Charok Sebapin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charok Sebapin
Caruk Sebapin
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Ketapang
 • lokasibarat laut Kampung Pumok
 • ketinggian220 meter (721.8 ka)
MuaraSungai Agon 
 • lokasi
Kampung Pumok
 • koordinat
6°23′28″N 100°39′32″E / 6.39112°N 100.65897°E / 6.39112; 100.65897Koordinat: 6°23′28″N 100°39′32″E / 6.39112°N 100.65897°E / 6.39112; 100.65897
 • ketinggian
131 meter (429.8 ka)
PanjangTidak diketahui
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai AgonSungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Sistem sungaiLembangan Sungai Kedah
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Charok Sebapin (Jawi: چاروق سباڤين), atau juga dikenali sebagai Caruk Sebapin merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[1] Charok Sebapin mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Ketapang dan tamat di pertemuan Sungai Agon.[2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Charok Sebapin telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey). Nama Charok Pasu turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945, berskala 1:63,360, di rujukan grid RG3688 (dengan nama C. Sebapin).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Charok Sebapin pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°24′N 100°39′E / 6.400°N 100.650°E / 6.400; 100.650.[1]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Charok Sebapin berpunca di Bukit Ketapang (atau Bukit Kaptnang), dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 220 meter (721.8 ka). Sumber sungai Charok Sebapin terletak hanya di barat laut kawasan perkampungan Kampung Pumok, dan tenggara dari Kampung Kelian Pintu Wang di Mukim Batang Tunggang Kiri, dan terletak berdekatan dengan sumber saliran lain seperti Charok Batu Hitam. Charok Sebapin akan membuat pergerakan dengan ke arah tenggara, di samping menelusuri kawasan perhutanan kelas Hutan Dipterokarpa Pamah. Charok Sebapin akan tamat di pertemuan antara Sungai Agon, di sebuah tanah perkuburan Kampung Pumok, di ketinggian dari aras laut iaitu 131 meter (429.8 ka).[3][4]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Charok Sebapin merupakan salah satu sungai dalam sistem Lembangan Sungai Kedah dalam sub-lembangan Sungai Padang Sanai.[2] Menurut peta FMS Survey, terdapat lapan sungai tanpa nama bermuara di Charok Sebapin. Kesemua anak sungai Charok Pasu adalah berpunca daripada Bukit Ketapang.[3][4]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar lembah Charok Sebapin perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[5][6] Kawasan lembah Charok Sebapin dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur aduk kegunaannya merangkumi industri pertanian, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[7][8] Dalam peta 1945, berhampiran muara Charok Sebapin terletak sebuah tanah perkuburan penduduk Kampung Pumok dan juga terdapat kawasan perumahan penduduk setempat. Di lengkungan Charok Sebapin sebelum hilirnya, kawasan ini telah dijadikan sebagai kawasan pertanian iaitu penanaman sawah padi yang terbuka atau tidak dipagari, yang ditanam oleh penduduk sekitar.[3][4]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan lembah Charok Sebapin ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di lembah sungai Charok Sebapin pada tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[9][10] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,434 milimeter (95.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Charok Sebapin, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 29 Mac 2023. Dicapai pada 29 Mac 2023.
  3. ^ a b c d Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b c d Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  5. ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  6. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
  7. ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi] (dalam bahasa Inggeris). NASA/MODIS. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  8. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Klian Pintu Wang, Kedah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  10. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.