Jerry Yang (usahawan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jerry Yang
Jerry Yang.jpg
Jerry Yang
Kelahiran 6 November 1968 (45 tahun)
Taipei, Taiwan
Pekerjaan Pengasas bersama, KPE dan Ketua Yahoo! Inc.
Nilai harta
kekayaan
AS$2.2 bilion (2007)[1]
Pasangan Akiko Yamazaki

Jerry Yang Chih-Yuan (lahir 6 November 1968) ialah usahawan Amerika-Taiwan,[2] pengasas bersama Yahoo! Inc dengan David Filo, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (atau Ketua Yahoo, sebagaimana yang digelarnya) untuk syarikat tersebut.

Pada tahun 2007, nilai bersih Yang dianggar pada AS$2.2 bilion dan dengan itu, ditempatkan sebagai orang yang ke-432 terkaya di dunia, menurut majalah Forbes.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di ibu kota Taipei, Taiwan, Yang berpindah ke San Jose, California sewaktu berusia lapan tahun, bersama-sama dengan ibu dan abangnya (atau adik). Bapanya telah meninggal dunia sewaktu Yang berusia dua tahun. Yang mendakwa bahawa sungguhpun ibunya guru bahasa Inggeris, beliau hanya mengetahui satu perkataan Inggeris (iaitu kasut) sewaktu tiba di Amerika. Yang menguasai bahasa Inggeris dalam tempoh tiga tahun lalu menyertai kelas Inggeris Program Penempatan Lanjut (AP: Advanced Placement Program).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bersama-sama dengan David Filo pada April 1994, sewaktu menyertai kursus kejuruteraan elektrik di Stanford University, Yang mencipta sebuah direktori sesawang Internet yang digelar "Jerry and Dave's Guide to the World Wide Web" (Panduan Jaringan Sejagat Jerry dan Daves). Lamannya kemudian dinamai semula sebagai "Yahoo!" (dengan tanda seru). Apabila Yahoo menjadi sangat popular, Yang dan Filo menyedari potensi perniagaannya dan bersama-sama mengasaskan Yahoo! Inc. pada April 1995.[3] Kedua-dua mereka mengambil cuti dan menangguhkan program kedoktoran mereka secara tak terhingga.

Yahoo! bermula sebagai sebuah portal sesawang yang terdiri daripada sebuah direktori sesawang untuk membekalkan berbagai-bagai produk dan perkhidmatan bagi aktiviti dalam talian. Portal itu kini merupakan salah satu jenama internet yang terutama di dunia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Yang berkahwin dengan Akiko Yamazaki yang dibesarkan di Costa Rica dan yang ditemuinya di Stanford University sewaktu Yamazaki menyertai program luar negeri Kyoto pada 1992. Yamazaki memperoleh ijazah kejuruteraan perindustrian daripada Stanford University.

Yang kini merupakan anggota Lembaga Pengarah Alibaba, Dana Pasifik Asia, Cisco, dan Yahoo! Jepun, selain daripada juga merupakan anggota Lembaga Amanah Stanford University.[4]

Kedermawanan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2007, Yang dan isterinya menderma USD$75 juta kepada Stanford University, alma mater mereka, dengan sebahagian besar daripada derma itu diperuntukkan untuk pembinaan "Bangunan Alam Sekitar dan Tenaga Jerry Yang dan Akiko Yamazaki".[5] Bangunan itu yang mempunyai nama samaran "Y2E2" direka bentuk oleh Boora Architects dari Portland, Oregon. Bangunan itu merupakan bangunan penyelidikan, pengajaran, dan makmal berbilang displin yang juga merupakan pusat sedemikian yang pertama dibina di Segi Empat Sains dan Kejuruteraan Standford yang baharu.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

China[sunting | sunting sumber]

Jerry Yang dikritik kerana kenyataannya yang berkenaan dengan peranan Yahoo! dalam penangkapan Shi Tao, wartawan tanah besar China, oleh pihak berkuasa China. Sewaktu di China, Shi Tao mempergunakan alamat e-mel Yahoo untuk memberitahu laman-laman sesawang pro-demokrasi bahawa pemerintahan China telah mengarahkan media China agar tidak membuat liputan tentang Hari Ulang Tahun Ke-15 Bantahan Dataran Tiananmen 1989 pada 4 Jun. Yahoo! membekalkan agensi keselamatan China dengan alamat IP penghantar, penerima dan waktu pesanan. Tao kemudian disabit bersalah kerana "mendedahkan rahsia negara di luar negeri." Yang telah dikutuk teruk oleh Reporters Without Borders yang menggelar Yahoo! sebagai "seorang pemberitahu polis China" yang tindakannya telah mengakibatkan sabitan seorang wartawan dan penulis.

Yang menyatakan, "Untuk berniaga di China atau di mana-mana jua di seluruh dunia, kita perlu mematuhi undang-undang tempatan." Penyataannya itu menimbulkan perbalahan kerana para pengkritik mendakwa bahawa Yahoo! telah melanggar undang-undang antarabangsa serta juga keputusan Kongres Amerika Syarikat 1989 yang melarang sebarang syarikat Amerika Syarikat daripada menjual kelengkapan atau perisian "pengawalan dan pengesanan jenayah" kepada Pemerintahan China.[6]

The New York Times melaporkan bahawa tahanan politik Wang Xiaoning dan wartawan yang lain telah mengambil tindakan guaman sivil terhadap Yahoo kerana dikatakan membantu dan bersuhabat dengan pemerintahan China yang mengakibatkan mereka diseksa, termasuk dipukul dan dipenjarakan.[7] Lebih terkini, Yang diperintah oleh mahkamah ke Washington, D.C. untuk membalas kepada komen Yahoo berkenaan dengan peranannya dalam penangkapan Shi Tao dan wartawan yang lain di China.[8][9]

Pada 14 November 2007, Yahoo bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan penentang Cina yang terjejas lalu membayar sejumlah pampasan yang tidak diumumkan. Yang berkata, "Selepas bertemu dengan keluarga yang berkenaan, adalah jelas kepada saya bahawa saya telah membetulkan keadaan itu untuk mereka, untuk Yahoo, dan untuk masa depan." Sebagai balasan, anggota Kongres Demokrat Tom Lantos, pengerusi Jawatankuasa Dewan Perwakilan Amerika Syarikat tentang Hal-ehwal Luar Negeri berkata, "Hamput daripada Kongres diperlukan sebelum raksasa teknologi tinggi melakukan hal yang betul dan mengeluarkan sesetengah bantuan yang konkrit kepada keluarga wartawan yang dihantar ke penjara dengan bantuan Yahoo. Sayang betul!" [10] Yang baru-baru ini menulis sepucuk surat kepada mantan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice, untuk meminta pertolongannya bagi membebaskan penentang yang dipenjarakan.[11] Di samping itu, beliau juga menubuhkan Dana Hak Asasi Manusia Yahoo! untuk memberikan "sokongan kemanusiaan dan undang-undang" kepada penentang dalam talian.[12] Salah satu projek awam yang terawal yang dijalankan oleh Dana itu ialah pembiayaan penubuhan Muzium Laogai, sebuah muzium yang dibuka oleh Harry Wu, penentang Cina yang terkenal, untuk menonjolkan sistem hukuman laogai.[13]

Bagaimanapun, perubahan hati itu tidak berjaya menghentikan rangkaian peristiwa yang bermula dengan penangkapan penentang Li Zhi yang dipenjarakan. Sebaliknya, penangkapan tersebut mengakibatkan satu lagi tindakan guaman terhadap Yahoo! diambil bagi pihak plaintif Zheng Cunzhu dan Guo Quan yang dikatakan mengalami kerugian harta dan perniagaan pakaian mereka. Guaman itu mengadu "pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk penyeksaan dan penahanan berpanjangan, serta juga amalan perniagaan yang tidak adil, pengenaan penderitaan emosi yang sengaja, pemenjaraan palsu, dan serangan".[14]

Microsoft[sunting | sunting sumber]

Yang juga dikritik oleh pemegang saham Yahoo! kerana menolak tawaran AS$33 per saham daripada Microsoft pada Mei 2008. Microsoft akhirnya meninggalkan perundingan tersebut. Pada November 2008, saham Yahoo! dinilai hanya pada harga AS$14 per saham,[15] dengan Google juga memutuskan tidak akan meneruskan perundingan pengiklanan gelintaran komersil mereka, akibat kebimbangan yang disuarakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tentang kesannya pada pesaing dalam pasaran. Pada 29 Julai 2009, Yahoo! dan Microsoft mengumumkan kesepakatan gelintaran untuk bersaing dengan Google, selepas gelintaran Bing yang dibangunkan oleh Microsoft dilancarkan dengan jayanya pada bulan Jun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Forbes: Senarai jutawan
  2. Laman web Jeremy-Zawodny: "Aku Amerika Cina, tetapi memahami industri dan perniagaan di China", kata Jerry Yang, Sesi Tutup di Web 2.0, 2004-10-07. Dicapai pada 2007-03-06.
  3. http://yhoo.client.shareholder.com/press/history.cfm
  4. http://yhoo.client.shareholder.com/press/management.cfm
  5. http://news-service.stanford.edu/news/2007/february21/donors-022107.html
  6. Xue Li: Human Rights Lawyer Questions Yahoo!’s Aid to China in Arresting a Journalist,Epoch Times, Sep 23, 2005
    Obeying Orders, Washington Post, September 18, 2005
  7. Chinese political prisoner sues in U.S. court, New York Times, April 18, 2007
    Chinese political
  8. Yahoo summoned to Washington over Chinese arrests,c/net news blog, Oct 16, 2007
    [1]
  9. Boudreau, John (2007-11-07). "Lawmaker scolds Yahoo: 'Morally you are pygmies'". Mercury News. Diperoleh pada 2007-11-14. 
  10. Kopytoff, Verne (2007-11-14). "Yahoo settles with jailed Chinese journalists". SFGate. Diperoleh pada 2007-11-14. 
  11. "Rice presses China on jailed dissidents". International Herald Tribune. 2007-02-27. Diarkibkan daripada asal pada 2008-05-16. Diperoleh pada 2007-02-27. 
  12. "Press Release: Yahoo! Inc Reaches Settlement On Lawsuit Works To Establish Human Rights Fund". Yahoo!. Diperoleh pada 12 December 2008. 
  13. Fowler, Geoffrey A (12 November 2008). "Yahoo-Sponsored Chinese Human Rights Museum Opens in Washington". The Wall Street Journal. Diperoleh pada 12 December 2008. 
  14. Mills, Elinor (2007-02-27). "Yahoo sued by jailed dissidents again". CNET News. Diperoleh pada 2007-02-27. 
  15. BBC News - Yahoo tells Microsoft: 'Buy us'

Pautan luar[sunting | sunting sumber]