Blog politik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Blog politik ialah blog yang mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan politik. Dalam demokrasi liberal, mengkritik kerajaan tanpa sekatan adalah hak dan unsur penting dalam kebebasan bersuara. Penulis blog menggunakan blog yang tidak disekat sebagai alat untuk menyuarakan pendapat yang tidak diberi tempat oleh media yang dikawal oleh kerajaan, tetapi kadang-kadang berdepan dengan masalah undang-undang.

Blog politik selalunya jelas menyatakan kecenderungan politik (political bias) penulis blog. Penulis blog yang menyatakan kecenderungan politik mereka dengan jelas dilihat lebih jujur. Penulis blog politik yang tidak bernama atau tidak diketahui identiti kerap dilihat sebagai tidak mempunyai fakta kuat serta kurang dipercayai. Tetapi blog politik masih popular kerana ia menjadi platform untuk pandangan yang tidak diwakili oleh media arus perdana.[1]

Populariti blog politik menyebabkan lebih banyak syarikat media, ahli politik dan organisasi lain membuat blog masing-masing.

Jenis blog politik[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan blog politik adalah bersifat berita semasa di mana ia mempunyai pautan ke rencana atau berita dari media arus perdana dan penulis blog selalunya akan memberi komen peribadinya. Kebanyakan penulis blog memberi pandagan berdasarkan anutan ideologi politik mereka, pengalaman peribadi dan minat mereka.

Ada juga blog politik yang berfungsi sebagai blog pemerhati yang mengkritik subjek yang penulis blog tersebut sifatkan sebagai kesalahan sistematik atau bias dalam surat khabar atau media - atau juga penulis blog yang lebih popular. Blog ini tidak banyak tetapi skandal yang melibatkan subjek yang mereka kritik mungkin mengangkat diri mereka popular buat sementara waktu.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Blog politik Malaysia selalu memaparkan isu-isu penyalahgunaan kuasa, rintihan rakyat marhaen, dan berbagai lagi. Sebelum ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kedudukan blog politik sebagai media alternatif yang berkesan mempengaruhi hati-hati rakyat marhaen tetapi mengambil pendekatan tidak mendampingi penulis blog.

Namun pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini kerajaan telah mengubah dasar kepada dasar yang lebih mesra penulis blog yang diperkenalkan oleh Menteri Penerangan yang baru Ahmad Shabery Cheek. Kerajaan Malaysia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan slot khas di dalam RTM 1 yang berjudul Blog. Dalam slot ini RTM mengundang penulis blog di Malaysia untuk memberikan pendapat mereka mengenai isu-isu semasa.

Pandangan penulis blog sudah boleh dikatakan mula diterima oleh Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional. Sebelum ini Naib Ketua Pemuda UMNO merangkap menantu Perdana Menteri melabelkan Blogger yang menyebarkan fitnah sebagi Beruk[2], akhirnya terpaksa akur dengan cara baru penyebaran ideologi politik di alaf baru ini. Mantan Menteri Penerangan Malaysia , Datuk Zainuddin Maidin menggelar blogger sebagai 'goblog' yang bermaksud bingong.

Blog-blog politik terkenal di Malaysia:[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]