Awal Ashaari
| Awal Ashaari | |
|---|---|
| Lahir | Ahmad Awaluddin Shaari 6 Ogos 1981 (umur 30) Kampung Baru, Kuala Lumpur, |
| Nama lain | Awal Ashaari |
| Pekerjaan | Pelakon , Pengacara televisyen , Model |
| Tempoh aktif | 2005 – kini |
| Berkahwin dengan | Scha Al-Yahya (2012-kini) |
Awal Ashaari (nama asal : Ahmad Awaluddin Ashaari) ialah seorang pengacara televisyen, model, dan pelakon Malaysia. Beliau paling terkenal sebagai pengacara rancangan realiti One in a Million dan pelakon utama filem dan siri TV Impak Maksima.
Isi kandungan |
[sunting] Biografi
Permulaan kerjaya Awal bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett Advertising, di mana beliau berkerja sebagai seorang eksekutif perakaunan. Beliau kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan pada tahun 2004-05. Beliau juga pernah mencuba nasib di musim pertama Malaysian Idol dan melayakkan dirinya sehingga tahap 30 teratas.
Dunia pengacaraan beliau kemudian bermula dengan penglibatan beliau di dalam Beat TV (Astro Ria) diikuti dengan pelbagai pengacaraan lain seperti Sesi Teh Tarik F&N, One in a Million, Sensasi dan sebagainya.
Dalam pada itu dunia lakonan juga telah mula menjadi salah satu kerjaya beliau dengan penglibatan awalnya dalam drama Impian Illyana, diikuti dengan beberapa lakonan lain di layar filem dan skrin TV seperti Noktah Erna, Impian Illyana, 3R, Puteri, Seribu Erti, Misi XX Ray, Cinta Medik, Impak Maksima,Tiga Serumah dan lain-lain.
Selain dari itu beliau juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan majlis dan juga model jurucakap bagi beberapa produk-produk yang berada di pasaran.
Beliau telah melangsungkan pernikahan dengan Scha Al-Yahya pada 4 Mei 2012.
[sunting] Filemografi
[sunting] Filem
| Tahun | Judul | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2009 | Syurga Cinta | Irham | Utama |
| 2008 | I'm Not Single | Dani | Utama |
| 2008 | Apa Kata Hati | Riezman | Utama |
| 2007 | Impak Maksima | Ayie | Utama |
| 2007 | Diva | Jay | Utama |
[sunting] TV
| Tahun | Judul | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2009 | Cinderella Blues | Azhar b. Johar | Utama |
| 2008 | Kahit Isang Saglit | Amir Mohammad | Utama |
| 2008 | Impak Maksima The Series | Ayie | Utama |
| 2008 | Haryati2 | Tambahan | |
| 2008 | 3R | Mark | |
| 2008 | Puteri | Helmi | |
| 2007 | Serib Erti | Ehsan | |
| 2007 | Impian Illyana 1 & 2 | Rizal | |
| 2007 | Cinta Medik | Khai | Utama |
| 2007 | Misi XX Ray 2 | Tambahan | |
| 2011 | Dunia Kita |