David Filo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
David Filo
David Filo.jpg
David Filo, pengasas bersama Yahoo!
Lahir: 20 April 1966 (48 tahun)
Wisconsin, Amerika Syarikat
Pekerjaan: Pengasas bersama dan Ketua Yahoo, Yahoo! Inc.
Gaji: Tidak diketahui
Nilai bersih: USD$2.9 bilion (2006)
Laman sesawang: Laman rasmi

David Filo (lahir 20 April 1966) ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat serta juga pengasas Yahoo! bersama-sama dengan Jerry Yang.

Sehingga Yahoo! memutuskan untuk beralih kepada PHP, Atur Cara Pelayan Filo yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan C merupakan perisian penskripan pelayan yang digunakan untuk menghasilkan laman sesawang boleh ubah (dikenali sebagai Laman Pelayan Filo) secara dinamik sewaktu pengguna Internet mengunjungi laman Yahoo!.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Wisconsin, Amerika Syarikat, Filo berpindah ke Moss Bluff, Louisiana, sebuah subbandar di Tasik Charles, Louisiana, ketika berumur 6 tahun. Beliau tamat persekolahannya di Sam Houston High School lalu memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang kejuruteraan komputer daripada Tulane University menerusi Biasiswa Anugerah Dekan serta juga ijazah Sarjana Sains daripada Stanford University.

Pada 2006, nilai berish Filo dianggar sebagai USD$2.9 bilion dan dengan itu, menempatkannya sebagai orang yang ke-240 terkaya di dunia. Daripada segi kedermawanan, beliau menderma USD$30 juta kepada alma maternya, Tulane University, untuk kegunaan Pusat Pengajian Kejuruteraan.

Isteri Filo ialah jurugambar dan gurunya, Angela Buenning.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]