Burung Pungguk Jelapang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Pungguk Jelapang
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Strigiformes
Keluarga: Tytonidae
Genus: Tyto
Spesies: T. alba
Nama binomial
Tyto alba
(Scopoli, 1769)
Global distribution of Tyto alba
Sinonim

Lechusa stirtoni Miller, 1956
Strix alba Scopoli, 1769
Strix pratincola

Burung Pungguk Jelapang atau Burung Hantu Kubur (bahasa Inggeris: Common Barn Owl ) ialah burung hantu dalam famili Tytonidae. Nama saintifik Burung Hantu Kubur ialah Tyto alba.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Chouette crâne (2).jpg

Burung Hantu Kubur berwarna pucat, dan mempunyai kaki dan sayap yang panjang. Kakinya antara 33–39 sentimeter panjangnya, dengan rentang sayap sebanyak 80–95 sentimeter.

Terdapat sebilangan subspesies yang berbeza dari segi warna bahagian bawahnya. Umpamanya, T. a. alba daripada Eropah barat berwarna hampir putih tulen pada bahagian bawahnya, tetapi T. a. guttata daripada Eropah tengah berwarna jingga. Bentuk-bentuk daripada Australia, Melanesia, dan Pasifik merupakan satu spesies yang berasingan, iaitu T. (alba) delicatula (bahasa Inggeris: Eastern Barn Owl). Semua kaum Burung Hantu Kubur berwarna kelabu dan kuning tanah pada bahagian atas.

Burung Hantu Kubur kekadang dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai "monkey-faced owl" atau "burung hantu muka monyet" disebabkan oleh rupanya.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Taburan Burung Hantu Kubur

Burung Hantu Kubur hidup di seluruh dunia dan di setiap benua, kecuali Antartika. Ia adalah burung kawasan desa yang terbentang seperti tanah ladang, dan lebih suka memburu di sepanjang pinggir hutan kecil. Burung ini agak sedentari dan nokturnal atau krepuskul.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Burung Hantu Kubur terbang meliang-liuk dengan mudah sekali di atas padang rumput ternak atau kawasan-kawasan pemburuan yang serupa. Ia makan vol (rodensia yang rupanya seolah-olah tikus), katak, dan serangga, dan merupakan burung yang bernilai dari segi ekonomi kerana ia memangsakan perosak-perosak seperti tikus, tikus kesturi dan mole. Supaya dapat mengawal rodensia-rodensia, para petani seringnya menggalakkan penghabitatan Burung Hantu Kubur dengan memberikan tapak-tapak sarang seperti kotak sarang kayu atau tong dram yang diletakkan pada sisinya di dalam bangsal. Burung dewasa akan makan lebih kurang tiga ekor tikus sehari. Sepasang burung hantu ini yang membesarkan 3-5 ekor anak akan makan lagi banyak ekor rodensia.

Selain daripada penyeksaan oleh manusia, Burung Hantu Kubur tidak mempunyai banyak pemangsa, walaupun burung-burung hantu yang besar seperti Bubo bubo (bahasa Inggeris: Eurasian Eagle Owl ) dan Bubo virginianus (Great Horned Owl ) akan membunuh spesies-spesies yang lebih kecil sebaik saja ada peluang. Apabila ditangkap atau dikepung, Burung Hantu Kubur akan menelentang dan tergapai-gapai dengan kaki-kakinya yang bercakar tajam sebagai pertahanan yang berkesan.

Burung Hantu Kubur mempunyai teriakan shreee yang ketara dan yang menyakitkan telinga pada jarak yang dekat. Burung ini juga berdesis seolah-olah cerek stim. Bertentangan dengan kepercayaan yang umum, burung ini tidak berbunyi "tu-whit to-whoo".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BirdLife International (2004). Tyto alba. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 11 Mei 2006. Database entry includes justification for why this species is of least concern

Pautan luar[sunting | sunting sumber]