Portal:Sejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PORTAL SEJARAH ڤورتل سجاره

sunting  

Portal Sejarah ڤورتل سجاره

Sejarah

Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Istilah sejarah berasal dari Bahasa Arab "syajarah" [ﺸﺟﺭﺓ] yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah adalah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan dengan istilah Inggeris history yang berasal dari bahasa Greek historia (ἱστορία), "satu cerita tentang seseorang," dan berkongsi etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan bahawa "sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Segala yang mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden bahawa tidak ada yang statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
sunting  

Rencana Pilihan

Menara berkembar WTC terbakar

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil. Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke dalam Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. (Baca Lagi...)

sunting  

Gambar Pilihan

Kami sedang mencari gambar yang memiliki kualiti yang cukup untuk dimasukkan ke dalam kotak ini. Jika anda menjumpai gambar yang sesuai, tolong letakkan gambar pilihan anda pada laman perbincangan. Pemilihan gambar akan dijalankan dari semasa ke semasa.

sunting  

Tahukah anda...

sunting  

Perkara Yang Anda Boleh Bantu

Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.

sunting  

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sejarah, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

— Didie 07:45, 24 Ogos 2007 (UTC)

Pengguna:Khairul akmal 02.57, 14 April 2011 (UTC)

Sylarius (bincang) 04:06, 12 Oktober 2011 (UTC)

sunting  

Kategori

sunting  

Wikimedia Berkaitan

sunting  

Portal-portal

Hapuskan ingatan para pelayan