Cheras, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°06′26″N 101°42′59″E / 3.107178°N 101.71649°E / 3.107178; 101.71649Map

Untuk daerah pentadbiran Cheras yang terletak di Selangor, sila rujuk Mukim Cheras. Untuk terminologi biasa, sila rujuk Cheras Selatan
Pandangan langit malam Kuala Lumpur dari Cheras, gambar ini diambil di atas bukit bersempadan dengan Ampang.

Cheras merupakan sebuah pinggir bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bandar ini terletak di tenggara Kuala Lumpur. Cheras juga bersebelahan dengan Ampang ke arah utara dan bersebelahan dengan Kajang ke arah selatan, kedua-duanya merupakan bandar utama di kawasan metropolitan Kuala Lumpur.

Kemudahan sukan[sunting | sunting sumber]

Cheras pernah terlibat dalam menjadi tuan rumah Sukan SEA 1995, dan oleh itu mempunyai banyak kemudahan dan stadium sukan bertaraf antarabangsa, termasuk stadium bola sepak Tun Razak.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Cheras mempunyai beberapa stesen LRT. Di laluan Star LRT, terdapat stesen Cempaka dan Pandah Indah. Selain itu, terdapat juga stesen Cheras. Terdapat banyak juga bas yang melalui Cheras. Jalan raya utama di Cheras termasuklah Jalan Cheras, Jalan Cheras-Kajang dan Jalan Cheras-Seremban.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI) terletak di Taman Connaught, Cheras.