Borak Kelamin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Borak Kelamin
Format
  • Bual bicara
  • Komentar
Pengacara
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Nu Ideaktiv
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 Mac 2021 – 3 Mei 2021

Borak Kelamin ialah sebuah rancangan televisyen bual bicara Malaysia yang disiarkan di Astro Ria, dihoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein.[1][2] Rancangan ini memberi fokus secara mendalam mengenai alam perkahwinan berkaitan isu rumah tangga yang dianggap sebagai pantang larang atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.[1][3] Ia telah diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas dan disiarkan setiap Isnin bermula 1 Mac 2021.[4][5]

Format[sunting | sunting sumber]

Borak Kelamin ialah terbitan bersama ASTRO dan Nu Ideaktiv.[4] Rancangan ini mengetengahkan topik perbincangan merangkumi kupasan ilmiah yang komprehensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah dan sebagainya.[1]

Tetamu istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut dijemput khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional dalam sesi perbincangan setiap episod.[1]

Borak Kelamin diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas kerana mengandungi unsur dan aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam sesi perbincangan.[4] Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal dalam satu sidang media berkata, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan ialah subjek pantang larang yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di televisyen serta sering dielakkan bagi menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.[6][7] Katanya: “Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia. Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan".[5]

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Topik perbincangan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 10 topik yang dibincangkan dalam setiap episod Borak Kelamin ialah seperti berikut:[8]

  • ‘Rupa Atau Harta’
  • ‘Off Handphone, Sentuhlah Pasangan’
  • ‘Kelambu Dingin’
  • ‘Janda Duda Rebutan’
  • ‘Dominasi Kelamin’
  • ‘Trauma Mentua’
  • ‘Cinta Luar Biasa’
  • ‘Isteri Bukan Orang Gaji’
  • ‘Perkahwinan Campur Lebih Power, Benarkah?’
  • ‘Pasangan Pergi Mengejut, Bersediakah Anda?’

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Sudirman Mohd Tahir (6 Mac 2021). "Kupas 'cerita dalam kain'". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  2. ^ "Borak Kelamin bersama Awal Ashaari dan Elly Mazlein di Astro Ria". Hyebro. 1 Mac 2021. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  3. ^ "Borak Kelamin: Program TV pengakuan kisah benar mengupas isu rumahtangga secara terbuka". Mingguan Wanita. 26 Februari 2021. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  4. ^ a b c Maliah Surip (2 Mac 2021). "Masuk klasifikasi tontonan 18 tahun ke atas, apa itu Borak Kelamin". Astro Gempak. Dicapai pada 22 Mac 2021.
  5. ^ a b Aqmar Mustaza (3 Mac 2021). "Diskusi berani dan sensasi isu tabu dalam Borak Kelamin". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  6. ^ "Borak Kelamin kupas isu tabu & sensasi mengenai kisah rumah tangga hanya tontonan 18 tahun ke atas". Kopiplanet. 25 Mac 2021. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  7. ^ "Diskusi berani dan sensasi isu larangan dalam Borak Kelamin". Femag Online. 1 Mac 2021. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  8. ^ "Diskusi berani dan sensasi isu tabu dalam Borak Kelamin". Utusan Borneo. 5 Mac 2021. Dicapai pada 26 Mac 2021.