Bendera Israel
-
Lihat juga: Senarai bendera Israel
| Bendera Israel | |
|---|---|
| Kegunaan | Bendera kebangsaan |
| Nisbah | 8:11 |
| Diterima pakai | 28 Oktober 1948 |
| Rekaan | Bintang Daud berwarna biru antara dua garis mendatar biru pada latar putih. |
| Variasi bendera | |
| Kegunaan | Panji-panji awam |
| Nisbah | 2:3 |
| Diterima pakai | 1948 |
| Rekaan | Bendera biru dengan satu set bujur berwarna putih berhampiran sisi kiri bendera yang terdapat Bintang Daud di dalamnya. |
| Variasi bendera | |
| Kegunaan | Panji-panji tentera laut |
| Nisbah | 2:3 |
| Diterima pakai | 1948 |
| Rekaan | Bendera biru dengan segi tiga berwarna putih di sisi kiri bendera serta Bintang Daud di dalamnya. |
Bendera Israel mula digunakan pada 28 Oktober 1948, 5 bulan selepas penubuhan negara ini. Terdapat sebuah Bintang Daud biru pada latar belakang putih, antara dua garis mendatar biru. Warna biru ini ditetapkan sebagai "biru langit perang",[1] dan berubah-ubah daripada bendera kepada bendera, daripada biru tulen, kadangkala biru tentera laut, kepada kira-kira 75% biru kehijauan dan warna biru cerah yang sangat cerah.[2] Bendera ini direka bagi Pergerakan Zionis pada tahun 1891. Rekaan asas memperingatkan Tallit, selendang doa Yahudi, yang berjalur putih dan biru. heksagram pada tengah ialah Magen David ("perisai Daud"). Ini menjadi sebuah lambang Yahudi sejak akhir zaman pertengahan di Prague, dan mula digunakan oleh Kongres Zionis Pertama pada tahun 1897.[1]
Pada tahun 2007 sehelai bendera Israel berukuran 660 darab 100 meter dan berat 5.2 tan dibuka dekat kubu Yahudi kuno Masada, memecahkan rekod dunia bagi bendera yang terbesar.[3]
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Israel Ministry of Foreign Affairs publication The Flag and the Emblem by art historian Alec Mishory, wherein he quotes "The Provisional Council of State Proclamation of the Flag of the State of Israel" made on October 28, 1948 by Joseph Sprinzak, Speaker.
- ↑ Varied examples; Flag ~75% toward cyan from pure blue full article:The Flag and the Emblem Accessed July 28, 2006.
- ↑ Giant Israeli flag breaks world record for largest in world Haaretz, 25 November 2007
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bendera Israel |