Taksonomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taksonomi (daripada Yunani τάξις tassein, iaitu pengelasan dan νομία nomia, iaitu kaedah) [1] yang merujuk kepada:

  • sains pengelasan hidupan (sila lihat taksonomi alfa)
  • sistem pengelasan dalam sebilangan bidang yang lain.

Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsip-prinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi.

Keabstrakan dan hierarki[sunting | sunting sumber]

Taksonomi-taksonomi sering mempunyai struktur hierarki. Bagaimanapun, taksonomi boleh juga merujuk kepada skim-skim perhubungan, selain daripada hierarki, umpamanya struktur rangkaian.

Taksonomi-taksonomi yang lain termasuk anak tunggal yang mempunyai induk berbilang, misalnya, "kereta" mungkin mempunyai dua induk, iaitu "Kenderaan" dan "Mekanisme Keluli"; bagaimanapun, bagi sebilangan orang, ini hanya bermaksud bahawa 'kereta' merupakan sebahagian daripada beberapa taksonomi yang berbeza. Satu taksonomi mungkin merupakan satu susunan yang mudah untuk mengumpulkan benda-benda, atau satu senarai berabjad. Untuk kegunaan "pengurusan pengetahuan" yang terkini, taksonomi telah diperlihatkan sebagai sesuatu yang sempit sedikit, berbanding ontologi.

Dari segi matematik, taksonomi yang berhierarki adalah satu struktur pohon bagi mengelaskan satu set benda. Di atas struktur ini terdapat satu kelas tunggal, iaitu nod akar, yang digunakan untuk semua objek. Nod-nod di bawah akar ini ialah kelas-kelas yang lebih khusus dan digunakan untuk subset-subset bagi semua benda yang dikelaskan. Umpamanya, bagi skim-skim pengelasan saintifik yang umum untuk organisma-organisma, akarnya ialah organisma (oleh sebab ini digunakan untuk semua hidupan). Di bawahnya ialah domain, alam, filum, kelas, susunan, famili, genus, dan spesies, dengan taraf yang lain kekadangnya disisip.

Taksonomi dan pengelasan mental[sunting | sunting sumber]

Sesetengah orang memperdebatkan bahawa akal manusia menyusun pengetahuan dunia dalam sistem-sistem tersebut secara automatik. Pandangan ini adalah berdasarkan epistemologi Immanuel Kant. Ahli-ahli antropologi telah memperhatikan bahawa, secara amnya, taksonomi terbenam dalam kebudayaan tempatan dan sistem-sistem sosial, dan telah dipergunakan untuk pelbagai fungsi sosial.

Mungkinnya, kajian yang paling terkenal dan berpengaruh untuk taksonomi folk ialah Bentuk Asas Kehidupan Beragama yang dibuat oleh Emile Durkheim. Teori-teori Kant dan Durkheim juga mempengaruhi Claude Levi-Strauss, pengasas strukturalisme antropologi. Levi-Strauss telah menulis dua buah buku taksonomi yang penting, iaitu Totemisme dan Akal Buas.

Pengelasan organisma[sunting | sunting sumber]

Pengelasan biologi adalah satu langkah penting dalam proses taksonomik yang ia memberitahu pengguna apa kaitan takson dihipotesis sebegitu. Walaupun disiplin taksonomi sendiri tidak berurusan dengan penyelidikan bagaimana taksa berkaitan antara satu dengan lain dijalankan, ia ada menjadi penghubung antara keputusan itu dengan pengguna. Ia menggunakan tahap, termasuk antara lain (dari yang paling menyeluruh ke yang kurang menyeluruh): Domain, Alam, Filum, Kelas, Order, Keluarga, Genus dan Spesis, untuk melakukan ini.


Filogenetik[sunting | sunting sumber]

Taksonomi berangka[sunting | sunting sumber]

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Taksonomi-taksonomi seperti yang dianalisis oleh Durkheim dan Lévi-Strauss kekadangnya dipanggil taksonomi folk untuk membezakannya daripada taksonomi saintifik yang mendakwa bahawa sistem-sistemnya telah diasingkan daripada perhubungan sosial dan oleh itu, adalah objektif dan sejagat.

Folksonomi yang merupakan neologisme yang baru, harus tidak dikelirukan dengan Taksonomi Folk (walaupun perkataan itu jelas merupakan satu penyingkatan untuk dua patah perkataan itu). Mereka yang menyokong taksonomi saintifik baru-baru ini telah mengkritikkan folksonomi dan menggelarkannya sebagai fauksonomi.

Frasa taksonomi syarikat digunakan dalam perniagaan untuk memerihalkan suatu bentuk taksonomi yang amat terhad dan hanya digunakan di dalam sebuah pertubuhan.

Bidang untuk menyelesaikan persamaan berangka yang menyifatkan semua kuantiti boleh ukur bagi satu set benda dipanggil analisis gugusan; ini adalah satu bentuk taksonomi yang dipanggil taksonomi berangka atau taksimetrik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Harper, Douglas. "Taxonomy". Online Etymology Dictionary. Diperolehi pada Jan 26, 2013. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]