Dayang Sofia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dayang Sofia
Kelahiran
Dayang Sofia binti Awang Rambli

(1938-08-26) 26 Ogos 1938 (umur 85)[1]
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif1957–1973
Terkenal keranaMenerusi lakonan dalam filem Bujang Lapok
Pasangan
  • Aziz Sattar (bercerai)
  • Pengiran Jamaluddin Pengiran Haji Yaakub
BapaAwang Rambli bin Awang Matsaruddin

Dayang Sofia (lahir Dayang Chik Awang Rambli; 26 Ogos 1938)[2] merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Miri, Sarawak. Beliau mula dikenali setelah membintangi filem Bujang Lapok arahan P. Ramlee.[3][1]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bapa beliau, Awang Rambli merupakan warga Brunei yang ditugaskan sebagai pegawai kastam di Miri.

Beliau berhijrah ke Singapura setelah kedua ibu bapanya bercerai dan mengikuti pendidikan secara formal di St. Hilda.

Beliau mula menceburi bidang lakonan menerusi filem Bujang Lapok yang menampilkan Aziz Sattar sebagai pasangannya. Beliau pernah berkahwin dengan Aziz Sattar tetapi telah bercerai beberapa tahun kemudian.[2]

Beliau berkahwin buat kali kedua bersama Allahyarham Pengiran Jamaluddin bin Pengiran Haji Yakub dan kini menetap di Brunei.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1957 Bujang Lapok Sapiah Filem pertama
1958 Anak Pontianak Halimah
1961 Megat Terawis Tengku Badariah
1961 Panji Semerang Galuh Adjeng
1961 Seniman Bujang Lapok Dirinya sendiri Penampilan khas
1963 Nasib Si Labu Labi Juri Pertandingan Ratu Kebaya 1 Penampilan khas
1963 Pilih Menantu Noni
1964 Mambang Moden Rokiah
1964 Tiga Abdul Rafidah Segaraga
1965 Sayang Si Buta Ani
1965 Pusaka Pontianak Rosminah
1969 Keranda Berdarah Dayang
1970 Puaka Idah
1973 Satu Titik Di Garisan Sofiah Filem terakhir sebagai pelakon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Dayang Sofia". IMDb. Dicapai pada 28 Mei 2013.
  2. ^ a b "Rosli Dhoby - Pahlawan Melanau Sarawak". Blogger. 6 Ogos 2007. Dicapai pada 28 Mei 2013.
  3. ^ "Artist : Info Dayang Sofia". CinemaMalaysia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-23. Dicapai pada 28 Mei 2013.

4. Bapakku Seorang Pahlawan Sibu "Awang Rambli". Rukun 13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]