Berus gigi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Berus gigi adalah sejenis alat yang terdiri daripada sebuah berus kecil yang digunakan untuk membersihkan gigi dengan menggosok gigi. Pada kebiasaanya, ubat gigi yang selalunya mengandungi florida ditambahkan ke atas berus gigi bagi memudahkan lagi pembersihan gigi. Berus gigi datang dengan pelbagai tekstur berus, serta pelbagai saiz dan bentuk. Kebanyakan doktor gigi menyarankan berus gigi yang dilabelkan "Soft" (maksud: lembut), kerana berus yang keras boleh merosakkan enamel gigi. Berus gigi selalunya diperbuat daripada serat sintetik, namun terdapat juga berus gigi dengan bahan semula jadi. Berus gigi komersial pertama telah dicipta oleh Goldstein dan Hautman pada 1875.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Kenyataan American Dental Association mengenai menggosok gigi
- (Inggeris) International Toothbrush Collection, sebuah pengkalan data yang membolehkan pencarian
- (Inggeris) BBC h2g2 The History of Toothpaste and Toothbrushes