Doge (meme)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Original Doge meme.jpg
Imej monolog dalaman "Doge" asli.[1]

Doge (kerap disebut [ˈdod͡ʒ] atau [ˈdoɡ]) ialah satu meme Internet yang menjadi popular pada 2013.[2][3] Meme ini biasanya terdiri daripada satu gambar seekor shiba inu ditemani oleh teks berbilang warna dalam fon Comic Sans MS di latar hadapan. Teksnya, mewakili sejenis monolog dalaman, sengaja ditulis dalam suatu bentuk bahasa Inggeris rosak.[1][2]

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Kabosu (Bahasa Jepun: かぼす?), si shiba inu betina yang ditonjolkan dalam meme aslinya, pertama kali digambarkan dalam suatu pos blog 2010 oleh pemiliknya Atsuko Sato, seorang guru tadika Jepun.[4] Kemudian, ubahan gambar-gambar berkenaan menggunakan teks bertindihan dipos daripada satu blog Tumblr, Shiba Confessions.[5][6][7][8] Walau bagaimanapun, kegunaan "doge" tersalah eja secara sengaja bertarikh kembali ke Jun 2005, apabila disebut dalam suatu episod siri boneka Homestar Runner.[9]

Sebutan[sunting | sunting sumber]

Sebutan paling umum bagi "doge" ialah [ˈdod͡ʒ] (Bahasa Inggeris: /ˈd/ DOHJ-') dan [ˈdog] (/ˈdɡ/ DOHG-'). Sebutan piawaian bagi perkataan berkenaan apabila merujuk mata wang sulit bagi nama sama, Dogecoin, ialah [ˈdod͡ʒ] atau [ˈdoʃ] (/ˈdʒ/ DOHZH-').

Di negara tidak berbahasa Inggeris, "doge" kadang-kadang disebut [ˈdɔd͡ʒ] (/ˈdɒ/ DODGE-'). Mereka yang tidak biasa dengan meme ini juga menggunakan sebutan [ˈdɔgi] (/ˈdɒɡi/ DOG-gy), [ˈdɔge] (/ˈdɒɡ/ DAHG-ay), [ˈdoge] (/ˈdɡ/ DOE-gay), atau hanya [ˈdɔg] (/ˈdɒɡ/ DOG-').[10]

Struktur[sunting | sunting sumber]

Doge menggunakan frasa dua kata yang melibatkan perkataan pertama hampir sentiasa merupakan salah satu daripada kata penerang ("so", "such", "many", "much", dan "very" ("sangat", "begitu", "banyak", "banyak", dan "sangat" masing-masing)), dan penyimpangan daripada bahasa Inggeris betul adalah dengan menggunakan kata penerang dengan perkataan yang tidak boleh diterangkan dengan betul olehnya.[11] Contohnya, "Much respect. So noble." menggunakan kata pengerang doge tetapi bukan merupakan dog "betul" kerana kata penerangnya berpadanan dengan perkataan yang diterangkan olehnya; versi doge sepatutnya ialah "Much noble, so respect."[11] Sebagai tambahan kepada frasa-frasa ini, ujaran doge kerap berakhir dengan sepatah kata tunggal, paling kerap "wow" tetapi dengan "amaze" ("kagum") dan "excite" ("uja") juga digunakan.[11]

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2013, imej-imej meme ini dispam di subreddit r/MURICA Reddit oleh papan imej rawak 4chan, /b/.[12] Satu carian istilah doge di Google Trends menunjukkan ledakan kepopularan berlaku pada Oktober 2013, dan lebih sedemikian pada bulan berikutnya.[13] Menjelang November 2013, meme ini telah tersebar meluas di Internet.[14] Google kemudian mencipta satu easter egg doge: apabila meme doge dimasukkan ke dalam bar carian YouTube, kesemua teks di tapak ini patut dipaparkan dalam Comic Sans berwarna-warni, serupa dengan yang digunakan oleh meme ini.[15]

Meme ini ditempatkan di kedudukan #12 dalam senarai "50 Things Pop Culture Had Us Giving Thanks For" oleh MTV pada 2013.[16] Io9 membandingkan dialog dalaman shiba inu dengan lolcat-speak.[17] Imej yang paling biasa berhubung kait dengan meme ini adalah imej shiba inu betina bernama Kabosu, diambil daripada satu blog Jepun mendokumenkan kegiatan harian anjing ini.[18] Ejaan doge mempunyai beberapa varian, membawa kepada perdebatan tentang sebutan sebenarnya.[9][19] Pada 13 Disember, Doge dinamai "top meme" 2013 oleh Know Your Meme.[20]

Pada Disember 2013, Dogecoin diperkenalkan sebagai satu mata wang sulit, menjadikannya mata wang sulit pertama yang berdasarkan meme Internet;[21][22][23][24] fenomena viral, bersama dengan penggunaan muka taip Comic Sans MS, memberinya "ketumpatan Internet bagi bintang besar" menurut pengarang Medium Quinn Norton.[25]

Pada hujung Disember 2013, anggota Kongres Amerika Syarikat menghasilkan bahan dalam gaya meme ini. Huffington Post mengulas bahawa Doge "dibunuh" kerana penggunaan meme ini oleh anggota Kongres.[26][27]

Menjelang awal 2014, kepopularan Doge dikekalkan oleh komuniti internet di media sosial, ditemani oleh pertumbuhan dan penerimaan cepat Dogecoin. Pada April 2014, Doge mengalami kebangkitan semula media besar kedua kerana pendedahan niat komuniti Dogecoin untuk menaja Josh Wise dalam NASCAR dan menempatkan sebuah gambar shiba inu berkenaan pada kenderaannya.[28][29]

Pada 2014, agensi pengiklanan DDB Stockholm mendapatkan Doge ditonjolkan dengan prominen dalam suatu kempen pengiklanan untuk syarikat pengangkutan awam SL di Stockholm, Sweden. Iklan berkenaan adalah tentang tiket musim panas khusu syarikat itu, dan menonjolkan Doge memegang sekeping tiket pengangkutan awam pada mulutnya, dengan frasa "many summer", "such cheap" dan "very buy".[30]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun meme Doge kerap diterima pada nilai muka sebagai fenomena internet tidak serius, meme ini juga telah menyebabkan tindak balas lebih kuat daripada yang tidak menyukai perkembangan terkini dalam budaya internet.[petikan diperlukan]

Aluran keluar media, walau bagaimanapun, telah menerima meme ini sementara melaporkan perkembangan Doge atau Dogecoin. Judul rencana yang berujukan Dogecar yang menonjolkan frasa seperti "so wow" dan "very vroom"[31][32] membuktikan darjah betapa diterima oleh sumber berita bagi kegunaan konvensyen meme sementara melaporkan Doge.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Chen, Adrian (7 November 2013). "Doge Is An Actually Good Internet Meme. Wow.". Gawker. http://gawker.com/doge-is-an-actually-good-internet-meme-wow-1460448782. Capaian 22 November 2013. 
  2. 2.0 2.1 Lamon, James. "Understand the "Doge" Meme In 7 Short Steps". The Bark Post. http://thebarkpost.com/understand-the-doge-meme-in-7-easy-steps/. Capaian 22 November 2013. 
  3. Wolf, Asher (7 November 2013). "Peake doge, so wow, much analytics". Twitter. http://twitter.com/Asher_Wolf/status/398431466389905408/photo/1. Capaian 22 November 2013. 
  4. Sato, Atsuko (13 Februari 2010). "今夜のご飯は何ですか? :かぼすちゃんとおさんぽ。" (dalam bahasa Jepun). http://kabosu112.exblog.jp/9944144/. Capaian 7 Mei 2014. 
  5. Chayka, Kyle (31 Disember 2013). "Wow this is doge". The Verge. Vox Media. http://www.theverge.com/2013/12/31/5248762/doge-meme-rescue-dog-wow. Capaian 31 Disember 2013. 
  6. Broderick, Ryan (27 September 2012). "Shiba Confessions Is Your New Favorite Thing". BuzzFeed. http://www.buzzfeed.com/ryanhatesthis/shiba-confessions-is-your-new-favorite-thing. Capaian 22 November 2013. 
  7. Mezrahi, Samir (14 November 2013). "14 Iconic Pieces Of History Made More Wow With Dog". BuzzFeed. http://www.buzzfeed.com/samir/iconic-pieces-of-history-made-more-wow-with-doge. Capaian 25 November 2013. 
  8. Broderick, Ryan (21 November 2013). "Everything You Always Wanted To Know About Doge But Were Afraid To Ask". BuzzFeed. http://www.buzzfeed.com/ryanhatesthis/everything-youve-ever-wanted-to-know-but-have-been-too-scare. Capaian 25 November 2013. 
  9. 9.0 9.1 Wickman, Forrest (15 November 2013). "How Do You Pronounce "Doge"?". Slate. http://www.slate.com/blogs/browbeat/2013/11/15/doge_pronunciation_how_do_you_pronounce_the_name_of_the_shibe_doge_meme.html. Capaian 22 November 2013. 
  10. Wickman, Forrest (15 November 2013). "How Do You Pronounce "Doge"?". Slate. http://www.slate.com/blogs/browbeat/2013/11/15/doge_pronunciation_how_do_you_pronounce_the_name_of_the_shibe_doge_meme.html. Capaian 6 Januari 2014. 
  11. 11.0 11.1 11.2 McCulloch, Gretchen (6 Februari 2014). "A Linguist Explains the Grammar of Doge. Wow.". The Toast. http://the-toast.net/2014/02/06/linguist-explains-grammar-doge-wow/. Capaian 29 Mei 2014. 
  12. Alfonso III, Fernando (26 Ogos 2013). "4chan spammed Reddit with an army of Shiba Inus". The Daily Dot. http://www.dailydot.com/lol/4chan-raid-reddit-r-murica-shibe/. Capaian 22 November 2013. 
  13. "Google Trends - Doge". Google. http://www.google.com/trends/explore?q=doge#q=doge&cmpt=q. Capaian 22 November 2013. 
  14. Moreau, Elise. "Doge Internet Meme". Web Trends. About. http://webtrends.about.com/od/Internet-Memes/fl/Doge-Internet-Meme.htm. Capaian 25 November 2013. 
  15. "Easter Egg: YouTube in Comic Sans (Doge Meme)". WebSonic.nl. 24 November 2013. http://www.websonic.nl/nieuws/easter-egg-youtube-in-comic-sans-doge-meme-51899. Capaian 1 Disember 2013. 
  16. "From One Direction's Abs To Miley's Joint: 50 Things Pop Culture Had Us Giving Thanks For This Year". MTV. 27 November 2013. http://www.mtv.com/news/articles/1718202/pop-culture-moments-thankful-for-thanksgiving.jhtml. Capaian 1 Disember 2013. 
  17. "We who spoke LOLcat now speak Doge". http://io9.com/we-who-spoke-lolcat-now-speak-doge-1481243678. 
  18. "かぼすちゃんとおさんぽ。". Excite Japan. 13 Februari 2010. http://kabosu112.exblog.jp/9944144/. Capaian 28 November 2013. 
  19. Mashiur, Zoheb (17 November 2013). "ANATOMY OF A MEME: DOGE". The Daily Star. http://www.thedailystar.net/beta2/news/anatomy-of-a-meme-doge/. Capaian 22 November 2013. 
  20. Wagstaff, Keith (13 Disember 2013). "Comic Sans 'Doge' takes bite out of 'Unflattering Beyonce' to win Internet in 2013". NBC News. http://www.nbcnews.com/technology/confusing-doge-takes-bite-out-unflattering-beyonce-win-internet-2013-2D11741734. Capaian 25 Disember 2013. 
  21. Law, John (13 Disember 2013). "Patent Nonsense, Coinbase Futures, and Who’s a Good Doggie? You Are!". CoinDesk. http://www.coindesk.com/patent-nonsense-coinbase-futures/. Capaian 25 Disember 2013. 
  22. Klee, Miles (10 Disember 2013). "With its own cryptocurrency, Doge has officially conquered 2013". The Daily Dot. http://www.dailydot.com/business/shibe-meme-dogecoin-currency/. Capaian 25 Disember 2013. 
  23. Couts, Andrew (12 Disember 2013). "Wow. Dogecoin is the most Internet thing to happen, ever.". Digital Trends. http://www.digitaltrends.com/social-media/wow-dogecoin-bitcoin/. Capaian 25 Disember 2013. 
  24. Hillen, Brittany (11 Disember 2013). "Dogecoin digital currency takes on Bitcoin with a bit of meme flair". Slashgear. http://www.slashgear.com/dogecoin-digital-currency-takes-on-bitcoin-with-a-bit-of-meme-flair-11308557/. Capaian 25 Disember 2013. 
  25. Norton, Quinn (23 Disember 2013). "The Values of Money". Medium. https://medium.com/quinn-norton/f3db7e13e6e3. Capaian 25 Disember 2013. 
  26. Logiurato, Brett (23 Disember 2013). "Congress Has Finally Discovered 'Doge,' And It's Going About As Badly As You Would Expect". Business Insider. http://www.businessinsider.com/doge-memes-congress-steve-stockman-massie-2013-12. Capaian 29 Disember 2013. 
  27. Horowitz, Alana (23 Disember 2013). "GOPers Ruin Beloved Internet Meme". Huffington Post. http://www.huffingtonpost.com/2013/12/23/gop-meme_n_4493685.html. Capaian 29 Disember 2013. 
  28. Ballaban, Michael. "Such NASCAR, Much Motorsports: What It Looks Like When Doge Goes Racing". Jalopnik. http://jalopnik.com/such-nascar-much-motorsports-what-it-looks-like-when-1560738434. 
  29. Kooser, Amanda. "Dogecoin Nascar paint scheme unveiled. Wow. Such doge.", 29 April 2014. Dicapai pada 7 Mei 2014. 
  30. Andrén, Simon. "Många frågor kring SL-kampanj", 29 April 2014. Dicapai pada 27 Mei 2014. (Sweden) 
  31. Spencer, Malia. "When Dogecoin met NASCAR. So wow.", 6 Mei 2014. Dicapai pada 7 Mei 2014. 
  32. Estrada, Chris. "Very vroom: Josh Wise finishes 20th at ‘Dega in DogeCoin car". NBC Sports. http://motorsportstalk.nbcsports.com/2014/05/04/very-vroom-josh-wise-finishes-20th-at-dega-in-dogecoin-car/. Capaian 7 Mei 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]