Galah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Galah
Burung jantan di Tasmania, Australia
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Burung
Order: Psittaciformes
Superfamili: Cacatuoidea
Famili: Cacatuidae
Subfamili: Cacatuinae
Tribus: Cacatuini
Genus: Eolophus
Bonaparte, 1854
Spesies: E. roseicapilla
Nama binomial
Eolophus roseicapilla
Vieillot, 1817
Taburan populasi Galah (warna merah; sepanjang tahun)
Sinonim

Cacatua roseicapilla Templat:Taxobox authority

Galah (pron.: /ɡəˈlɑː/), Eolophus roseicapilla, juga dikenali sebagai Kakaktua Dada Ros, Kakaktua Galah, Kakaktua Roseate atau Merah Jambu dan Kelabu, adalah salah satu burung kakaktua yang biasa ditemui dan paling meluas populasinya di tanah besar Australia.

Galah berasal dari tanah besar Australia sebelum dibawa masuk ke Tasmania,[1] di mana warna bulu merah jambu dan kelabu yang terang serta kemampuannya untuk membuat bunyi yang kuat merupakan pemandangan yang biasa di belukar dan kini merebak ke kawasan bandar. Ia seolah-olah mendapat manfaat dari perubahan lanskap sejak penjajahan orang Eropah dan mungkin akan mengantikan Kakaktua Mejar Mitchell di sebahagian kawasan taburannya.

Istilah galah terbit dari perkataan gilaa, sebuah perkataan yang ditemui dari Yuwaalaraay dan bahasa-bahasa orang asli yang berhampiran.[2]

Perincian[sunting | sunting sumber]

Seekor E. r. roseicapillus di atas pokok wattle (Acacia saligna). Perth, Australia Barat.

Galah bersaiz sekitar 35 sm (14 in) panjang dan mempunyai berat 270–350 g. Ia mempunyai warna bulu kelabu cair ke sederhana kelabu di bahagian belakang, kelabu cair di bonggol, merah jambu pada muka dan dada, dan merah jambu cair pada jambul. Paruhnya dan cincin matanya berwarna seperti warna tulang. Kakinya pula berwarna kelabu. Penampilan luar bagi burung betina dan jantan asalah sama, bagaimanapun jantina bagi burung dewasa boleh dikenali berdasarkan warna anak mata; jantan mempunyai anak mata berwarna kelabu gelap (hampir hitam) manakala betina pula mempunyai warna merah. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Department of Primary Industries, Parks, Water and Environment
  2. Dixon et al. (2006): p. 84.
  3. Forshaw (2006). plate 3."
  • Brown, D.M. & Toft, C.A. (1999): Molecular systematics and biogeography of the cockatoos (Psittaciformes: Cacatuidae). Auk 116(1): 141–157.
  • Flegg, Jim (2002): Photographic Field Guide: Birds of Australia. Reed New Holland, Sydney & London. ISBN 1-876334-78-9
  • Forshaw, Joseph M. & Cooper, William T. (2002): Australian Parrots (3rd ed.). Alexander Editions. ISBN 0-9581212-0-6
  • Frith, Harold James & Watts, Betty Temple (1984): Birds in the Australian High Country. Angus & Robertson, London. ISBN 0-207-14464-8

Petikan teks[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]