Ahmad Shabery Cheek
| Yang Berhormat Ahmad Shabery Cheek |
|
![]() |
|
|
Menteri Penerangan
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 18 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Zainuddin bin Maidin |
|---|---|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
|
|
|
| Tempat lahir | |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Dato' Ahmad Shabery Cheek merupakan Menteri Penerangan Malaysia sekarang. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kemaman. Shabery dilahirkan di Kijal, Kemaman, Terengganu pada 10 Disember 1958. Beliau berkahwin dengan Sharifah Ismail pada 1983.
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Lembing dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban. Setelah itu, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1983 dalam bidang ekonomi. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana dari bidang sains politik University of Leeds, United Kingdom selain mempunyai Diploma Lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden. Beliau pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universti Malaya.
[sunting] Kerjaya
Beliau pernah menceburi profesyen pendidikan apabila menjadi seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada tahun 1990. Selain itu, beliau pernah menjadi fellow penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).
[sunting] Politik
Dalam politik Terengganu, beliau dilihat berpotensi menanjak naik ke peringkat persekutuan, mewakili Terengganu . Pemimpin lain yang sejajar dengan beliau ketika itu ialah Datuk Abdul Rahman Bakar.
Beliau pernah menjadi Ketua UMNO cawangan Gong Cengal, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman. Beliau pernah bersama dalam parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Abdul Manan Othman pada tahun 1990. Mereka kembali menyertai parti orang Melayu UMNO apabila Semangat 46 dibubarkan. Tun Dr Mahathir Mohamad melantik semula beberapa pemimpin S46 menjadi menteri dan timbalan menteri kecuali Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada 2004, beliau memenangi kerusi Parlimen Kemaman mengalahkan penyandang dari Parti Keadilan Nasional, Abdul Rahman Yusof.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahd Shabery Bin Cheek bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kemaman , negeri Terengganu. Ahd Shabery Bin Cheek telah menang dengan mendapat undi sebanyak 37139.Calon lawan ialah Mohd Fariz Bin Abd Talib @ Musa dari PKR , mendapat 24,516 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 83 %. Undi rosak sebanyak 1077.
[sunting] Bertemu Blogger
Setelah menjadi Menteri Penerangan pada 2008, beliau memberitahu kepada semua blogger supaya dapat diadakan perjumpaan dengannya.
[sunting] Pelacur politik
Pada 14 Mei 2008, beliau mengatakan perbuatan pihak yang menawarkan ganjaran wang dan jawatan untuk mempengaruhi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti membuktikan sikap tidak bermoral serta corak kepimpinan mereka yang sangat rendah dan menganggap orang seperti itu sebagai pelacur politik. [1]
[sunting] Debat harga minyak
Beliau pernah berdebat dengan penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengenai harga minyak anjuran Agenda Daily yang dibuat di Dewan Bahasa dan Pustaka
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
| Penyandang Terdahulu | Menteri Penerangan 8 Mac 2008 – |
Penyandang Kemudian |
| Datuk Zainuddin bin Maidin |
Tiada |
