Darah Satria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darah Satria
PengarahAziz Sattar
PenulisAziz Sattar
Dihasilkan olehZain & Zaharan
Dibintangi
SinematografiWarna
Disunting olehAziz Ibrahim
Muzik olehPeter Lim
Tarikh tayangan
1983
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Darah Satria merupakan sebuah filem aksi perang Malaysia arahan Aziz Sattar. Ia dibintangi oleh Aman Shah, A.R. Badul, Lydiawati dan ramai lagi. Darah Satria diterbitkan pada 1983 dalam format filem warna.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ariff merupakan seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda (ringkasan - LtM) dalam salah satu batalion dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja. Dia sering terlibat dalam operasi memburu pengganas komunis di hutan belantara.

Dalam kesibukan itu dia sempat berumah tangga bersama rakan sekampung iaitu Rafidah. Namun, isterinya ditinggalkan bersama ibu bapanya kerana dia jarang dapat berada di rumah.

Ariff ada dua orang anak buah di bawah bimbingannya bernama Badol dan Iskandar yang asyik dibuai keseronokan hiburan di luar kem hingga menjejaskan disiplin mereka.

Atas kecemerlangannya dalam menjalankan tugas, dia dinaikkan pangkat ke Leftenan (LT.) yang sebenar. Tetapi sebelum pergi berkursus, dia ingin menjenguk keluarganya dahulu di kampung. Belum sempat dia berehat, dia telah dipanggil semula kembali ke kem kerana ada operasi yang memerlukan dia bersama.

Pertempuran dengan pengganas komunis di hutan menyebabkan Iskandar terkorban. Badol yang berang atas kehilangan kawan karibnya mula membara semangatnya untuk menghapuskan pengganas komunis itu.

Satu jerangkap samar berjaya dikesan, tetapi kecuaian Badol menyebabkan dia terpijak dan sedas letupan kuat berlaku. Leftenan Ariff cuba menyelamatkan Badul, tetapi dia turut cedera parah.

Ariff dan Badul berjaya diselamatkan. Badul mengalami kecederaan ringan, namun malangnya Leftenan Ariff mengalami kecacatan kekal akibat peristiwa itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu tema Darah Satria bertajuk "Darah Satria" nyanyian Samad Haron. Lirik lagu tersebut ditulis oleh Habsah Hassan manakala muziknya pula digubah oleh Roslan Iman.


LIRIK

Lautan luas banjaran gunung

Rezeki nan melimpah

Bawah langitnya kami bernaung

Rasa kasih tercurah


Tanah airku bumi bertuah

Tiada bandingannya

Rela bersatu gading tenaga

Mendaulatkan tenaga


Dengan sepenuh keazaman

Semangatmu nan wajah

Keranamu rela berkorban

Engkaulah pertiwi yang tercinta


Darah satria darah satria

Berkobar di dada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah

Serta sanak saudara

Membuktikan kesetiaan kita pada bumi Malaysia


Darah Satria (3x)

Fakta[sunting | sunting sumber]

  1. Kerana filem Darah Satria membuatkan ramai belia ketika itu menyertai Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan beruniform lain malah lagu ini menjadi siulan pendengar sehingga kini, ia diakui sendiri oleh AR Badul bahawa anaknya Allahyarham Kapten Zahir Armaya menyertai tentera kerana filem lakonannya dan sebelumnya iaitu Prebet Lapok (1979)
  2. Lokasi penggambaran dilakukan di kem Batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kuala Lipis, Pahang, Pangkalan TLDM Lumut, Lumut, Perak dan hutan di Gombak, Selangor. Mereka menggunakan peluru kosong atau 'blank' bagi jayakan babak pertempuran manakala peluru hidup turut digunakan jika ada pergerakan pengganas komunis yang akan menganggu penggambaran selain menggunakan kereta perisai V-150 Commando dan kapal pendarat

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]