BookXcess

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BookXcess Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPeruncitan
Ditubuhkan2006
Pengasas
  • Andrew Yap
  • Jacqueline Ng
Ibu pejabatL3-60 Amcorp Mall, 18 Jalan PSN Barat, 46050, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh penting
  • Andrew Yap
  • Jacqueline Ng
KeluaranBuku, majalah
Pemilik
  • Andrew Yap
  • Jacqueline Ng
Tapak webwww.bookxcess.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
BookXcess di The Starling, Damansara Utama

BookXcess merupakan sebuah syarikat yang menjual buku dan majalah pada potongan harga sebanyak 50% hingga 80% daripada harga runcit. Syarikat ini diasaskan oleh pasangan suami isteri, Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Pada November 2006, syarikat ini dimulakan dengan pembukaan kedai majalah yang menggunakan satu rak tinggi yang disusun dengan buku yang dikendalikan oleh Jacqueline Ng.[1]

Kedai pertama mereka berkeluasan 500 kaki persegi (46 meter persegi) dan kini telah bertambah kepada 12,000 kaki persegi (1,115 meter persegi). Sekitar 40,000 individu telah mendaftar sebagai ahli semenjak pembukaannya. Pesta jualan buku Big Bad Wolf anjuran Big Bad Wolf Sdn. Bhd. hasil kerjasama mereka berdua telah berjaya menjual sebanyak 120,000 buku dalam tahun pertama penganjurannya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Rouwen Lin (27 November 2012). "BookXcess - Easy access to cheap books". The Star. Dicapai pada 9 Mei 2013.