Burung Botak Kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burung Botak Babi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Botak Kecil
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Ciconiiformes
Famili: Ciconiidae
Genus: Leptoptilos
Spesies: L. javanicus
Nama binomial
Leptoptilos javanicus
Horsfield, 1821
Perincian kepala

Burung Botak Kecil, Leptoptilos javanicus, merupakan sejenis burung randuk yang besar daripada famili Ciconiidae. Nama saintifiknya Leptoptilos javanicus[1]. Ia juga dikenali sebagai burung Botak Babi dan merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. [2]

Spesies ini merupakan spesies yang tersebar luas dan membiak tetap di selatan Asia dari timur India ke keselatan China dan pulau Jawa. Populasi burung Botak Besar tersebar selepas musim membiak.. Menurut statistik Majlis Pemuliharaan Burung, Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia, adanya 250 ekor Burung Botak di Malaysia, dengan 66 ekor terdapat di negeri Johor. [3]

Burung botak ini memiliki paruh berbentuk baji yang besar, kepala togel, dan saku leher yang jelas. Semasa siang hari, ia melayang di lapisan haba bersama-sama pemangsa yang mereka berkongsi kelakuan memakan bangkai. Ia makan terutamanya pada bangkai dan najis; bagaimanapun mereka sentiasa mengambil peluang dan kadang kala memburu vertebrates. Nama Inggeris diambil dari langkah "ketenteraan" kaku apabila berjalan di tanah.

Burung Botak merupakan burung yang besar, biasanya setinggi 110–120 cm (43–48 inci), seberat sekitar 5 kg (11 paun) dan memiliki lebar sayap 210 cm (83 inci). Ia bagaimanapun,ahli terkecil dalam genus Leptoptilos. Bahagian atas badan dan sayap adalah hitam, tetapi perut dan bawah ekor bewarna putih. Kepala dan leher togel seperti burung pemakan bangkai burung hering. Paruhnya pucat, panjang, dan tebal. Burung muda merupakan versi lebih muram burung yang matang.

Kebanyakan burung pucung terbang dengan leher mereka menjulur, tetapi tiga spesies Leptoptilos menarik leher mereka ketika terbang, kemungkinannya disebabkan paruh mereka yang berat.[4] Ketika berjalan di tanah, ia memiliki langkah berbaris dari mana nama Inggeris "adjutant" di ambil.[5]

Burung Botak membiak di kawasan berpaya di tanah rendah tropika. Ia membina sarang ranting pada pokok. Ia sering bersarang beramai-ramai dan membentuk koloni-koloni kecil.

Kelakuan dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Kajian fotografik mengenai langkah "tentera" oleh Eadweard Muybridge[6] (circa 1887)

Burung Botak Besar biasanya dilihat seekor atau dalam kawanan kecil ketika ia mengendap sekitar tasik cetek atau dasar tasik mengering dan tempat sampah. Ia kadang kala dijumpai seiring dengan burung ("kite") dan kadang-kala duuduk membongkok untuk tempoh yang lama.[4] Burung Botak Besar juga mungkin mengembangkan kepak mereka agak lama, kemungkinannya untuk mengawal suhu badan mereka.[7] Mereka melayang menggunakan lapisan haba menggunakan sayap kembang besar mereka.[8]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Gambaran 1855 menunjukkan burung botak memburu ular.

Burung Botak merupakan haiwan maserba dan sunggupun kebanyakan masa memakan bangkai, ia kadang-kala memburu katak dan serangga besar, dan malah memburu burung kecil, reptilia, dan cencorot. Ia diketahui menyerang itik liar yang dalam jangkauannya dan menelannya bulat-bulat.[9] Makanan utama mereka adalah daging bangkai yang reput dan sebagaimana kepala dan lehar botak vultur, kebotakan mereka merupakan satu penyesuaian anatomi. Ia sering didapati di atas pembuangan sampah dan akan makan kumbahan haiwan dan manusia.[10]


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. (Bahasa Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC
  2. Natural History Drawings: The Complete William Farquhar Collection : Malay ...
  3. Makanan untuk burung-burung, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Malaysia.
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pcr tidak disediakan
  5. Ali, S.; S. D. Ripley (1978). Handbook of the birds of India and Pakistan 1 (edisi ke-2). Oxford University Press. ms. 105–107. ISBN 0195620631. 
  6. Animal locomotion. The Muybridge work at the University of Pennsylvania. Method and results.. J B Lippincott Company, Philadelphia. 1888. ms. 101. 
  7. Kahl, MP (1971). "Spread-wing postures and their possible functions in the Ciconiidae". The Auk 88 (4): 715–722. 
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fbi1 tidak disediakan
  9. Panday, Jamshed D. (1974). "Storks preying on live birds". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 71 (1): 141. 
  10. Irby, L. H. (1861). "Notes on birds observed in Oudh and Kumaon". Ibis 3 (2): 217–251. doi:10.1111/j.1474-919X.1861.tb07456.x. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]