Cacatua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cacatua
Cacatua galerita
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Burung
Order: Psittaciformes
Superkeluarga: Cacatuoidea
Keluarga: Cacatuidae
Subkeluarga: Cacatuinae
Tribus: Cacatuini
Genus: Cacatua
Vieillot, 1817
Spesies

11, lihat teks

Cacatua adalah satu genus kakaktua yang ditemui bermula di Filipina dan timur Wallacea sehingga ke Kepulauan Solomon dan selatan Australia. Ia memiliki bulu berwarna putih (beberapa spesies memiliki warna merah jambu atau kuning), sebuah jambul yang mengagumkan dan paruh berwarna hitam (subgenus Cacatua) atau pucat (subgenus Licmetis). Pada hari ini, beberapa spesies dalam genus ini diancam kepupusan di sebabkan sama ada kehilangan habitat atau penangkapan burung liar bagi tujuan perdagangan. Kakaktua Mata Biru, Kakaktua Maluku dan Kakaktua Payung dianggap sebagai spesies Terjejas, Kakaktua Dubur Merah dianggap Terancam, dan Kakaktua Jambul Kuning dianggap Terancam Teruk.

Genus ini pertama kali diperincikan oleh Brisson pada tahun 1790, dengan Kakaktua Putih (Cacatua alba) didesignasikan sebagai spesies jenis. Georges Cuvier mentakrifkan genus Kakatoe pada tahun 1800, dengan Kakaktua Dubur Merah (C. haematuropygia) sebagai satu jenis, dan beberapa buku-buku burung yang lebih lama menggunakan nama yang kedua. Mayr, Keast dan Serventy mengesahkan Cacatua pada tahun 1964, dan menggugurkan nama Kakatoe.[1]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Juniper, T., & M. Parr (1998). A Guide to the Parrots of the World. Pica Press, East Sussex. ISBN 1-873403-40-2