Divisyen panzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Divisyen Ke-12 Panzer SS

Istilah divisyen panzer (Jerman: Panzerdivision) seperti yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris hampir merujuk secara eksklusif kepada divisyen armor (kereta kebal) didalam tentera darat Wehrmacht dan Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Divisyen panzer merupakan elemen utama kejayaan Jerman dalam operasi Blitzkrieg pada permulaan perang. Kemudian Waffen-SS membentuk divisyen panzer, dan juga Luftwaffe meletakkan sebuah divisyen panzer, iaitu Divisyen Para Hermann Goring. Istilah Panzerdivision masih digunakan hari ini didalam Heer dari Bundeswehr (sebagai contoh 1. Panzerdivision). Ia tidak secara automatik dikaitkan dengan unit lama Wehrmacht dalam negara-negara yang bertutur bahasa Jerman.

Sebuah divisyen panzer adalah formasi gabungan tempur, mempunyai kedua-dua kereta kebal (Bahasa Jerman Panzerkampfwagen, "kenderaan tempur berperisai", biasanya dipendekkan kepada "Panzer") dan infantri sebagai komponen organik, berserta dengan aset-aset biasa artileri, meriam anti-pesawat, semboyan, dll. Bagaimanapun, pecahan-pecahan komponen divisyen panzer berubah dari masa ke semasa.

Pembangunan sebelum perang[sunting | sunting sumber]

Heinz Guderian yang mula-mula mencadangkan pembentukan unit-unit panzer yang lebih besar dari rejimen, tetapi telah ditolak oleh inspektor pasukan motoris Otto von Stuelpnagel.[1] Selepas beliau digantikan oleh Oswald Lutz, iaitu mentor Guderian, idea tersebut mendapat banyak sokongan dari Wehrmacht, dan selepas tahun 1933 ia juga disokong oleh Adolf Hitler. Pada 15 October 1935 tiga divisyen panzer yang pertama telah dibentuk.[2] Divisyen 1 Panzer telah dibentuk di Weimar dan diperintah oleh Maximilian Freiherr von Weichs, Divisyen Ke-2 Panzer telah dibentuk di Würzburg dan diperintah oleh Guderian dan Divisyen Ke-3 Panzer telah dibentuk di Berlin dan diperintah oleh Ernst Feßmann.

Kebanyakkan tentera darat lain dalam era tersebut menyusun kereta kebal mereka kepada "briged kereta kebal" yang memerlukan infantri tambahan dan sokongan artileri. Divisyen panzer mempunyai infantri organik mereka sendiri dan bantuan artileri. Ini membawa perubahan dalam doktrin operasi: sebagai ganti kereta kebal membantu operasi yang dibuat pasukan lain, kereta kebal memimpin operasi, dengan pasukan lain membantunya. Semenjak divisyen panzer mendapat sokongan dari pasukan, mereka boleh beroperasi secara bebas daripada unit-unit lain.

Pelengkap kereta kebal[sunting | sunting sumber]

Kekuatan kereta kebal divisyen panzer berubah-ubah di sepanjang perang. Kalah pertempuran, pembentukan unit-unit baru, tenaga bantuan dan kelengkapan musuh yang ditawan, semuanya bermaksud kelengkapan sebenar setiap unit jarang-jarang diketahui. Jadual dibawah menunjukkan kekuatan kereta kebal setiap divisyen mengikut dua tarikh yang diketahui.

Unit Kereta kebal pada
1 September 1939[3]
(Pencerobohan Poland)
Kereta kebal pada
22 Jun 1941[4]
(Pencerobohan KRSS)
Divisyen 1 Panzer 309 145
Divisyen Ke-2 Panzer 322 T/Aa
Divisyen Ke-3 Panzer 391 215
Divisyen Ke-4 Panzer 341 166
Divisyen Ke-5 Panzer 335 T/Ab
Divisyen Ke-10 Panzer 150 182
Divisyen Panzer Kempf 164 T/Ae
Divisyen Ringan 1 / Divisyen Ke-6 Panzer 226 245d
Divisyen Ringan Ke-2 / Divisyen Ke-7 Panzer 85 265d
Divisyen Ringan Ke-3 / Divisyen Ke-8 Panzer 80 212d
Divisyen Ringan Ke-4 / Divisyen Ke-9 Panzer 62 143d
Rejimen 25 Panzer 225 T/Ae
Divisyen Ke-11 Panzer T/Ac 143
Divisyen Ke-12 Panzer T/Ac 293
Divisyen Ke-13 Panzer T/Ac 149
Divisyen Ke-14 Panzer T/Ac 147
Divisyen Ke-16 Panzer T/Ac 146
Divisyen Ke-17 Panzer T/Ac 202
Divisyen Ke-18 Panzer T/Ac 218
Divisyen Ke-19 Panzer T/Ac 228
Divisyen Ke-20 Panzer T/Ac 229
a Tidak terlibat dalam Operasi Barbarossa, kapal pengangkut tenggelam semasa membawa Divisyen tersebut (1941).

b Tiba di Barisan Timur selepas Operasi Barbarossa.
c Dibentuk selepas kempen Poland.
d Dinamakan semula selepas Kempen Poland.
e Digabungkan dengan Divisyen lain selepas kempen Poland.

Panji-panji[sunting | sunting sumber]

Divisyen panzer menggunakan panji-panji perang berwarna merah jambu.[5][6][7]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ p.7, Mitcham
  2. ^ p.9, Mitcham
  3. ^ Achtung Panzer.com - Polish Campaign accessed May 21, 2008
  4. ^ Achtung Panzer.com - Operation Barbarossa accessed May 21, 2008
  5. ^ Image of typical Panzer Division standard:
  6. ^ "Flags of the Third Reich—see under Herman Goering Panzer Division Flag:". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-12. Dicapai pada 2015-11-08.
  7. ^ Davis, Brian L. Flags of the Third Reich Oxford, U.K.:2000 Osprey Publishing Page 31 Panzer Division Standard is shown as being colored pink

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]