Catullus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Catallus

Gaius Valerius Catullus (k.k. 84 SM – k.k. 54 SM) ialah salah satu daripada pemuisi Rom yang paling terpengaruh. Karyanya masih dikaji secara meluas, dan pengaruhnya masih dapat dilihat dalam puisi kini dan bentuk seni yang lain.


Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak diketahui tentang kehidupan Catallus. Kebanyakan sumber, termasuk Suetonius dan pemuisi Ovid (Amores III.XV), bersetuju bahawa beliau dilahirkan di Verona atau tempat berhampiran, walalupun Bukit Palatine di Rom telah disebut sebagai satu locus nascendi (tempat kelahiran) yang mungkin. Keluarganya adalah salah satu daripada keluarga penunggang kuda di Verona, tetapi beliau tinggal di Rom untuk kebanyakan hidupnya. Pada tahun 57 SM, Catullus mengiringi kawannya, Memmius, ke Bithynia ketika Memmius dilantik sebagai propraetor di sana. Jawatan politik Catallus yang tunggal adalah sebagai kakitangan gabenor Bithynia selama setahun.

Tidaklah pasti bila Catullus meninggal dunia. Sesetengah sumber mengatakan bahawa beliau maut, akibat keletihan, ketika berumur tiga puluh tahun. Secara tradisi, beliau dianggap hidup dari 84 SM hingga 54 SM; tarikh-tarikh ini didasarkan pada kilasan puisinya. Puisi-puisinya kemudian dihargai oleh para pemuisi dan ahli intelek, tetapi ahli-ahli politik seperti Cicero benci akan karya Catullus disebabkan apa yang dikatakan ketidakmoralan karya-karyanya itu.

Catullus tidak pernah dianggap sebagai pengarang aliran fikiran berkanun. Bagaimanapun, beliau amat mempengaruhi pemuisi-pemuisi yang kemudian, termasuk Ovid, Horace, serta juga Virgil; selepas penemuan semula karya-karyanya pada Zaman Pertengahan, Catullus sekali lagi memperoleh peminat-peminat. Bagaimanapun, gaya penulisannya sering amat berterus terang dan memeranjatkan banyak pembaca, baik kuno mahupun moden. Sehingga baru-baru ini, tidaklah mudah untuk mencari terjemahan yang serupa eksplisit bagi sebilangan puisinya. Bagaimanapun, Jacob Rabinowitz telahpun memulihkan keadaan ini.

Puisi[sunting | sunting sumber]

Sumber dan organisasi[sunting | sunting sumber]

Puisi-puisi Catullus telah dipeliharakan dalam tiga manuskrip yang disalin daripada satu (atau dua) salinan manuskrip hilang yang ditemui pada sekitar 1300. Ketiga-tiga manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Negara di Paris, Perpustakaan Bodley di Oxford, dan Perpustakaan Vatican di Rom. Manuskrip-manuskrip ini mencatat karya-karya Catullus dalam sebuah antologi yang terdiri daripada 116 karmina. Antologi ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang formal:

  • 60 puisi pendek dalam meter yang berbeza-beza, dan yang digelarkan polimetra;
  • lapan puisi yang lebih panjang; dan
  • 48 epigram.

Tidak terdapatnya sepersetujuan cendekiawan tentang adakah Catullus yang sendiri menyusunkan puisi-puisinya atau tidak, walaupun sesetengah cendekiawan memperdebatkan bahawa beliau adalah yang menyusunkannya. Puisi-puisi yang lebih panjang berbeza dengan polimetra dan epigram, bukan sahaja dari segi panjang tetapi juga dari segi kandungannya: Terdapat tujuh gita puja dan satu epik mini, atau epilion yang merupakan bentuk yang amat dihargai oleh "pemuisi-pemuisi baru".

Polimetra dan epigram dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan tema yang utama (tidak termasuk sebilangan puisi yang agak besar yang tidak dapat dikategorikan):

  • puisi-puisi kepada dan mengenai kawan-kawan (umpamanya, jemputan seperti puisi 13).
  • puisi-puisi erotik: sesetengahnya adalah mengenai kegemaran homoseksual (Catullus 50 dan 98), tetapi kebanyakannya adalah mengenai wanita, terutamanya "Lesbia" (puisi yang menghormati Sappho dari Lesbos, seorang pemuisi wanita yang merupakan sumber dan ilham bagi kebanyakan puisinya); ahli-ahli filologi telah amat berusaha untuk menemui identiti Lesbia yang sebenar, dan banyak daripada mereka telah menyimpul bahawa Lesbia ialah Clodia, kakak (atau adik) kepada Publius Clodius Pulcher yang terdahsyat, serta seorang wanita yang melakukan persetubuhan secara rambang, tetapi pengenalpastian ini mendasarkan andaian-andaian yang agak lemah. Kesemua 116 puisi Catullus menunjukkan berbagai-bagai emosi terhadap Lesbia yang kekadang kelihatan bercanggah, termasuk cinta, kesedihan dan kekecewaan, serta sindiran yang pahit.
  • Caci maki: Sesetengah puisi Catullus yang seringnya biadab dan kekadangnya betul-betul lucah ditujukan kepada kawan-kawannya yang menjadi pengkhianat (umpamanya puisi 30) serta kendak-kendak Lesbia yang lain. Bagaimanapun, banyak pemuisi yang terkenal, ahli politik (seperti Julius Caesar), dan ahli pidato yang asyik berbahasa retorik, termasuk Cicero, juga dibelasah. Bagaimanapun, kebanyakan daripada puisi-puisi ini bersifat lucu, dan bisa serangannya disembunyikan dengan licik. Umpamanya, Catullus menulis sebuah puisi yang memperolok-olokkan seorang berketurunan bekas abdi yang suka menunjuk-nunjuk, dan yang suka menekankan sebutan huruf "h" dalam ucapannya kerana penambahan H yang tidak diperlukan kepada perkataan-perkataan seperti insidias (serang hendap) menyebabkannya berbunyi lebih serupa dengan orang Yunani terpelajar.
  • Takziah: Sesetengah puisi Catullus sebenarnya bersifat serius. Puisi Catullus 96 menenangkan hati seorang kawan atas kematian orang kesayangannya (barangkali isteri atau perempuan simpanan), sedangkan banyak yang lain, terutamanya 101, meratapi kematian abang (atau adik)nya yang disayangi.

Kesemua puisi ini memerihalkan gaya hidup Epikurus yang diamalkan oleh Catullus dan kawan-kawannya yang berhidup secara berasingan daripada bidang politik, walaupun Cattalus pernah menyandang jawatan politik sementara di Bithynia. Mereka lebih minat akan puisi dan cinta.

Antara semua sifatnya, Catullus kelihatan mengutamakan venustus, atau daya tarikan, dalam pergaulan dengan teman-teman, satu tema yang beliau menjelajah dalam sebilangan puisinya. Konsep Rom kuno terhadap virtus (iaitu kebaikan yang harus dibuktikan dengan kerjaya politik atau tentera) yang Cicero menyarankan sebagai penyelesaian untuk masalah-masalah masyarakat Republik Rom, tidak mempunyai banyak makna kepada beliau dan teman-temannya. Bagaimanapun, apa yang ditolak Catallus bukannya tanggapan-tanggapan tradisional, tetapi cuma penggunaannya yang dimonopoli untuk vita activa politik dan perang. Sudah tentu, beliau cuba mereka semula tanggapan-tanggapan ini dari sudut pandangan peribadi untuk memperkenalkannya dalam perhubungan manusia. Umpamanya, beliau mempergunakan perkataan fides yang secara tradisi bermaksud "kesetiaan kepada sekutu politik" kepada hubungannya dengan Lesbia dan mentafsirkan semula perkataan itu sebagai "kesetiaan cinta yang tidak bersyarat". Oleh itu, walaupun gaya hidup Catullus kelihatan gemar bersuka-suka, beliau mengukur diri dan kawan-kawannya dengan piawai-piawai yang agak hebat.

Pengaruh intelek[sunting | sunting sumber]

Puisi Catullus amat dipengaruhi oleh neoteroi, atau "pemuisi baru" Yunani. Callimachus mempengaruhi Catullus dengan gaya puisi barunya yang sengaja menyimpang daripada puisi epik klasik dalam tradisi Homer. Catullus dan Callimachus tidak memerihalkan pencapaian wira dan dewa yang menakjubkan (kecuali mungkin dalam penilaian semula dan dalam keadaan yang lebih bersifat kesenian, seperti puisi 63 dan 64), tetapi sebaliknya menumpukan kepada tema peribadi yang kecil. Walaupun kekadangnya, puisi-puisi Catullus kelihatan cetek dan perkara-perkaranya sering hanya mengenai perkara harian, karya-karya itu adalah karya seni yang ulung. Beliau memerihalkan karyanya sebagai ekspolitum, iaitu halus, bagi menunjukkan bahawa bahasa yang digunakannya adalah ditulis secara artistik serta dengan teliti.

Catullus adalah peminat Sappho, pemuisi wanita abad ke-7 SM, dan karya-karya Catullus adalah sumber untuk kebanyakan yang kita mengetahui atau dapat membuat kesimpulan tentang Sappho. Catullus 51 ialah terjemahan Sappho 31, dan Catullus 61 serta 62 sudah pastinya diilhami oleh dan mungkin juga diterjemahkan secara langsung daripada karya-karya Sappho yang hilang. Catullus 61 dan 62 ini adalah epitalamium, sejenis puisi perkahwinan berupa pujian atau erotik yang Sappho amat terkenal tetapi tidak lagi popular dalam abad-abad yang berselang. Catullus kekadang menggunakan meter yang dikembangkan oleh Sappho dan yang digelarkan strofa Sappho. Sebenarnya, beliau mungkin menyebabkan sebahagian besar pemulihan bentuk puisi ini di Rom.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: