Bendera Yaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
FIAV 111111.svg Nisbah bendera: 2:3

Bendera Yaman (Bahasa Arab: علم اليمن‎) disetujui pada 22 Mei 1990, hari yang sama dimana Yaman Utara dan Yaman Selatan bersatu. Garis berwarna merah, putih dan hitam juga merupakan bendera Yaman Utara dan Selatan, melambangkan pan-Arabisme, seperti bendera Mesir, Syria, Iraq dan lainnya.

Menurut penjelasan rasmi, warna merah untuk tumpahan darah para martir dan persatuan; putih untuk masa depan yang cerah; hitam untuk masa lalu yang kelam.

Bendera Yaman juga kebalikan melintang dari Bendera Empayar Jerman.

Bendera bersejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Yaman bersatu menjadi Republik Yaman, wilayah itu terpisah menjadi Utara, dan Selatan. Utara menggunakan bendera di sebelah kiri (bendera Kerajaan Muttawakkil Yaman), sejak 1927 sehingga 1962, ketika menjadi Republik Arab Yaman. Republik Arab Yaman menggunakan bendera sama dengan bendera Yaman sekarang, kecuali dengan bintang hijau di tengah garis putih. Republik Demokratik Rakyat Yaman di Selatan menggunakan bendera dengan segitiga biru langit di bahagian kiri, dengan bintang merah. Sementara segitiga biru dan bintang adalah lambang Parti Sosialis Yaman, keseluruhan rancangan bendera dipengaruhi oleh bendera Cuba, setelah Revolusi Cuba tahun 1950-an (Hendrikksen, 1982).


Templat:Benderanasional