Burgerkill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BURGERKILL
Berasal dariBandung, Indonesia
Genre
Tahun aktif1995–sekarang
Syarikat rakaman
  • Sony Music (2003-2004)
  • Revolt Records
  • BKHC Records
Pengkarya berkait
Infamy, Jasad, Beside, Forgotten
Laman sesawang
Tapak web rasmi
Ahli
  • Agung Hellfrog
  • Ramdan Agustiana
  • Putra Pra Ramadhan
  • Ronald Alexander
Bekas ahli
  • Ivan Firmansyah
  • Kimung
  • Kudung
  • Toto
  • Ugum
  • Andris
  • Vicky Mono
  • Aries Tanto

Burgerkill (digayakan BURGERKILL) ialah kumpulan muzik Indonesia yang berasal dari Bandung, membawa genre Metalcore dan ditubuhkan oleh Aries Tanto (a.k.a Ebenz) bersama rakan sekolahnya tahun 1995. Kini Burgerkill terdiri daripada ahli-ahli antaranya Agung Hellfrog (pemain gitar), Putra Pra Ramadhan (dram), Ramdan Agustiana (pemain bes) dan Ronald Alexander (vokalis).

Lebih dua dekad kerjaya mereka, Burgerkill telah melancarkan enam Album studio dan empat EP serta memenangi pelbagai anugerah muzik, termasuk antaranya kategori "Metal as F*ck" dalam anugerah Metal Hammer Golden Gods Awards di England tahun 2013 dan sejumlah kemenangan dan pencalonan dalam Anugerah Musik Indonesia serta termasuk dalam salah satu dari 50 senarai kumpulan muzik terbaik dunia menurut versi majalah Metal Hammer tahun 2020.[1][2] Kemudian Burgerkill berjaya menembus pentas mancanegara dalam temasya festival muzik metal dunia Wacken Open Air di Wacken, Jerman pada 2015 dan 2022, serta Bloodstock Open Air di England pada 2015.[3] Setelah berjaya dengan persembahan muzik di Eropa, Australia hingga Amerika Syarikat, Burgerkill membuat kombinasi muzik metal dengan orkestra, kemudian melancarkan EP yang bertajuk Killchestra pada 2020.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Burgerkill diasaskan pada 11 Mei 1995 oleh Ebenz bersama rakan-rakannya, dengan line up awalnya terdiri daripada Ebenz (pemain gitar), Ivan Scumbag (vokalis), Kimung (pemain bes) dan Kudung (dram).[5][6] Namun begitu, line up ini tidaklah bertahan lama, dengan Kudung yang keluar kerana sibuk dengan kumpulan muzik utamanya, Forgotten, hingga beliau digantikan oleh Toto Supriatin (Anal Vomit).[7] Kemudian line up ini mula aktif menulis lagu mereka sendiri, hingga selalunya muncul dalam gig yang diadakan di arena sukan, Saparua, Bandung.[8] Line up ini kemudian mula membuat lagu sendiri bertajuk "Revolt!", hingga dimuat dalam album kompilasi Masaindahbangetsekalipisan yang dilancarkan pada Oktober 1997, melalui syarikat rakaman bebas di Bandung.[9][10]

Pada akhir 1997, Burgerkill melancarkan dua single bertajuk "Offered Sucks" dan "Myself", kemudian lagu-lagu tersebut disertakan dalam album kompilasi Breathless yang diedarkan akhir 1997, selepas itu dilanjutkan dengan pengeluaran single "Blank Proudness" yang disertakan dalam album kompilasi bertajuk Independent Rebel yang diedarkan pada 1998.[8] Tahun 1999, Burgerkill beroleh kontrak dari syarikat rakaman bebas, Anak Liar Records Malaysia, untuk melancarkan album split bersama dengan kumpulan muzik Malaysia, Infireal dan Watch It Fall dari Perancis. Album split ini bertajuk Threeway Split Release yang diedarkan di Malaysia tahun 1999.[11][12]

Dua Sisi dan Berkarat (2000–2005)[sunting | sunting sumber]

Agung "Hellfrog" yang menyertai sejak 2003 menggantikan Ugum.

Semasa kerja-kerja membuat album sulung, Kimung meletakkan jawatannya sebagai pemain bes untuk menumpukan aktivitinya sendiri di luar kumpulan, kemudian jawatannya diambil alih oleh Andris (Forgotten). Namun begitu, Kimung telah mengisi semua trek bes untuk album tersebut, kemudian album sulung yang bertajuk Dua Sisi itu akhirnya dikeluarkan pada tahun 2000.[13] Selepas itu, Burgerkill sempat dicalonkan sebagai kumpulan muzik independent terbaik oleh majalah NewsMusik tahun 2000.[14] Selain Andris, Burgerkill juga menambah seorang ahli kumpulan sebagai gitaris, iaitu Ugum (Disorder Lies), sehingga line up menjadi Ebenz (gitaris), Ivan (vokalis), Toto (pemain dram), Andris (pemain bes) dan gitaris Ugum.[15][8]

Pertengahan Jun 2003, Burgerkill menandatangani kontrak dengan Sony Music Indonesia (SMI), di mana masa itu, kontrak dengan syarikat rakaman bukanlah sebuah keputusan yang popular bagi kugiran yang membesar dari komuniti muzik underground yang penuh dengan kebebasan. Selepas itu Burgerkill melepaskan album studio kedua bertajuk Berkarat.[16] Album studio ini kemudian berjaya memenangkan kategori Best Metal Production dalam Anugerah Musik Indonesia tahun 2004.[17][18]

Masih pada tahun yang sama, tak lama bergabung, Ugum (gitaris) keluar dari kugiran ini secara rasmi, kerana perkara adanya perbezaan muzikaliti dengan konsep muzik Burgerkill, sehinggalah kedudukannya digantikan oleh Agung "Hellfrog". Bersama line up baru inilah Burgerkill lebih produktif dalam bekerja untuk album seterusnya.[19] Namun begitu, pada 2005 line up ini kembali berubah, kerana Toto (dram) yang meninggalkan Burgerkill, sehingga kugiran ini memutuskan untuk menukar line upnya dengan memindahkan Andris dari jawatan bes ke dram dan Burgerkill tetap meneruskan kerja-kerja untuk album ketiga, walaupun bahagian rakaman trek bes dan dram dikerjakan secara serentak oleh Andris, kerana mengejar tarikh akhir yang ditetapkan SMI. Sehingga untuk persembahan muzik secara langsung, Burgerkill menjemput Ramdan Agustiana untuk jawatan bes.[20][8] Selepas mengeluarkan ulang album sulung Dua Sisi pada 2005 (repack), Burgerkill menamatkan kerjasama dengan SMI, kerana tiada persetujuan yang boleh dicapai kedua-dua pihak untuk meneruskan kontrak.[21]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Sekarang[sunting | sunting sumber]

  • Ramdan Agustiana — pemain bes (2007–sekarang)
  • Agung "Hellfrog" Ridho— gitaris (2003–sekarang)
  • Putra Pra Ramadhan — pemain dram (2016–sekarang)
  • Ronald Alexander Radja Haba — vokalis (2021–sekarang)

Bekas ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Ivan "Scumbag" Firmansyah — vokalis (1995–2006; meninggal 2006)
  • Kudung — pemain dram (1995–1996)
  • Kimung — pemain bes (1995–2000)
  • Ugum — gitaris (1998–2002)
  • Toto Supriatin — pemain dram (1996–2005)
  • Andris — pemain bes (2000–2005), pemain dram (2005–2016)
  • Vicky Mono — vokalis (2007–2021)
  • Aries "Ebenz" Tanto — gitaris (1995–2021; meninggal 2021)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Dua Sisi (2000)
  • Berkarat (2003)
  • Beyond Coma and Despair (2006)
  • Venomous (2011)
  • Adamantine (2018)

EP[sunting | sunting sumber]

  • Revolt! EP (1997)
  • Threeway Split Release EP (1999)
  • Dua Sisi Repacked EP (2005)
  • Killchestra EP (2020)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Revolt!" (1997)
  • "Offered Sucks" (1997)
  • "Myself" (1997)
  • "Tiga Titik Hitam" (2003)
  • "Shadow of Sorrow" (2006)
  • "Under The Scars" (2011)
  • "Only The Strong" (2011)
  • "Pledge To Fight" (2018)
  • "Integral" (2018)
  • "Undefeated" (2018)
  • "An Elegy" (Killchestra) (2020)
  • "Roar of Chaos" (2022)
  • "Resilient Blood" (2023)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Merlin Alderslade; Eleanor Goodman; Alice Pattillo; Dannii Leivers; Stephen Hill; Briony Edwards; Fraser Lewry (Metal Hammer) (19 Mac 2020). "The 50 best metal bands of all time" (dalam bahasa Inggeris). Loudersound. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2020. Dicapai pada 8 September 2021.
  2. ^ Andreas, Kevin (23 Mac 2020). "Burgerkill Masuk Daftar 50 Band Metal Terbaik Dunia" (dalam bahasa Indonesia). ussfeed.com. Dicapai pada 8 September 2021.
  3. ^ Winda Destiana Putri (4 Ogos 2015). "Burgerkill Guncang Wacken Open Air Festival Jerman" (dalam bahasa Indonesia). Republika. Dicapai pada 8 September 2021.
  4. ^ Yanuar, Elang Riki (20 Ogos 2020). Cecylia Rura (penyunting). "Burgerkill Berikan Sensasi Baru Nikmati Musik Metal di Album Killchestra" (dalam bahasa Indonesia). Medcom.id. Dicapai pada 5 September 2021.
  5. ^ Kimung 2007, m/s. 42, 62.
  6. ^ "Jalan Panjang Burgerkill Berkiprah di Musik Metal Indonesia". Superlive.id (dalam bahasa Indonesia). 13 Oktober 2020. Dicapai pada 8 September 2021.
  7. ^ Kimung 2007, m/s. 73.
  8. ^ a b c d Bahar, Alvin (28 Januari 2018). "Ini Dia Kisah Panjang Burgerkill Dari Awal Berdiri Hingga Sekarang" (dalam bahasa Indonesia). Hai. Dicapai pada 8 September 2021.
  9. ^ Sakrie 2015, m/s. 153.
  10. ^ Idhar Resmadi (27 Mei 2019). Based on a True Story: Pure Saturday (dalam bahasa Indonesia). Kepustakaan Populer Gramedia. m/s. 174. ISBN 6-0248-1148-9. OL 30979222M.
  11. ^ "Burgerkill". Bicara Musik (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 Januari 2023.
  12. ^ Threeway Split Release di Discogs
  13. ^ Dopehead (12 Februari 2015). "Berawal dari sebuah Studio Rekaman, menjadi salah satu Distro Senior di kota Bandung". Djarum Coklat (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 Januari 2023.
  14. ^ "14 Band Indie Dengan Penjualan Album Terbaik". DCDC (dalam bahasa Indonesia). 10 Februari 2014. Dicapai pada 20 Januari 2023.
  15. ^ Windy Eka Pramudya (31 Mei 2016). "Ini Alasan Abah Andris Keluar dari Burgerkill". Pikiran Rakyat (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 22 Januari 2023.
  16. ^ Sartono 2022, m/s. 231.
  17. ^ bbn/ema (2 Mac 2008). "Burgerkill: Tak ada Pentas, Diskusi pun Jadi" (dalam bahasa Indonesia). Detik.com. Dicapai pada 3 September 2021.
  18. ^ @burgerkill (September 9, 2011). "Akhirnya album "Berkarat" berhasil terpilih sebagai penerima AMI Awards 2004 untuk kategori Best Metal Production" (Twit) – melalui Twitter.
  19. ^ Kimung 2007, m/s. 206, 220.
  20. ^ Kimung 2007, m/s. 51.
  21. ^ Robin Malau (16 April 2012). "Bagaimana Band Bisa Memutus Kontrak Dengan Major Label?". Robin Malau (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 8 September 2021.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]