Dhow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah dhow belayar di Lautan Hindi berdekatan kepulauan Zanzibar

Dhow (Bahasa Arab: داو daw‎) ialah nama generik bagi kapal layar tradisional yang mempunyai satu atau lebih tiang layar dengan kain layar lateen. Kapal layar ini digunakan di Laut Merah dan Lautan Hindi. Secara tipikalnya, kapal-kapal ini mempunyai badan yang panjang dan nipis dan merupakan kapal dagang yang secara amnya digunakan bagi membawa barangan berat seperti buah-buahan, air tawar atau barangan lain di sepanjang pesisiran pantai Arabia, Pakistan, India, Bangladesh dan Afrika Timur.

Dhow kecil lazimnya mempunyai 12 anak kapal sementara yang besar mempunyai lebih kurang 30 anak kapal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mahupun nama kapal jenis ini berasal daripada perkataan Arab, para sejarawan masih tidak pasti sama ada dhow dicipta oleh orang Arab:[1][2] Asal-usul sebenar dhow tidak dapat dipastikan. Kebanyakan para sarjana mempercayai bahawa dhow berasal dari China dari lingkungan waktu 600 SM hingga 600 M. Beberapa sarjana pula mempercayai bahawa sambuk, sejenis dhow, berasal daripada caravel Portugal.[3]

Selama berkurun-kurun, orang Yemen dan Oman pergi ke Kerala, India untuk membina dhow. Ini kerana di Kerala terdapat kayu yang bersesuaian, tali yang baik dan pembuat kapal yang mahir. Pada masa lampau kayu badan dhow diikat dengan tali diperbuat daripada kelapa dan tidak menggunakan paku. Di Kerala, pendatang dari Yemen, yang dikenali sebagai "Barami" masih aktif membuat dhow.[4]

Dhow yang hanya menggunakan daya tiupan angin masih digunakan bagi perdagangan antara Teluk Parsi dan Afrika Timur. Kargo terdiri daripada buah tamar dan ikan ke Afrika Timur, dan kayu bakau ke negara-negara di Teluk Parsi. Pelayaran lazimnya di buat pada musim tengkujuh pada musim sejuk atau atau awal musim bunga, dan pulang ke wilayah Teluk pada hujung musim bunga atau awal musim panas.

Pengemudian[sunting | sunting sumber]

Pelayar dhow secara tradisinya menggunakan alat kamal bagi pengemudian mengunakan bintang. Alat kamal ini menentukan latitud dengan mendapatkan sudut Bintang Kutub di atas ufuk. [5]

Jenis dhow[sunting | sunting sumber]

  • Baghlah (بغلة) – daripada perkataan Bahasa Arab untuk "keldai". Kapal berat, dhow lautan dalam tradisional.
  • Baqarah atau baggarah (بقارة) – daripada perkataan arab untuk "lembu". Dhow kecil jenis lama, seakan Battil.[6]
  • Barijah – dhow kecil[7]
  • Battil (بتيل) – mempunyai haluan panjang
  • Badan – kapal yang kecil yang memerlukan drauf (jarak di antara garis air dengan lunas kapal) cetek. Joran Arab berhaluan tinggi sementara joran dhow India berhaluan rendah.[8]
  • Ghanjah (غنجه) – kapal besar, seakan Baghlah, dengan haluan berlengkung dan ambang berukir.[9]
  • Jahazi atau jihazi – dhow perikanan atau dagang yang memiliki badan lebar.[10]
  • Bum (بوم) – dhow besar dengan buritan seakan buritan Jalibut. Sering kelihatan di Pulau Lamu dan pesisiran pantai Oman. Digunakan di Bahrain dalam perdagangan mutiara.[11]
  • Jalibut atau jelbut (جالبوت) – sebuah dhow bersaiz kecil atau sederhana. Versi moden Syu'ai, mempunyai haluan pendek. Kebanyakan Jalibut mempunyai enjin.
  • Pattamar, sejenis dhow India
  • Sambuk atau sambuq (سنبوك‎) – dhow terbesar yang dapat kelihatan di Teluk Parsi hari ini. Ia mempunyai gaya reka lunas tersendiri, dengan terdapat bahagian lengkung dalam pada di bawah penghujung haluan. Sesuatunya dhow yang paling berjaya.[12]
  • Syu'ai (شوعي)– dhow bersaiz sederhana. Pada satu masa dhow yang paling sering dijumpai di Teluk Parsi. Digunakan buat perikanan dan perdagangan pesisir.
  • Zaruq – dhow kecil, besar sedikit daripada Barijah[13]

Nama "dhow" kadangkala digunakan bagi bot kecil yang menggunakan kain layar "lateen" yang secara tradisinya digunakan di Laut Merah, kawasan timur Laut Mediterranean, wilayah Teluk Parsi dan juga Lautan Hindi dari Madagascar hingga ke Teluk Benggala. Bot-bot sedemikian rupa termasuk falukah (Arab: فلوكة) yang digunakan di Mesir, Sudan dan Iraq, dan juga dhoni yang digunakan di kepulauan Maldives, dan juga bot yang digelar tranki, ghrab dan ghalafah.[14] Kesemua kapal ini mempunyair unsur yang sama dengan dhow.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Briggs, Philip. "Dhows of the swahili coast". Zanzibar Travel Guide. Diperoleh pada 6 September 2012. 
  2. "THE HISTORY AND CONSTRUCTION OF THE DHOW". Nabataea.net. Diperoleh pada 6 September 2012. 
  3. Taylor, James. "Traditional Arab sailing ships". The British-Yemeni Society. Diperoleh pada 6 September 2012. 
  4. In the Wake of the Dhow: The Arabian Gulf and Oman
  5. "Ancient Sailing and Navigation". Nabataea.net. Diperoleh pada 7 September 2012. 
  6. "The Traditional Dhow". Ministry of Information, Sultanate of Oman. Diperoleh pada 7 September 2012. 
  7. George Fadlo Hourani & John Carswell, Arab Seafaring in the Indian Ocean in Ancient and Early Medieval Times, Princeton University Press, 1995
  8. Dhow Ship - Types
  9. Cog and Galley - Ghanjah
  10. Dhows
  11. Dhow sailing in Kenya
  12. Oman, a Seafaring Nation, Ministry of Information, Oman 1979
  13. "Zaruq". Diperoleh pada 6 September 2012. 
  14. Thabit A. J. Abdullah, The Political Economy of Trade in Eighteenth-Century Basra, SUNY series in the Social and Economic History of the Middle East , 2000, ISBN 978-0-7914-4808-3

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Clifford W. Hawkins, The dhow: an illustrated history of the dhow and its world.
  • Marion Kaplan, Twilight of the Arab dhow.
  • Esmond Bradley Martin and Chryssee Perry Martin; foreword by Elspeth Huxley, Cargoes of the east : the ports, trade, and culture of the Arabian Seas and western Indian Ocean.
  • Esmond Bradley Martin, The decline of Kenya's dhow trade.
  • Anthony Jack, Arab dhows.
  • Henri Perrier, Djibouti's dhows.
  • Tessa Rihards, Dhow building : survival of an ancient craft.
  • Richard LeBaron Bowen, Essay on the tradition of painting eyes, known as oculi, on the bows of boats among mariners and fishermen from ancient times to the present. Found particularly in the Indian Ocean region.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]