Bugatti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 48°31′32″N 07°30′01″E / 48.52556°U 7.50028°T / 48.52556; 7.50028

Bugatti
Industri Automotif
Nasib Dijual kepada Hispano-Suiza pada 1963
Ditubuhkan 1909
Pengasas Ettore Bugatti
Ibu pejabat Molsheim, Perancis
Perancang utama Ettore Bugatti (pengasas)
Jean Bugatti
Produk Kereta, bahagian pesawat

Bugatti Automobiles S.A.S. merupakan pengeluar kereta di Molsheim, Alsace, Perancis. ia dimiliki oleh kumpulan Volkswagen, pengeluar kereta Jerman sebagai anak syarikat Volkswagen Perancis. Ia diasaskan pada =2000[1] sebagai pengganti Bugatti Automobili SpA.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dengan dorongan Ferdinand Piëch yang ketika itu merupakan timbalan persiden, Volkswagen membeli hak bagi menghasilkan kereta di bawah jata Bugatti marque pada 1998. Ini diikuti dengan pembelian Lamborghini (oleh anak syarikat VW Audi ), kilang Rolls-Royce di Crewe, England, United Kingdom, dan Bentley marque.

Pada 22 Disember 2000, Volkswagen secara rasmi incorporated Bugatti Automobiles S.A.S., dengan bekas ketua gandar VW "drivetrain chief" Karl-Heinz Neumann sebagai presiden. Syarikat tersebut membeli Château Saint Jean 1856, dahulunya rumah tetamu Ettore Bugatti di Dorlisheim, berhampiran Molsheim, dan mula mengubah suainya sebagai ibu pejabat syarikat. Kilang asal masih ditangan Snecma, yang keberatan berpisah dengannya. Di Pebble Beach Concours d'Elegance pada Ogos 2000, VW mengumumkan bahawa mereka sebaliknya akan membina kilang moden baru atelier bersebelahan selatan Château. atelier ini dibuka secara rasmi pada 3 September 2005.

Kereta[sunting | sunting sumber]

kereta konsep Giugiaro[sunting | sunting sumber]

Volkswagen menempah Giorgetto Giugiaro, ItalDesign bagi mereka siri kereta konsep bagi mengembalikan marque ke hadapan. Contoh pertama, EB 118, adalah coupé dwi pintu yang diperkenalkan di Mondial de l'Automobile pada 1998. Ia diikuti oleh kereta sedan EB 218 touring empat pintu, diperkenalkan di Salon International de l'Auto "Geneva Motor Show" pada 1999. kemudian pada tahun yang sama, 18/3 Chiron ditunjukkan di Pameran Motor Frankfurt - IAA di Frankfurt. Konsep Bugatti terakhir tidak direka oleh ItalDesign: rekaan VW, EB 18/4 GT telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Pameran Motor Tokyo.

Kesemua konsep awal ini mencirikan 555 PS (408 kW; 547 hp) 18-cylinder engine. Ini merupakan pertama kali enjin W pada kenderaan penumpang, dengan tiga jalur enam lejang. Ia berkongsi banyak komponen dengan keluarga enjin modular Volkswagen.

EB 16.4 Veyron[sunting | sunting sumber]

Pembangunan kenderaan ini bermula dengan kereta konsep 1999 EB 18/4 "Veyron", yang sendiri berasaskan rangka kereta konsep Bugatti 18/3. Ia sama dari segi reka bentuk dan penampilan dengan kereta pengeluaran Veyron akhir. Satu perbezaan utama adalah EB 18/4 menggunakan enjin W18 dengan tiga jalur enam lejang. Ketua pereka Veyron adalah Hartmut Warkuss, dan luaran direka oleh Jozef Kabaň dari Volkswagen, bukannya Giorgetto Giugiaro dari ItalDesign, yang telah mengendalikan tiga kereta konsep Bugatti sebelumnya.

Perak dan hitam Veyron sebelum pengeluaran pada pameran 2004 Paris Motor Show

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Volkswagen AG - Annual Report 2000" (PDF). Wolfsburg: Volkswagen AG. 2001. ms. 31/33. Diperoleh pada 15 October 2008. "With effect from 22 December 2000, Groupe VOLKSWAGEN France s.a. established BUGATTI AUTOMOBILES S.A.S. as a 100 % wholly owned subsidiary."  Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]