Pervez Musharraf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pervez Musharraf
پرويز مشرف
Pervez Musharraf 2004.jpg

Tempoh jawatan
20 Jun 2001 – 18 Ogos 2008
Perdana Menteri Zafarullah Khan Jamali
Chaudhry Shujaat Hussain
Shaukat Aziz
Muhammad Mian Soomro
Yousaf Raza Gillani
Didahului oleh Muhammad Rafiq Tarar
Diganti oleh Muhammad Mian Soomro (pemangku)

Tempoh jawatan
12 Oktober 1999 – 21 November 2002
Presiden Muhammad Rafiq Tarar
Didahului oleh Nawaz Sharif (Perdana Menteri)
Diganti oleh Zafarullah Khan Jamali (Perdana Menteri)

Ketua Turus Tentera Darat Pakistan ke-8
Tempoh jawatan
6 Oktober 1998 – 28 November 2007
Didahului oleh Jehangir Karamat
Diganti oleh Ashfaq Parvez Kayani

Lahir 10 Ogos 1943 (71 tahun)
Flag of Imperial India.svg Delhi, India British
Parti politik Liga Muslim Pakistan (Q) (sebelum 2010)
Liga Muslim Seluruh Pakistan (2010–kini)
Pasangan Sehba Musharraf
Anak Ayla
Bilal
Religion Islam Sunni
Military service
Menyertai Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan
Khidmat/cawangan Bendera Tentera Darat Pakistan Tentera Darat Pakistan
Tempoh berkhidmat 1964–2007
Pangkat US-O10 insignia.svg Jeneral

Pervez Musharraf (Urdu: پرویز مشرف‎; lahir 10 Ogos 1943) adalah seorang jeneral empat-bintang bersara dan ahli politik Pakistan. Beliau pernah menjadi Presiden Pakistan (2001 - 2008) dan Ketua Turus Tentera Darat Pakistan (1998 - 2007). Beliau mengambilalih tampuk pemerintahan pada 12 Oktober 1999 dengan menyisihkan Nawaz Sharif yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Kemudian kuasa Perdana Menteri dipindahkan kepada Presiden Pakistan.

Pada 18 Ogos 2008, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan setelah mengalami tekanan oleh kerajaan campuran. Musharraf kemudian memilih tinggal di London selama empat tahun, sebelum kembali ke Pakistan pada 24 Mac 2013, bagi menyertai pilihan raya yang mendatang. Semasa di luar negara, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada beliau dan Shaukat Aziz, kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan Benazir Bhutto dan Akbar Bugti. Beliau kemudian tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pilihan raya 2013 oleh Mahkamah Tinggi pada April 2013.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pervez Musharraf merupakan anak kedua dari tiga beradik, dilahirkan di Nahr wali Haveli Daryaganj di Delhi, British India pada 11 Ogos 1943. Selepas Pembahagian India 1947, Musharraf dan ibu bapanya berhijrah ke Karachi di Pakistan.

Bapanya Syed Musharrafuddin, bekerja pegawai kanan di Kedutaan Pakistan di Turki. Dari 1949 - 1956 banyak masanya dihabiskan di Turki. Musharraf berkahwin dengan Begum Sehba dari Okara dan mendapat anak lelaki bernama Bilal Musharraf. Bilal Musharraf merupakan mahasiswa di Universiti Stanford. Sementara anaknya Ayla Raza bekerja sebagai arkitek di Karachi dan mempunyai 4 cucu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Musharraf belajar di Sekolah Tinggi Saint Patrick, Karachi dan lulus 1958. Kemudian b elajar di Kolej Kristian Forman di Lahore. Tujuh tahun keluarganya tinggal di Turki kerana bapanya bekerja sebagai pegawai kanan kedutaan di Ankara.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Pada 1961, dia belajar di Akademi Tentera Pakistan di Kakul dan pada 1964 bertugas di Regimen Artilleri (16(SP)). Unit ini bertempat di Bahawalpur. Seterusnya menyetai Regimen Gerak Khas dan dihantar ke pos Regimen Medan Artileri. Beliau merupakan graduan Kolej Staf, Quetta, dan Maktab Pertahanan Negara, Rawalpindi. Musharraf juga pernah belajar di Kolej Diraja dalam Kajian Pertahanan di United Kingdom. Pada 1965, Musharraf menulis memoir yang mendedahkan beliau pernah dituduh mngambil cuti secara tak sah. Sebenarnya beliau cuba mengelak daripada berperang dengan India.

Sengketa India-Pakistan[sunting | sunting sumber]

Musharraf terlibat dalam Perang India-Pakistan 1965 sebagai leftenan dalam Regimen Medan Artileri 16(SP).Beliau pernah bertempur di sektor Khemkaran menentang tentera India. Lokasi ini menjadi banyak kereta kebal Pakistan telah dimusnahkan. Pertempuran ini dikenali dengan nama Pertempuran Asal Uttar di mana Pakistan kehilangan banyak kepentingan. Regimen beliau kemudian dipindahkan ke barisan depan Lahore.

Selepas Perang India-Pakistan 1971, Musharraf bertugas sebagai Komander Company dalam Batalion Komando SSG. Kemudian beliau memimpin Regimen Artileri dan Briged Artileri dan pindah ke Division Infantri. September 1987 ketika berada di kem Khapalu, Kashmir, beliau bertindak menangkap Bilafond La di kawasan Glasier Siachen.

Beliau dinaikkan pangkat kepada Major Jeneral pada 15 Januari 1991 dengan tugasan di Divisyen Infantri.

Setelah perletakan jawatan General Jehangir Karamat, Musharraf dipromosi sebagai Panglima Angkatan Tentera Pakistan oleh Perdana Menteri Pakistan ketika itu, Nawaz Sharif.

Perang Kargil[sunting | sunting sumber]

Pada Mei-Julai 1999 terjadi Pertempuran Kargil di wilayah Kargil, Kashmir antara tentera India dan tentera Pakistan.

Berkuasa[sunting | sunting sumber]

Isytihar darurat[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Darurat Pakistan 2007

Pada 3 November 2007 Presiden Pervez Musharraf terpaksa mengistiharkan darurat setelah politik di Pakistan semakin tidak terkawal dan kejadian letupan di sana-sini terutama pengeboman sambutan kepulangan bekas Perdana Menteri Pakistan, Brnazir Bhutto. Tetapi kepulangan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berlangsung dengan aman tanpa sebarang kematian dan rusuhan. Ini kerana dari awal lagi rakyat disekat dari mengadakan rusuhan dan perarakan . Sebanrang perhimpunan dan perarakan diharamkan di seluruh Pakistan. Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti pembangkang Pakistan akan bertukar menjadi ganas jika jumlah peserta mencecah puluhan ribu orang.

Pilihan raya presiden 2007[sunting | sunting sumber]

Ketua Hakim Pakistan telah dipecat kerana enggan mengesahkan kemenangan beliau dalam undian bagi melanjutkan beliau sebagai Presiden Pakistan. Barisan hakim baru diketuai Peguam Negara, Malik Muhammad Qayyum telah dilantik dan mereka memihak kepada beliau bagi meredakan kekalutan politik yang serba tidak kena. Mahkamah Agung telah mengesahkan pemilihan semula Perves sebagai Presiden.

Pada hari Khamis,6 Disember 2007 Pervez akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan unbtuk penggal kedua selama 5 tahun. Kali ini beliau tidak lagi memakai seragam tentera.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Letak jawatan ketua turus Tentera Darat Pakistan[sunting | sunting sumber]

Pervez Musharraf terpaksa akur kepada tekanan dunia terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel dan Amerika Syarikat untuk meletak jawatan srebagai ketua turus tentera Pakistan . Akhirnya pada 27 November 2007 beliau meletakkan jawatan di Kem Tentera Rawalpindi.

Pda 28 November 2007, Pervez telah melawat ibu pejabat tentera darat dan menyerahkan jawatan ketua turus tentera bersenjata nuklear kepada bekas ketua turus tentera yang baru, Jeneral Ashfaq Kiyani. Sebelum ini Ashfaq Kiyani ialah ketua perisik Pakistan.[2]

Letak jawatan presiden[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2008, Parti Rakyat Pakistan dan Liga Muslim Pakistan (N) bersetuju memaksa Musharraf turun dan memulakan pendakwaannya. Asif Ali Zardari dan Nawaz Sharif mengumumkan menghantar permintaan rasmi beliau meletak jawatan, dan mendakwanya melalui proses parlimen sekiranya enggan. Walaupun pada mulanya enggan, Musharraf akhirnya meletak jawatan presiden pada 18 Ogos 2008.[3][4]

Tinggal di luar negara[sunting | sunting sumber]

Sejak November 2008, Musharraf telah tinggal di London 'dalam buangan'.[5]

Di sana, Musharraf melancarkan parti politiknya sendiri, Liga Muslim Seluruh Pakistan (APML), pada Jun 2010.[6][7]

Kembali ke Pakistan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mac 2013, selepas membuang diri sendiri selama empat tahun, Musharraf kembali ke Pakistan walaupun terdapat ugutan bunuh.[8][9] Ratusan penyokongnya dan pekerja APML menyambutnya di lapangan terbang di Karachi.[10]

Pada 16 April 2013, satu tribunal pilihan raya di Chitral mengisytiharkan Musharraf tidak layak mencalonkan diri, secara berkesan mengakhiri cita-cita politiknya (beliau telahpun ditolak beberapa kawasan pilihan raya lain).[11] Seorang jurucakap parti Musharraf berkata keputusan itu berat sebelah dan mereka akan merayu.[1]

Sementara Musharraf secara teknikalnya diikat jamin sejak kepulangannya ke negara itu,[12] pada 18 April 2013 Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan penahanan Musharraf bagi dakwaan berkaitan penahanan hakim pada 2007.[13][14] Musharraf memerikan penahanannya sebagai "bermotifkan politik"[15][16] dan pasukan peguamnya telah mengumumkan akan melawan ke Mahkamah Agung.[14] Selain itu, Senat juga meluluskan resolusi petisyen Musharraf didakwa dengan derhaka besar berhubung kejadian pada 2007.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Musharraf disqualified from Pakistan election", 3 News NZ, 17 April 2013. 
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1128&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegara&pg=lu_01.htm&arc=hive
  3. "Pakistan's Musharraf will resign". BBC News (18 Ogos 2008). Dicapai 9 Mei 2012.
  4. Video of Resignation Speech. Paktribune.com (5 April 2011). Dicapai 9 Mei 2012.
  5. Leading News Resource of Pakistan. Daily Times (24 November 2008). Dicapai 9 Mei 2012.
  6. Musharraf’s political party launched, Dawn (9 Jun 2010).
  7. Musharraf’s All Pakistan Muslim League formally launched in Sindh, Daily Times, 9 Jun 2010
  8. "Musharraf arrives back in Pakistan despite threats". BBC News. http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-21914946. Capaian 24 Mac 2013. 
  9. "Talal Bugti announces bounty on Musharraf’s head". Daily Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-16. https://archive.is/wihDe. Capaian 10 Oktober 2010. 
  10. "Musharraf returns to Pakistan amid death threats". Yahoo News. http://news.yahoo.com/musharraf-returns-pakistan-amid-death-threats-080248691.html. Capaian 24 Mac 2013. 
  11. "Pervez Musharraf out of Pakistan election race". The Times of India. http://timesofindia.indiatimes.com/world/pakistan/Pervez-Musharraf-out-of-Pakistan-election-race/articleshow/19577805.cms. Capaian 16 April 2013. 
  12. "Pakistan police arrest ex-President Musharraf". Al Jazeera. 19 April 2013. http://www.aljazeera.com/news/asia/2013/04/2013419425176901.html. Capaian 19 April 2013. 
  13. "Pakistan's Pervez Musharraf: Court orders ex-ruler's arrest". BBC. 18 April 2013. 
  14. 14.0 14.1 14.2 "Pakistani police arrest Pervez Musharraf in Islamabad". BBC. 19 April 2013. http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-22211766. Capaian 19 April 2013. 
  15. Former Pakistan president Pervez Musharraf arrested NDTV
  16. Richard Leiby. "Musharraf arrest tempts clash of powers", 19 April. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rasmi