Demografi Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar raya-bandar raya Perancis metropolitan dengan lebih 100,000 penduduk

Dengan jumlah penduduk yang dianggarkan pada 64 juta orang, Perancis ialah negara ke-23 paling ramai penduduknya di dunia. Bandar raya-bandar raya terbesar di Perancis ialah Paris, Marseille, Lyon, Toulouse, Nice, dan Nantes.

Pada tahun 2003, pertumbuhan populasi semulajadi Perancis (tidak termasuk imigrasi) merupakan punca terbesar keseluruhan perumbuhan populasi semulajadi dalam Kesatuan Eropah. Pada tahun 2004, kadar pertumbuhan populasi ialah 0.68% dan kemudian pada tahun 2005 kadar kelahiran dan kesuburan terus meningkat. Peningkatan semula kelahiran berbanding kematian meningkat kepada 299,800 pada tahun 2006. Kadar kesuburan sepanjang hayat meningkat ke 2.00 pada tahun 2007, berbanding 1.92 pada tahun 2004.[1] Pada tahun 2004, sejumlah 140,033 orang berhijrah ke Perancis; antaranya 90,250 orang berasal dari Afrika dan 13,710 orang pula dari Eropah.[2] Pada tahun 2005, tahap imigrasi jatuh sedikit pada 135,890.[3] Perancis ialah sebuah negara yang pelbgai kaum. Menurut Institut Kebangsaan Perancis untuk Kajian Statistik dan Ekonomi, Perancis mempunyai kira-kira 4.9 juta orang pendatang kelahiran asing, antaranya 2 juta have sudah meraih kewarganegaraan Perancis.[4] Perancis merupakan destinasi leading perlindungan utama di Eropah Barat dengan anggaran 50,000 permohonan pada tahun 2005 (jatuh 15% dari tahun 2004).[5] Kesatuan Eropah membenarkan pergerakan bebas antara negara-negara ahlinya. Meskipun UK (serta Ireland) tidak mengenakan apa-apa sekatan, namun Perancis pula mengenakan in sekatan untuk mengawal penghijrahan Eropah Timur.

Peninggalan Perancis: peta dunia berbahasa Perancis ██ bahasa ibunda ██ bahasa pentadbiran ██ bahasa sekunder atau bukan rasmi ██ bahasa minoriti
Evolusi demografi dari tahun 1961–2003 (menurut FAO, 2005). Perangkaan diberi dalam ribuan orang penduduk


Menurut Artikel 2 Perlembagaan, bahasa Perancis ialah satu-satunya bahasa rasmi Perancis sejak tahun 1992. Ini menjadikan Perancis satu-satunya negara Eropah barat (tidak termasuk negara kecil) yang mempunyai satu bahasa rasmi sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Population - France, INSEE
  2. Inflow of third-country nationals by country of nationality
  3. Immigration and the 2007 French Presidential Elections
  4. (Perancis)INSEE (2005-01-25). "Enquêtes annuelles de recensement 2004 et 2005". http://www.insee.fr/fr/ffc/ipweb/ip1098/ip1098.html#encadre1. Capaian 2006-12-14. 
  5. UNHCR (2006). "UNHCR Global Report 2005: Western Europe" (PDF). http://www.unhcr.org/publ/PUBL/4492677f0.pdf. Capaian 2006-12-14.