Demokrasi di Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Politik di Pakistan merupakan salah satu ideologi dan sistem yang mana menjadikan Pakistan ditubuhkan pada tahun 1947 sebagai sebuah negara bangsa, seperti yang digambarkan oleh ketua dan pengasas negara, Muhammad Ali Jinnah. Dari segi perlembagaan, Pakistan mengamalkan republik berparlimen yang demokratik dengan sistem politiknya berdasarkan bentuk tadbir urus yang dipilih. Sejak penubuhan sistem semasa pada tahun 2003, Pakistan menjadi salah sebuah negara demokrasi yang termuda di dunia. Pilihan raya demokrasi yang diadakan pada tahun 2008 merupakan yang pertama menamatkan penggal 5 tahun yang lengkap dalam sejarah politik negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tamadun lembah Indus, yang kini di Pakistan merupakan salah satu tamadun manusia purba yang terawal dan terbesar di samping Mesopotamia, Lembah Nil, Anatolia dan China purba, yang terkenal dengan budayanya yang sangat maju, canggih dan juga budaya bandar dan kemudiannya Greece lama yang mempunyai beberapa bentuk pemerintahan demokrasi.

Sejarawan dan para saintis sosial yang menjalankan kajian tentang struktur sosial tamadun melihat bahawa Lembah Indus mempunyai sebuah sistem perancangan yang teratur termasuklah seni bina standard, kawalan sivik, susun atur grid yang konsisten dan kemudahan kebersihan beruniform. Gaya hidup yang berdisiplin dan adanya Peraturan Undang-undang yang meluas di seluruh kawasan yang besar menyebabkan beberapa ahli sejarah mempercayai dan mencadangkan tamadun Lembah Indus di Pakistan sebagai tempat lahirnya model demokrasi yang terawal iaitu berdasarkan "pemerintahan popular oleh rakyat" berdasarkan konsep Negara Berkebajikan dan Kedaulatan undang-undang (dan dengan itu wujudnya beberapa bentuk Demokrasi) yang bahkan mendahului Greece lama. [1] [2]

Ekoran ketidakstabilan politik yang semakin hebat, birokrasi awam dan tentera mengambil alih kuasa pemerintahan pada tahun 1958. Sejak pakistan mencapai kemerdekaannya, sistem di Pakistan telah berubah-ubah antara kerajaan awam dan kerajaan tentera pada kebanyakkan masa sepanjang sejarah politiknya. Hal ini berpunca daripada ketidakstabilan politik, konflik sivil-tentera, rasuah dalam politik, dan rampasan kuasa secara berkala oleh tentera terhadap kerajaan awam yang lemah. Hal ini mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang tentera di seluruh negara (berlaku pada tahun 1958, 1977 dan 1999, yang diketuai oleh ketua pentadbir undang-undang tentera iaitu Jeneral Ayub Khan, Zia-ul-Haq dan Pervez Musharraf masing-masing). [3] Walaupun tidak sempurna, demokrasi di Pakistan telah dibenarkan untuk berjalan pada tahap yang berbeza-beza. Sehingga tahun 2013, Pakistan tidak mengalami peralihan kuasa demokratiknya walaupun satu daripada satu kerajaan yang dipilih secara demokratik yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya kepada kerajaan yang lain. Semua peralihan demokrasi sebelum ini telah dibatalkan oleh rampasan kuasa tentera. [4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Rampasan kuasa tentera di Pakistan
  • Sekularisme di Pakistan
  • Sosialisme di Pakistan
  1. ^ The Indus Valley civilization – cradle of democracy?
  2. ^ Did Democracy Begin in the Indus Valley?
  3. ^ Afzal, Azeem. "Democracy in Pakistan". Dicapai pada 26 December 2011.
  4. ^ Aqil Shah, The Army and Democracy: Military Politics in Pakistan |(Harvard University Press, 2014), p. 1. ISBN 9780674728936

Pautan luar[sunting | sunting sumber]