdiri daripada tiga jalur melintang kuning, hijau dan merah dengan bintang bermata tiga putih di tengah-tengah. Tiga warna jalur itu melambangkan perpaduan, keamanan dan kedamaian, dan keberanian dan ketegasan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Myanmar telah menggunakan beberapa bendera lain sebelum ini. Yang terakhir sebelelum perubahan 2010 diperkenalkan pada 3 Januari 1974 setelah pengisytiharan republik sosialis oleh Ne Win. Ia memiliki 14 bintang yang mengelilingi gear dan padi, pada padang biru dengan latar bendera merah. Bintang menyimbolkan pembahagian pentadbiran Myanmar, gear melambangkan industri manakala padi mewakili pertanian. Bendera ini tidak jauh berbeza dengan bendera sebelumnya yang diterima pada 1948.

Galeri bendera[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. State Flag Law with State Peace and Development Council Law (8/2010)
  2. "Myanmar unveils new flag", Straits Times, 21 Oktober 2010. Dicapai pada 23 Oktober 2010.