Burung Pikau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Pikau
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Galliformes
Famili: Phasianidae
Genus: Coturnix
Spesies: C. chinensis
Binomial: Coturnix chinensis
Coturnix chinensis

Burung Pikau (bahasa Inggeris: Asian Blue Quail atau Chinese Painted Quail) ialah burung dalam order Galliformes dan tergolong dalam famili yang sama dengan kuang bayas. Spesies ini ialah "burung puyuh benar" yang terkecil dan yang agak biasa diternakkan dalam bidang avikultur di seluruh dunia. Taburannya di kawasan-kawasan liar terbentang dari Asia tenggara ke Oceania dengan 10 subspesies yang berbeza. Nama saintifiknya Coturnix chinensis.[1]


Avikultur[sunting | sunting sumber]

Burung Pikau telah menjadi amat popular untuk diternakkan dan dibiak, dengan banyak mutasi diperkembangkan. Burung ini agak tahan lasak sebaik sahaja ia telah menyesuaikan diri dengan persekitarannya dan akan mengekalkan kebersihan lantai lau burung. Kos untuk membeli dan memeliharanya sangat murah.

Burung Pikau ialah pembiak hiperaktif dan membiak pada kadar yang luar biasa. Seekor burung betina boleh mengeluarkan sebiji telur setiap hari jika diberikan diet yang wajar. Burung betina juga mengeluarkan bunyi "berkokok" yang lembut untuk menarik pasangan. Burung Pikau tidak memerlukan banyak masa untuk makan dan minum, dan hanya memerlukan sangkar burung yang lebih kurang dua kaki panjangnya untuk membiak, tetapi memerlukan tiga kali lebih banyak ruang untuk hidup biak serta untuk mengelakkan perlawanan. Telurnya boleh diramkan dengan mudah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]