Bohemia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bohemia (hijau) di Republik Czech hari ini
Bendera bersejarah Bohemia

Bohemia (Bahasa Czech: Čechy[1]; Bahasa Jerman: Böhmen; Bahasa Poland: Czechy; Latin: Bohemia) ialah sebuah daerah bersejarah di Eropah Tengah. Daerah ini mencakupi lebih kurang dua pertiga dari wilayah di Republik Czech. Bersama dengan Moravia dan Silesia Czech, Bohemia telah mewujudkan Tanah Czech.

Bohemia memiliki wilayah yang berkeluasan 52.750 km² dan penduduk seramai 6.25 juta dari 10.3 juta orang penduduk Czech. Bohemia bersempadan dengan dengan Jerman di sebelah utara, barat dan barat daya. Sementara itu di sebelah timur laut ia bersempadan dengan Poland. Di sebelah selatan Bohemia bersempadan dengan Austria dan di sebelah timur dengan Moravia.

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Dalam bahasa Czech dilihat tidak ada sebarang perbezaan antara istilah Czech dan Bohemia; dengan kata lain český bererti Bohemia dan Czech.